Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mac 2015

Isu Mufti Perlis : Cadangan Kriteria Mufti Untuk Dicalon Oleh MB CC @NajibRazak @DSJamilkhir @RealDrMaza


Banyak kes berkenaan Mufti Perlis yang dilihat menimbulkan imej tidak bersih kepada institusi agama yang dinaungi Sultan sehingga memaksa ramai pihak berfikir dan mengkaji punca dan jalan penyelesaiannya.

Forum utama perbincangan ialah Group Whatsapp yang mengumpulkan banyak pandangan yang banyak juga bernas dan boleh diteliti oleh pihak berkenaan samada sesuai untuk diguna pakai atau dibuang ke laut.

Disertakan hasil pandangan ahli forum Whatsapp yang mengutarakan pandangan beliau berkenaan kriteria seorang Mufti yang patut dipilih menerajui negeri.

JAKIM dan jabatan yang berkaitan digesa mewujudkan satu mekanisme dalam pemilihan calon Mufti negeri sebelum nama calon diserahkan kepada Sultan/Raja sesebuah negeri. Mekanisme tersebut sewajarnya mengambil kira beberapa faktor utama:

1) Calon Mufti mestilah seorang ahli agama yang mempunyai kelayakan akademik Syariah pengkhususan Fiqh dan Usul Al-Fiqh atau Fiqh wal Qanun. Ini kerana tugas Mufti ialah mengeluarkan Fatwa yang mewajibkan seorang yang arif dalam selok belok hukum menyandang jawatan tersebut. Oleh yang demikian, mereka yang tidak berlatarbelakangkan bidang Fiqh tidak sewajarnya dicalonkan sebagai Mufti. Ini termasuklah bidang kesusasteraan, Bahasa Arab, Usuluddin, Dakwah, Tafsir, Hadith atau Tamadun.  Bidang bidang ini tidak mampu menampung tanggungjawab seorang Mufti dalam penyimpulan hukum dan sebagainya. 

2) Calon Mufti mestilah seorang yang berkaliber dan mempunyai syakhsiah yang tinggi, tidak celupar, tidak gopoh. Pendek kata dia mesti mengetahui adab adab seorang Mufti.

3) Calon Mufti hendaklah tidak dilihat mempunyai kepentingan politik atau peribadi.

4) Calon Mufti hendaklah seorang yang bersifat neutral.

5) Calon Mufti mestilah seorang yang tidak pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa bagi kesalahan yang dia sedar akan salahnya. Ini termasuklah mengajar tanpa tauliah dan seumpamanya.

6) Calon Mufti mestilah orang yang disegani masyarakat.


Selain itu ada juga pandangan dan analisa pendidikan Dr Asri yang mungkin menjadi punca kekeliruan pemahaman beliau berkaitan bab agama sehingga ke peringkat menghalalkan zakat kepada bukan penganut agama Islam. 

Seperti keratan berita di bawah:





Analisis Ringkas Pendidikan MAZA

Fakta 1 (Sistem Tradisional)

MAZA tidak berguru secara talaqqi dan secara sistem bersanad terutama sanad tadris dimana jika mahu mendapatkannya perlu berguru secara bertalaqqi dan diuji oleh guru-guru secara individual sehingga guru berpuashati dengan prestasi anak muridnya seterusnya memberi keizinan berfatwa.

MAZA tidak melalui sistem pengajian secara tradisi dan juga mempunyai tahap pengetahuan yang sangat rendah terhadap sistem pengajian tradisi dalam Islam...ini terbukti apabila MAZA memperlihatkan ijazah sanad AM beliau di web beliau dan di facebook beliau. Bagi yang memahami sistem ijazah, ijazah ini biasanya untuk orang awam hanya untuk ambil berkat dari para ilmuwan Islam. Ilmuwan yang memahami sistem ini tidak akan menunjukkan ijazah am pada khalayak ramai kerana ia hanya untuk orang awam. Sekali dijelaskan ia untuk orang awam. 

Kita juga tidak dengar MAZA berguru secara serius dan konsisten dengan ulama-ulama besar di dunia ini baik di jordan atau di nusantara. Sebab itu tidak ada rekod beliau khatam kutub sitah dengan siapa secara talaqqi dan di ijazahkan sanad? Tidak ada rekod beliau khatam kitab-kitab fiqh muktabar mazhab 4 dengan siapa? Ini merupakan tradisi SEMUA ulama hadith dan ulama fiqh di dunia, MAZA tidak mengikuti tradisi ulama yang gigih berguru secara bersanad. Ini fakta yang tidak boleh dibantah.

Apabila MAZA kelihatannya langsung tidak mengikuti sistem pendidikan secara talaqqi tradisional, maka menjadi penting kita lihat dan analisis pendidikan formalnya.

Fakta 2 ( pendidikan di universiti)

Sijil Ijazah Sarjana Muda MAZA tertulis Ijazah Bahasa Arab. Tetapi minornya adalah syariah. Disimpulkan disini matapelajaran arab merupakan mata pelajaran utama MAZA di jordan sebab itu ijazahnya ditulis ijazah Bahasa Arab. Disini kita dapat tahu pendidikan formal MAZA dalam ilmu syariah sangatlah terbatas. Kemudian beliau melanjutkan master dalam penyelidikan riwayat sejarah 

Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.

Dari tajuknya sahaja kita sudah tahu bahawa penyelidikan ini tidak memerlukan seseorang itu mendalami kemahiran mentakhrij hadith ( menetukan mana hadith sahih atau tidak) atau melatih seseorang itu mahir dalam usul fiqh atau kaedah fiqh

Tamat master beliau meneruskan penyelidikan dalam hadith tajuk sabab wurud (sebab hadith). Sekali lagi tiada pun kemahiran takhrij hadith (menentukan hadith sahih atau tidak) serta tiada kemahiran usul fiqh atau kaedah fiqh yg diperlukan.

Kesimpulan

Dari fakta 1 dan fakta 2...didapati MAZA bukanlah seorang yang mahir dalam bab menetukan status sesuatu hadith malah jauh sekali MAZA mendalami usul fiqh dan kaedah fiqh apatah lagi perbahasan2 akidah falsafah.

Layakkah seseorang yang berpendidikan di fakta 1 dan fakta 2 jadi seorang mufti yang bertugas mengeluarkan hukum hakam...? Fikir....

Sumber pandangan rakan di Group Whatsapp 

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate