Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Februari 2016

@RealDrAsri Mufti Perlis Pertikai Tauliah Ketika Ditahan JAIS 2009 Walau Perlis Juga Syaratkan Tauliah


Di mana negeri semua memerlukan tauliah untuk mengajar. Termasuk di Perlis sendiri seperti di link ini :

http://www.ptss.edu.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=224%3Atauliah-mengajar-agama-islam-negeri-perlis&Itemid=274

Namun ketika ditahan pada November 2009 Dr Asri mengkritik tauliah kerana mengekang kebebasan mengajar memberi ilmu kepada masyarakat.

Tauliah adalah perkara penting kerana ia bertujuan untuk mengawal penyebaran ajaran salah dan songsang dari tersebar di kalangan masyarakat.

Ada berpendapat adakah perlu seorang Mufti mempunyai tauliah ?

Perlu kerana setiap negeri tentu tidak sama pemahamannya dan hari ini semua maklum Perlis sangat jauh beza pemahaman mereka selepas Dr Asri dan Fathul Bari muncul di negeri tersebut.

Ia tentu ada kaitan dengan seseorang yang mempunyai pengaruh dan telah terpengaruh lalu mahu meluaskan pengaruh tersebut dengan mencuba mempengaruhi orang lain walau sedar pegangan wahabi ini tidak mendapat di hati ulama majoriti dunia Islam.

Jika DrAsri gagal mendapat tauliah sudah tentu ada sesuatu pegangan yang diamalkannya tidak selari dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Berdasarkan majoriti ulama.

Pada 19 Februari 2015 Penceramah Wan Ji turut ditahan oleh JAIS apabila mendapat maklumat pengajar tanpa tauliah menyebarkan fahamannya di Selangor.

JAIS bukan ada agenda politik dan tidak wajar jika JAIS dipolitikkan oleh orang yang melakukan kesalahan dan ditahan atas kesalahannya tersebut.







Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate