Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2015

Amaran KDN @Zahid_Hamidi kepada pihak cuba sabotaj ekonomi Malaysia


Hadapi tindakan tegas
Amaran KDN kepada pihak cuba sabotaj ekonomi Malaysia

AZMAN IBRAHIM | 06 Julai 2015 1:24 AM

79 2 Google +0







KUALA LUMPUR 5 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa undang-undang sepenuhnya terhadap sesiapa sahaja yang cuba membahayakan ekonomi Malaysia dan proses demokrasi di negara ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mene­gaskan, sejak beberapa bulan lalu terdapat percubaan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi negara dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi sedangkan sumber utama dakwaan-dakwaan itu adalah daripada data yang dikatakan dicuri oleh individu yang kini ditahan dan di bawah siasatan atas tuduhan cubaan mengugut dan melakukan pemerasan.

Katanya, proses siasatan mengenai isu kebocoran maklumat ber­kenaan sedang dijalankan, oleh itu semua pihak (dalam dan luar negara) perlu mengelak dan menghalang diri daripada membuat komen-komen mengenai perkara itu yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

“Tindakan ini boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Pelbagai laporan media didapati memetik dokumen yang tidak disahkan. Adakah ini sahih? Malah adakah ini wujud? Siapa penyiasat yang tidak dinamakan yang kononnya mengesan pemindahan wang itu?

“Tuduhan dan sindiran dibuat terhadap Perdana Menteri Malaysia. Ini merupakan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab dan melulu serta menghampiri jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, firma sekuriti siber bebas antarabangsa, Protection Group International (PGI) mengesahkan pencurian maklumat itu dan berkata bahawa maklumat yang sudah diterbitkan harus dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai.

Kelmarin, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam beberapa akaun yang dipercayai milik peribadi Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenya­taan kelmarin menegaskan bahawa tuduhan kononnya kira-kira RM2.6 bilion telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri itu merupakan sabotaj politik yang berterusan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hadapi-tindakan-tegas-1.111013#sthash.IduFJLqw.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate