Saya bukan bermaksud ingin menyekat hasrat murni bernama Nik Aziz untuk pergi ke Mekah.
Saya juga tidak mampu berdiam diri melihat beliau sekeluarga ke Mekah dengan wang tajaan yang sudah mula disiasat SPRM.
Saya tak mahu peribadi beliau menyesatkan ramai orang kerana beliau bukan manusia biasa yang tidak berada atau bernama.
Pagi tadi panjang artikel saya tulis dan belum sempat lagi diterbitkan sudah mula keluar berita Nik Aziz Nik Mat Ayah Mertua Ariffahmi CEO PMBK menangguhkan pemergiannya ke Mekah.
Di blog-blog ahli PAS berita tersebut disiarkan dengan gambar Nik Aziz sedang mengesat air mata. Gambar dirakamkan selepas kuliah Jumaat pagi tadi.
Sekali lagi Nik Aziz atau Mursyidul Am PAS dilihat dengan imej sedih, sepertimana propaganda serupa dilancarkan ketika PAS sedang nazak di Kelantan selepas PRU 11 tahun 2004.
Ketika itu gambar Nik Aziz dengan air mata mengalir meluas disebarkan di media massa alternatif serta laman web serta blog-blog penyokong mereka.
Adakah ini pusingan kedua dan terakhir untuk MB paling lama di Malaysia ?
Nampak gayanya selepas ini MB Kelantan akan bertukar dan tidak mustahil bukan Husam Musa yang akan naik menggantikannya.
Kita tunggu apa keputusan SPRM dan jika beliau terpaksa meletakkan jawatan kita akan lihat siapakah yang paling layak menggantikan tempat Dato Nik Ab Aziz Nik Mat !
Berita Utusan Malaysia di bawah :
Nik Aziz batal hasrat tunai ibadat haji
13/11/2009 3:09pm
KOTA BHARU 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini membatalkan hasratnya menunaikan ibadat haji ekoran berita penajaannya ke Mekah disiarkan pihak media . Berita tersebut diumumkan semasa beliau menyampaikan kuliah mingguan di sini hari ini.
Katanya, laporan tersebut sengaja diperbesar-besarkan.
Beliau sebelum ini beranggapan tindakannnya menerima penajaan itu tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimana pun semalam, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menurut sumber sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya. - Utusan
Nak lihat gambar boleh ke sini http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/11/kelantan-serambi-rasuah-nik-aziz-batal.html
9 ulasan:
UMNO parti paling sial dlm dunia. sekian....Kesemua blogger BN akan dilaknat.
saya melihat kecerdikan nik aziz disini...sekarang sprm tidak boleh berbuat apa2 kerana pertuduhan menerima rasuah tidak pun berlaku...tuduhan utama ialah tgna mnrma sumbangan (rasuah)untuk pergi menunaikan haji...so skang tgna tak pergi sprm nak tuduh atas kes apa plak?
Salam.
Sebak aku tgk gmbr Nik Ajis menangis tu.
Rasa bersalah pun ada gak sbb mcm kita lak yg menghalang dia pegi buat ibadah tu.
Tapi.. sekurang2nya, kita berjaya menghalang dia dari terus memakan hasil dari sumber yg tak halal.
Moga Nik Ajis sedar kesilapan dan bertaubat. Jgn nak asyik tuduh org itu ini tapi ekor sndri terpalit taik.
Moga Allah merestui kita semua, InsyaAllah.
Salam Panglima,
Nik Aziz terpaksa membatalkan hasrat pergi menunaikan fardu Haji ke Mekkah kerna takut hilang kuasa sebagai MB...
Nampak nya korang suka betul Nik Aziz tak jadi pi mekah untuk menunaikan haji....jawab le di Masyar nanti, kerana berjaya menggagalkan seorang hamba Allah untuk ke tanah suci kerana fitnah korang semua.
Kan dia dah maklumkan secara telus ke semua pihak tentang tajaan nya dan telah diluluskan olih Kerajaan negeri dan majlis syura, tak ada apa lagi yg dia sembunyikan...itu pun teruk di fitnah degan bermacan andain dan spekulasi serong.
Sumber tak halal lah , takut hilang kuasa MB lah....entah apa apa lah.
Ermm.. teman rasa faktor lebih besor yang tak jadi pergi tu sebab kesihatan..
Teman perhati selepas majlis tersebut, ketika Yang Berhormat Dato' Tuan Guru Ustaz Mursyidul Nik Aziz beredar dan bersalaman dgn orang ramai, keadaan beliau amat lemah.Salam pun tak berapa nak mandang muka org..nampak sgt keuzuran tu.
Jangan pulak nanti orang Parti Agungkan Slogan(PAS) berbangga kunun Mursyidul Am Parti Ahli Syurga(PAS) tak jadi pergi sebab nak tunjuk kebersihan diri..padahal kalau tak de isu sedekah pun , mmg tak jadi pergi sebab tak larat.
-OghangKuale-
ngape ni nikki ajis..sapa yg halang? orang cuma dedahkan fakta yg ada..
klau susah2 sgt..jgn la amik pakej tu..gi mekah pakai duit sendiri! tak yah la smpai nak kata org lain Quraish
Saya tak percaya SPRM berani ambil tindakan hingga ke peringkat yang boleh menyebabkan Nik Aziz terlucut jawatannya sebagai MB. Nik Aziz adalah public figure popular, SPRM tak kan berani bertindak lebih dari hadnya terhadap piblic figure popular, percayalah! Ia seperti PDRM yang tidak berani bertindak terhadap Najib dalam kes Altantuya kerana dia adalah public figure yang sangat popular. Yang PDRM berani bertindak dan siasat cuma terhadap 2 orang polis ikan bilis yang dijadikan kambing hitam sebagai pembunuh Altantuya.
Dalam kes SPRM pula mereka cuma berani siasat orang-orang yang tidak sepopular Nik Aziz atau Najib, termasuk Exco PKR kerana mereka rata-ratanya orang baru yang pengaruhnya tidak sekuat Najib atau Nik Aziz. SPRM juga akan bertindak terhadap pemimpin-pemimpin Umno yang pengaruhnya tidak kuat atau yang sudah tak laku lagi.
Cuba lihat kes terbaru - kes MB Negeri Sembilan dengan wang RM10 jutanya itu, beranikah SPRM siasat dan bawa ke mahkamah? Tak berani punya, kerana orang ini juga orang penting, seperti juga pentingnya Nik Aziz dan Najib!!!
terima kasih atas komen kawan dan lawan semua.
kita tak akan doa mereka yang doakan kita dilaknat..
kita doa agar mereka sedar dan dapat memohon petunjuk kepada Allah siapakah Nik Aziz di sisiNYA.
saya yakin Allah Maha Kuasa untuk menjawab persoalan dalam hati kita.
syaratnya yakin dan rajin berusaha..
ayuh kita lawan lagi dengan nama suci Tuhan yang Maha Gagah lagi Hebat..
Catat Ulasan