Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Februari 2016

Kisah Husin Bangla @SinarHarian Wajar Dijadikan Iktibar Ayah Rani Kulup



Hari ini Ayah Rani Kulup yang terkenal dengan Kipidap muncul. Membuat laporan polis terhadap KDN kerana mahu membawa masuk pekerja asing seramai 1.5 juta ke Malaysia dalam masa tiga tahun.

Berita seperti berikut :

Abdul Rani Kulup Abdullah bakal 'beraksi' lagi. Kali ini beliau akan membuat laporan polis mengenai kementerian yang mentadbir pasukan keselamatan itu sendiri - Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Laporan itu, kata Abdul Rani, berhubung langkah KDN mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangaldesh ke negara ini.

Abdul Rani yang juga terkenal dengan jolokan sebagai Raja Repot mendakwa kemasukan itu boleh mengancam keselamatan negara.

"Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng," katanya kepada pemberita di Kota Damansara hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Perkembangan tersebut diikuti kelulusan kerajaan Bangladesh terhadap draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Kata Abdul Rani laporan polis itu akan dibuat pada minggu depan.

"Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan," katanya.

Abdul Rani juga mendakwa kemasukan warga asing itu mungkin "akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang".

"Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.

"Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM).

Abdul Rani yang lebih mesra dipanggil sebagai "Ayah" berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.

"Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing," katanya.



Selepas itu ada sahabat saya telah berkongsi sebuah kisah mengenai pekerja Bangladesh di sini


Panjang kisahnya dan anda boleh membacanya sendiri di link tersebut.

Pengalaman rakan Panglima sendiri pernah singgah surau Bangladesh menunaikan solat Jumaat ketika membaiki kereta di Balakong memberikan persepsi positif kepada saudara seagama dari Bangladesh ini.

Mereka taat beribadah dan tidak memandang ringan kewajipan dalam agama.

Memang benar mereka bukan semua baik namun kebanyakan mereka baik seperti juga Melayu bukan semua baik kerana manusia bukan semua mahu jadi baik.

Kehadiran mereka mencari rezeki mengisi ruang kosong pekerja berat, kotor dan bahaya di negara kita yang tidak diminati oleh rakyat Malaysia sudah tentu dapat merancakkan lagi pembangunan.

Apabila negara maju sudah tentu rakyat Malaysia juga akan mengecapi nikmatnya.

Soal keselamatan kita yakin polis dan imigresen akan memastikan lunas undang-undang diikuti sepenuhnya bukan membiarkan jenayah berleluasa atau mengancam keamanan negara.

Jangan terkejut semasa menunaikan haji musim lalu panglima bertemu Tauke kedai pakaian batu permata tongkat ubat herba dll di Mekah dimiliki Bangladesh yang juga mempunyai saudara berniaga di Malaysia.

Sikap mereka rajin berniaga membuatkan mereka berjaya samada di Mekah atau Malaysia.

Mereka juga bagus melayan pelanggan dan memberi harga istimewa kepada tetamu Allah tanpa mengejar keuntungan berlipat kali ganda.

Pegangan agama mereka juga kuat dan kita boleh ketahui melalui percakapan mereka dan praktikal yang dilakukan.

Malaysia bertuah jika pekerja asing Bangladesh datang ke Malaysia kerana agama yang sama memudahkan urusan dan muamalat sesama kita.

Jangan kerana nila setitik maka semua pekerja Bangladesh dijadikan mangsa sedangkan mereka juga manusia dan sama Islam seperti kita.

Kepada Ayah Rani, ayah boleh buat laporan namun adakah ayah dapat bantu kerajaan mendapatkan pekerja untuk industri yang memerlukan pekerja yang ramai dan buat kerja yang berat dan memenatkan ???

Jika ada kita juga setuju dibatalkan MOU agar pekerja tempatan didahulukan. 

Jika tidak elok Ayah Rani membantu memberi maklumat kepada KDN jika ada jenayah dilakukan pekerja ini kerana info seperti ini diperlukan oleh KDN untuk membasmi jenayah di kalangan pekerja asing.

Menghalang pekerja asing Bangladesh datang bukan satu pilihan yang wajar untuk masa depan negara kita.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate