YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
24 Julai 2015
Blogger Kecam Mufti Perlis @RealDrMaza Bidas Perdana Menteri @NajibRazak 'Claim Mileage'
Agak memalukan apabila Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin akhirnya "kantoi" sendiri dengan satu status yang dimuatnaik ke laman sosial Facebooknya.
Didalam status berkenaan, Asri memilih untuk menyindir Perdana Menteri Malaysia dengan "menasihati" pemimpin politik terbabit agar tidak menggunakan agama demi kepentingan peribadi.
Malangnya, tindakan Mufti Perlis itu seolah-olah menikam diri sendiri apabila ramai netizen mempertikaikan beliau yang selalu juga menggunakan sumbangan Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) untuk meraih populariti.
Jadi sekarang jika dilihat gambar diatas, siapa yang sebenarnya suka "claim mileage" dengan mempergunakan agama?? Adakah Asri sama sahaja seperti pemimpin politik yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri?
Sewajarnya Asri berhenti dari menjadi Mufti negeri jika beliau berminat untuk bermain politik sebegini. Golongan agamawan pasti akan tercemar imejnya dengan perangai gila publisiti dari Asri.
Elok sangat pihak-pihak yang berkenaan menasihati Mufti ini supaya menumpukan tugas untuk menjaga kebajikan agama di Perlis, dan bukannya sibuk bermain Facebook sehingga menimbulkan kekeliruan dan fitnah terhadap ulul amri. - Utara News
disiar di blog :
http://keris7lok.blogspot.com/2015/07/maza-gedik-telan-balik-apa-yang-dia.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan