Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mei 2015

JAWAPAN BUAT ZULKIFLEE BAKAR UTUSAN MALAYSIA - Bahagian II


Hari ini saudara zulkiflee masih lagi menulis tetapi bagi pembaca yang mengikuti penulisannya akan sedar beliau sudah mula meloggarkan gaya bahasa dari berbentuk pertuduhan kepada persoalan, mungkin kerana terkejut kerana banyaknya kesilapan maklumat yang pasukannya terima dan bersumberkan pada sumber yang bermasalah. Namun begitu saudara zulkiflee masih lagi dengan

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/antara-tohmahan-persoalan-dan-kebenaran-1.96311

zulkiflee menulis:

Begitu juga dengan persoalan pengharaman Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah, kenapakah ada pihak masih mahu mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan itu?

KTMFWDM:

1. Yang dipersoalkan ialah kenapa Majlis Fatwa tidak melampirkan sebab musabab pengharaman Tarekat tersebut, ini menyebabkan kekeliruan berlaku dan kita tidak boleh bertaklid buta pada Majlis Fatwa untuk menyesatkan orang lain dalam keadaan Masyaikh Univ Al Azhar, Nahdatul Ulama dan Jilsah Turuq Sufiyah N9 iaitu ketiga-tiga badan ini diiktoraf kepakaran dalam tarekat tidak menyesatkannya. Saudara boleh buka efatwa, dan saudara tidak akan dapat apa-apa maklumat tentang sebab musabab penyesatannya. Kita boleh bertaklid jika ia hal ehwal furu', tetapi kita tidak boleh bertaklid buta jika hal ehwal akidah apatah lagi bercanggah dengan badan-badan pakar lain.

2. Sebab kedua ialah siapa dia pakar dalam Majlis Fatwa tersebut dalam isu-isu tarekat, umum diketahui bukan mudah untuk mencari ahli akademik yang mendalami ilmu tasawwuf dan tarekat dengan serius. Jadi kita mahu tahu siapa panel pakar itu.

zulkiflee menulis:

mereka yang melakukan serangan itu 'sudah tersasar' daripada maksud sebenar laporan khas tersebut iaitu mendedahkan kewujudan tarekat yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pegangan umat Islam negara ini.

KTMFWDM menjawab:

1- yang tersasar ialah pasukan siasatan saudara zulkiflee yang menyiapkan laporan bertaraf tugasan kerja kursus sekolah menengah, mana tidaknya, saudara mahu serang naqsyahbandi, tetapi peluru saudara ialah cium kaki, doa di makam org soleh, yaqazah. Peluru ini bukan sahaja kena pada naqsyahbandi, tetapi pada seluruh alim ulama aswj. Kenapa jadi begitu? kerana saudara membeli peluru dari puak wahhabi, sebab itu peluru-peluru saudara hampir semuanya tersasar.

2- Selain itu, laporan khas yang penuh dengan kesilapan maklumat itu memang wajar dikritik hebat kerana kualiti siasatannya bersifat terlalu amatur, bagaimana orang tidak marah jika tajuk tarekat sesat tetapi letak gambar wanita arab goyang punggung dan dakwa ia majlis zikir sedangkan ia 100% bukan majlis zikir bahkan ia persembahan tarian yang langsung tidak kena mengena dengan majlis zikir. Antara lain ialah mengambil gambar habib Umar dan Sheikh Nurudiin kemudian buat tajuk "pendakwah asing bawa ajaran terpesong? " ini bukan persoalan, tetapi ini tuduhan yang berbentuk persoalan. Kesimpulannya, siasatan yang bertaraf tugasan sekolah menengah oleh pasukan saudara zulkiflee ini memang layak dikritik habis-habisan.

zulkiflee menulis:

Sedangkan di negara kita ada ustaz-ustaz atau alim ulama tidak bebas untuk menjalankan program agama mereka hatta kuliah pagi sekalipun kerana didakwa membawa fahaman berbeza dengan ASWJ.

KTMFWDM menjawab:

jika saudara kata ada ustaz atau alim ulama yang tidak bebas menjalankan program agama, kami faham kerana sumber-sumber yang saudara rujuk dalam hal ini menyesatkan tahlil arwah, menyesatkan amalan talqin, menyesatkan zikir berjemaah di masjid, menyesatkan bacaan yassin berjemaah malam jumaat, menyesatkan amalan maulid nabi, menyesatkan barzanji, adakah pemahaman yang menyesatkan amalan umat islam di negara kita ini boleh kita biarkan mereka bebas? dari segi akidah pula mereka mengatakan Allah ada tangan, ada 2 tangan, 2 tangan kanan, ada yang kata tangan kiri, Allah ada mata, ada kaki, ada betis, ada wajah, tinggal di arasy, Allah ketawa, Allah lupa, Allah bosan, Allah berlari-lari anak, ini fahaman apa? sepatutnya saudara zulkiflee semak sumber saudara itu siapa, jangan main pakai kaut sahaja, adakah kita mahu orang-orang yang berfahaman sebegini bebas anjurkan program agama, jika saudara minta patuh pada majlis fatwa, kenapa saudara mahu mempersoalkan jabatan agama yang menghalang mereka?

Zulkiflee menulis:

Dalam soal mencium kaki, tidak apalah kalau mana-mana pihak mahu mempertahankan perbuatan itu mengikut hujah masing-masing tetapi bagi sebahagian umat Islam di negara ini, ia akan dikaitkan dengan ketaksuban kepada ketua atau pemimpin. Apatah lagi dalam hadis yang diriwayatkan At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda, "Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya".

KTMFWDM menjawab:

Untuk pengetahuan saudara zulkiflee, hukum hakam dalam Agama bukan boleh guna dalil "sebahagian" pendapat umat islam, ia mestilah melalui proses istinbat hukum yang digariskan oleh para ulama islam yang muktabar dari 4 mazhab. Disini saudara mengulang-ngulang kejahilan saudara semula tentang hukum hakam agama.

keduanya, adakah saudara mahu kata Imam Muslim yang mahu mencium kaki Imam Bukhari sebagai pelampau dan taksub? adakah saudara mahu katakan Imam Nawawi yang tarjihnya ialah qaul muktamad dalam mazhab Syafie sebagai melampau kerana menganjurkan cium kaki orang soleh? Adakah Zulkiflee mahu katakan orang yahudi yang mencium kaki nabi sebagai pelampau taksub pada nabi? ada banyak lagi contoh, tolonglah belajar bab ini dari ulama aswj, bukan dari wahhabi.

ketiga, hadith riwayat tirmidzi itu tidak ada kena mengena dengan isu cium kaki, saudara zulkiflee boleh paling kurang pun jika tidak mampu, bukalah kamus, dan lihat apa maksud sujud, dan apa maksud cium, 2 maksud yang berlainan dan maksud yg berlainan, jika zulkiflee tidak mampu membezakan antara sujud dan cium, apa lagi yang kami boleh buat?

Zulkiflee Menulis:

Begitulah juga dengan menziarahi makam, apatah lagi kalau di situ dilakukan upacara berdoa dan meminta sesuatu seperti mana dilakukan oleh Sheikh Muhammad Hisham.

KTMFWDM:

Ini masalah dengan Zulkiflee, saudara tujukan peluru itu pada haqqani, tetapi orang lain yang kena peluru tersebut. Berdoa di makam orang soleh itu dianjurkan dalam agama, Al Muhaddith Al hafiz Az Zahabi menulis panjang tentang hal ini dan biografi ulama-ulama hadith yang berdoa di makam orang soleh, kesimpulannya, para ulama sepakat kelebihan berdoa di makam orang soleh, namun kesepakatan ulama ini diragui oleh saudara zulkiflee, apa yang kami boleh buat?

http://www.aswj-rg.com/2013/10/berkah-kuburan-orang-saleh.html

Zulkiflee menulis:

Dalam bab beryaqazah pula, fakta sudah jelas, salah satu punca Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah diharamkan adalah kerana pegangan tersebut. Keputusan itu membuktikan ia jelas bertentangan dengan fahaman ASWJ.

KTMFWDM menjawab:

Ini link fatwa majlis fatwa kebangsaan:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani

Tidak disebutkan pula sesat sebab Yaqazah, sebab itu kami katakan pasukan saudara zulkiflee tahap siasatannya setaraf tugasan pelajar sekolah menengah sahaja tetapi berani mengupas isu-isu kompleks. Majlis Fatwa sahaja tidak menulis sebab musabab, tetapi saudara zulkiflee tambah perencah kari suapaya rasa pedas sikit.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=836389239759552&id=149551445110005

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate