Pengikut Blog Panglima

11 Februari 2016

Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tidak bermotif keuntungan - Ahmad @Zahid_Hamidi | Astro Awani





KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan bahawa hasrat kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah bermotifkan 'keuntungan perniagaan'.

Beliau berkata, sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan permintaan daripada persatuan majikan sendiri yang lebih terdorong memilih pekerja asing dari Bangladesh.


"Setakat ini daripada profil pekerja, tidak ada prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh lebih baik daripada pekerja negara-negara lain, lebih amanah misalnya menjaga kaunter dan stesen minyak.


"Jangan mudah nak tuduh ini adalah mengenai wang, ini adalah perhambaan moden ... kerajaan memang sentiasa berusaha mencari jalan agar keadaan ini tidak berlaku," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau juga memberitahu dewan bahawa kemasukan 1.5 pekerja asing warga Bangladesh itu masih belum berlaku kerana tiada sebarang perjanjian berkaitan perkara itu telah ditandatangani pihak kerajaan.

Pada 25 Jun lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Beliau juga dilaporkan berkata usaha untuk membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh sebanyak 1.5 juta orang itu hanya akan dilakukan selepas menghantar pulang pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini.

Sumber : 


Berita terbaru Utusan Malaysia



Jika rakyat Malaysia sanggup kerja ganti Bangladesh di stesen minyak, pelantar minyak dll sudah tentu kita akan selamat dari kehilangan wang ratus juta ringgit yang dihantar pulang oleh mereka.

Jika gadis Malaysia sanggup kerja jadi pembantu rumah juga kita akan selamat wang dari menggajikan pembantu rumah Indonesia Filipina Vietnam sehingga kehilangan beratus juta ringgit setiap bulan kerana aliran keluar wang.

Kerajaan tidak boleh merencatkan pembangunan negara jika pekerja yang diperlukan oleh industri tidak mencukupi akibat sikap memilih kerja warga tempatan atas faktor gaji murah dll.

Semua pihak patut yakin dengan keputusan kerajaan bukan memilih sikap menimbulkan persoalan perhambaan moden dan sebagainya sehingga kerajaan terpaksa menjawab satu persatu tohmahan mereka dalam masa yang sama bergelut untuk meningkatkan ekonomi negara.

Senang jika menjadi pembangkang kerana merekalah yang akan mengaut hasil jika pembangunan negara terencat dengan pengambilan pekerja asing Bangladesh ini. 

Fitnah mereka bahawa ini adalah usaha membawa masuk pengundi asing yang gagal dibuktikan sehingga kini menunjukkan kepada kita sikap mereka yang hanya mahu menang pilihanraya dengan cara menabur fitnah amat dahsyat kepada pemimpin negara.

Elakkan sentimen politik menyebabkan usaha baik kerajaan dijadikan bahan jenaka atau bahan politik sehingga menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk menjawab soalan dan menjernihkan keadaan berbanding untuk berusaha mencari jalan memajukan negara dan memastikan ekonomi kita akan makin stabil di saat dunia sedang mengalami masalah demi masalah terutama dengan penurunan harga minyak yang begitu banyak sehingga menjejaskan pendapatan negara kita.


Sent from my iPhone
Catat Ulasan