Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Mac 2016

Pembaca Berita TV9 Belanja Majlis Kahwin RM800 Sahaja

Majlis ringkas lebih bermakna

Mahaizura Abd Malik 
mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiada pelamin indah, barangan hantaran serta persalinan mewah tetapi sekadar majlis akad nikah ringkas dan jamuan makan di restoran dengan kos hanya RM800.

Itu cara Fadhil Mohamad Isa, 32, dan pasangannya Siti Norazlin Salim, 36, meraikan hari bahagia mereka ketika bergelar suami isteri pada Oktober tahun lalu.

Fadhil yang bertugas sebagai pembaca berita sambilan TV9 itu berkata, majlis berkenaan sengaja diadakan secara ringkas berikutan tidak mahu membazir walaupun dirinya sebenarnya mempunyai kemampuan.

"Bukan saya tak ada duit untuk buat majlis, duit simpanan saya melebihi cukup untuk buat majlis besar-besaran tetapi, kami pilih kahwin serba ringkas dan bersederhana selain berjimat ia lagi berkat sebenarnya.

"Lagipun kami fikir lebih baik duit simpanan itu digunakan untuk teruskan hidup selepas kahwin memandangkan kos sara hidup di bandar ini tinggi," katanya.

Menurut bekas pramugara sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Jeddah itu, pemilihan konsep perkahwinan mewah mahupun ringkas adalah pilihan masing-masing, namun lebih elok mengikut kemampuan.

"Bagi saya sebenarnya buat majlis ringkas ini lagi bermakna dan tak perlu berhutang. Kita juga tak akan tertekan memikirkan beban hutang yang perlu ditanggung selepas melangsungkan majlis.

"Saya hanya berbelanja sekitar RM800 sahaja untuk urusan akad nikah dan jamuan makan rakan serta keluarga kedua-dua pihak di sebuah restoran di ibu negara," katanya.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan dia dan isterinya, menurut Fadhil, mereka berkenalan ketika sama-sama bertugas di sebuah syarikat penerbangan di Jeddah pada 2014.

"Selepas setahun berkenalan, kami memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu secara ringkas.

"Saya bersyukur isteri bersetuju dan bersependapat untuk mengadakan majlis dalam serba ringkas kerana tidak mahu membazir.

"Malah, kami dapat buktikan tanpa majlis perkahwinan mewah pun kami boleh hidup bahagia seperti pasangan lain apatah lagi isteri kini sedang hamil tiga bulan," katanya.

Trend perkahwinan mewah dengan cara berhutang semakin menjadi pilihan bakal pengantin tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang seperti pendedahan muka depan akhbar ini pada Ahad lalu.

Kebanyakan pasangan muda mengambil keputusan bercerai walaupun usia perkahwinan belum sampai setahun berikutan bebanan hutang perkahwinan yang sering menjadi pertelagahan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 
Rabu, 30 Mac 2016 @ 7:57 AM

Fadhil menyerahkan wang mas perkahwinan kepada Siti Norazlin ketika majlis pernikahan mereka.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/126369?m=1#sthash.JQt9ZkbT.dpuf

17 Mac 2016

VIDEO @Malaysiakini : @mpkotabelud Rahman Dahlan Dedah Pembohongan @LimGuanEng di Parlimen Isu Rumah

Sebarkan.

https://youtu.be/OjytNhkNqtQ

Payung Gergasi di Masjidil Haram Mula Dipasang

MAKKAH: Satu daripada lapan payung lipat terbesar di dunia mula dipasang sejak Khamis lalu di Masjidil Haram di sini. Selain payung gergasi berteknologi tinggi, 54 payung kecil akan turut dipasang di Masjidil Haram dalam tempoh enam bulan akan datang.

Setiap payung buatan Jerman itu dilengkapi dengan sebuah jam gergasi, skrin garis panduan untuk jemaah, penyaman udara dan kamera pengawasan. Setiap payung mempunyai ketinggian 45 meter dengan berat 16 tan.

Ia akan memberikan naungan kepada kawasan seluas 2,400 meter persegi apabila dibuka. Sejumlah 25 jurutera, juruteknik pakar dan pakar-pakar keselamatan dari Jerman akan menyelia proses pemasangan dan mekanisme operasi elektronik.

Selain itu, 54 payung kecil juga akan dipasang di halaman utara, meliputi kawasan seluas 19,200 meter persegi. Sebanyak 122 bangku untuk jemaah serta bangunan perkhidmatan akan turut dibina sebagai sebahagian daripada projek itu.

Kerja-kerja infrastruktur bagi pemasangan kanopi juga sudah bermula. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/133598?m=1

https://t.co/nM3eGRlzlv

13 Mac 2016

Al Fatihah - Dua askar terkorban di Sabah Akibat Kemalangan


Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my

KAPAR: Hari ini adalah ulang tahun pertama Prebet Mohd Zaim Salhudin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Namun, beliau hanya sempat menyatakan perkara itu dalam mesej aplikasi WeChat kira-kira jam 10.30 pagi tadi sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya selepas trak dinaiki bersama rakan terbalik di Jalan Telupid-Ranau, kira-kira 50 kilometer dari pekan Ranau, Sabah, pagi tadi.

Abang sulungnya, Lans Koperal Zulhelmy, 29, berkata beliau ternampak adiknya memuat naik mesej "arini genap stahun saiaa dalam ATM" (Hari ini genap setahun saya dalam ATM) kira-kira jam 10.30 pagi.

"Saya terkejut apabila kira-kira sejam kemudian bapa saya menghubungi dan memaklumkan bahawa adik saya sudah meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.

"Ibu saya yang kebetulan berada di rumah keluarga di Sabak Bernam untuk majlis tahlil hari ini, terus meraung apabila mengetahui Mohd Zaim meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Taman Sungai Kapar Indah, di sini, sebentar tadi.

Bapa Allahyarham, Salhudin Idris, 57, berkata beliau berada di majlis kenduri di Kapar apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan anaknya yang berada dalam trak berkenaan.

"Saya menerima panggilan telefon pada jam 11.50 pagi dan rakannya menangis sambil memaklumkan anak saya sudah tiada.

"Kira-kira jam 1 tengah hari, pegawai anak saya, Kapten Jamil menghubungi dan memaklumkan Mohd Zaim disahkan meninggal dunia di hospital.

"Saya dimaklumkan jenazah anak saya akan dibawa pulang menaiki pesawat komersial melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba jam 1.15 tengah hari," katanya.

Salhudin berkata, anaknya memang berminat untuk menyertai pasukan keselamatan sejak di bangku sekolah lagi dan pernah menjadi kadet polis terbaik.

Selain itu, katanya, setiap hari Mohd Zaim akan menghubungi ibunya untuk bertanya khabar kerana beliau adalah anak kesayangan.

Jenazah Mohd Zaim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sementa, petang esok.

Sementara itu, satu majlis bacaan surah Yasin dan tahlil diadakan di kediaman bapa Allahyarham Mohd Zaim di sini yang dihadiri jiran tetangga dan saudara maranya.

Mohd Zaim dan rakan setugas, Prebet Shahril Afizat Mohamad maut, manakala lima parah selepas trak dinaiki mereka terbalik di Jalan Telupid-Ranau, kira-kira 50 kilometer dari pekan Ranau, Sabah, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.39 pagi, trak berkenaan yang membawa 26 anggota termasuk pemandu dan pegawai pengiring dipercayai terbabas lalu terbalik di kiri jalan berkenaan.

Difahamkan, semua anggota tentera dari Kem Sri Kinabatangan di Sandakan dalam perjalanan ke Telupid.

Berita Harian

http://www.bharian.com.my/node/133447

Harap siasatan dibuat dengan terperinci demi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Seperti kes pesawat terhempas CN 235 baru ini.

Kehilangan nyawa askar atau polis sangat membimbangkan kita kerana mereka aset berharga negara.

10 Mac 2016

KPN @KBAB51 Nafi Bom Ditemui Di KLCC @PDRMsia


Bukan Bom Tapi Bahan Uji kaji - KPN

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua objek ditemui di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bukan bahan letupan seperti tersebar di laman sosial.

Beliau berkata dua objek berkenaan hanyalah bahan uji kaji dilakukan oleh pelajar yang melawat tempat itu petang tadi.

"Siasatan awal polis terhadap dua botol di KLCC bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan oleh penuntut sekolah.

"Uji kaji lampu dalam botol ini dinamakan STARLAB oleh Petrosains kepada murid sekolah dan telah diberi kepada murid-murid sebagai cenderahati," kata Khalid dalam Twitternya.

Khalid berkata murid daripada sebuah sekolah di Bukit Beruntung, telah meninggalkan dua botol itu di KLCC, dan disyaki bom oleh individu yang menemuinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata objek berkenaan ditemui pada 5.15 petang tadi oleh seorang tukang cuci.

Menurutnya tukang cuci terbabit memaklumkan kepada pihak keselamatan Aquaria KLCC pada 5.30 petang.

"Kami yang menerima laporan tentang objek berkenaan bergegas ke lokasi kejadian bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) serta Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata UPB telah memusnahkan objek itu kira-kira 8 malam dengan menggunakan robot UPB.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi KLCC Kuzaimah Idris mengesahkan bahawa dua objek yang tidak dapat dipastikan telah ditinggalkan di ruang legar pusat konvensyen berkenaan.

"Pihak berkuasa telah mengambil segala langkah yang sepatutnya dan keadaan kembali normal kira-kira 8 malam tadi.

"Keselamatan delegasi, pengunjung dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1223698#.VuBFVBGYIRw.twitter

09 Mac 2016

Analisa : Beza Era PM @NajibRazak vs Mahathir #UtusanMalaysia

Najib ada eranya

AHMAD FARIS  |  08 Mac 2016 6:10 PM

 

SEKITAR April 2011, Datuk Seri Najib Tun Razak mun­cul di Bario, kawasan pe­dalaman yang terletak pada ketinggian 1,100 meter dari pa­ras laut yang juga menjadi kampung halaman suku kaum Kelabit. Kunjungannya memberi kesan mendalam terhadap pen­duduknya kerana mereka ti­dak pernah menerima kunjungan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum itu.

Semasa kunjungan itu, Najib melakukan tinjauan mesra ke sebuah klinik baharu dan pusat Internet luar bandar yang menggunakan rangkaian satelit - mengimbas kembali suasana yang ditampilkan arwah bapanya, Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Selama 40 tahun genap 21 Februari lalu Najib telah melibatkan dirinya dalam politik. Ba­nyak pencapaian yang jika diteliti satu persatu, tidak kurang darjah nilainya de­ngan pencapaian era lima Perdana Menteri sebelum ini.

Antara yang sempat diingati penulis sepanjang pentadbirannya adalah kesediaannya menjejakkan kaki di tempat atau kawasan yang menyaksikan konflik dunia seperti bumi Palestin. Pada tanggal 22 Januari 2013 itu, sambil diiringi Perdana Menteri kerajaan Hamas, Ismail Haniyeh, Najib turun padang mengunjungi wilayah bergolak Gaza untuk meninjau kemusnahan besar bangunan pejabat kerajaan akibat serangan rejim Zionis.

Najib juga pada 10 Mac 1995 semasa beliau Menteri Pertahanan tiba di Konjic, Bosnia untuk melawat anggota MALBATT di sana. Kesanggupan beliau mengetepikan nasihat dan arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pemimpin dunia tidak mengunjungi Bosnia Herzegovina yang dilanda perang penghapusan etnik paling tragis dalam sejarah Eropah moden memberi sedikit kejutan kepada dunia.

Cuma, masalah yang dihadapi Najib sekarang, benarkah antaranya itu diwarisinya daripada pemimpin terdahulu. Masih ingat­kah dengan konsep Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang dilancarkan pada 1990-an untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik. Semua maklum siapa `pemain-pemain utama' yang memiliki IPP ini. Sime Darby yang adalah salah sebuah IPP. Namun begitu, sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), tidak banyak perhatian yang diberikan.

Sebaliknya 'pemain-pemain' terbabit memperoleh perjanjian yang paling menarik dan berat sebelah sehinggakan seorang orang kuat yang berkait dengan penyediaan sumber itu (kini arwah) - seorang yang penuh integriti - enggan menandatangani perjanjian ini dan dikatakan meletak jawatan sebagai protes.

Hal ini menyebabkan pembangkang menyerang kerajaan dan menyifatkan ia sebagai 'perjanjian kroni' malah tindakan kerajaan menganugerahkan subsidi yang banyak kepada IPP ini dipersoalkan. Malah pada Mei 2011, salah seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan IPP sebagai 'kilang dadah yang besar' yang memerlukan jumlah subsidi yang sangat besar dari kerajaan, dianggarkan berjumlah RM19 bili­on setahun.

Selain itu, isu kenaikan tambang kereta api ERL dari RM35 kepada RM55 melibatkan lokasi Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang yang berkuat kuasa baru-baru ini turut diputarbelit dengan Najib yang menjadi punca kenaikan.

Padahal perjanjian itu sebenar­nya ditandatangani pada 1997 lagi ketika era Perdana Menteri waktu itu – yang kini menjadi pengkritik lantang Najib. Perjanjian ini ditandatangani pada 1997 lagi dan bukannya setahun dua ini.

Yang pasti, kalau ada perkara baharu yang diperkenalkan Najib menimbulkan perdebatan adalah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang kepada prinsip "daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat". Malah, Najib turut berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST itu akan dipaparkan dalam bajet akan datang ke arah mana dibelanjakan duit tambahan itu.

Bayangkan jika tiada GST yang sekali gus hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bi­lion sepanjang tahun. Malah, kerajaan terpaksa meminjam dan membuat hutang untuk membayar gaji penjawat awam jika tiada GST. Ini sekali gus hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bilion sepanjang tahun.

Kerajaan juga terpaksa meminjam untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua se­perti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan perniagaan pasti akan meningkat. Pelbagai barang dan perkhidmatan telah dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion.

Dimaklumkan juga anggaran kutipan GST untuk tahun 2015, bermula daripada pelaksanaannya pada April 2014 berjumlah RM23.2 bilion. Sehingga Februari tahun ini, pasti mencatat peningkatan.

Benarlah bahawa setiap Perdana Menteri ada gaya tersendiri dalam eranya. Dahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan tambatan ringgit kepada RM3.8 untuk satu Dolar Amerika, yang dirasa sesuai dilaksanakan pada waktu itu.

Sehingga hari ini, pakatan pembangkang begitu galak dan sebenarnya semakin agresif untuk mencetuskan pelbagai persepsi menguar-uar kononnya kelemahan pemimpin kanan UMNO dan BN termasuklah Najib.

Namun, Perdana Menteri se­ring mengingatkan anak buahnya serta kepada dirinya sendiri, betapa rakyat perlu didekati. Hal ini menjadi pemangkin beliau memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Banyak lagi amalan positif dipraktikkan oleh Najib sepanjang 40 tahun ini. Amalan ini termasuklah berkaitan perumahan tentera dan arus pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dicatatkan semasa era beliau Menteri Pertahanan.

Dua kali beliau dilantik menjadi Menteri Pertahanan iaitu pada 1990 hingga 1995 serta antara tahun 2000 hingga 2008. Selepas dilantik pada 2000, Najib meneruskan langkah pemerkasaan ATM dengan membeli pesawat tempur termoden iaitu Sukhoi dan kapal selam, Scorpene yang sekian lama menjadi hasrat ATM untuk memilikinya.

Dalam bidang pendidikan, semasa Menteri Pendidikan pada 1995, beliau meletakkan asas yang kukuh di dalamnya dengan membentang dan kemudiannya diluluskan Akta Pendidikan 1996. Ini sekali gus membolehkan perubahan bersepadu melibatkan semua komponen berkaitan sistem pendidikan. Dalam eranya juga, ditubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menyediakan dana bagi pelajar semua kaum membiayai pengajian mereka.

Pastinya, agenda utama pembangkang adalah mencari salah dan melaungkan kesalahan itu, baik yang dilakukan oleh kerajaan atau pun GLC. Ini semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik dan menarik sokongan pengundi ke arah mereka tanpa mengambil kisah hujung pangkal sesebuah isu.

Penulis terkesan dengan luahan Tun Rahah Mohammad Noah yang meluahkan harapan buat anak sulungnya itu baru-baru ini: "Doa lah yang paling istimewa daripada seorang ibu. Alhamdulillah semuanya berlaku dengan baik (walaupun) lepas satu-satu dugaan datang (buat Najib). (Tetapi) dalam politik memanglah, (namun) dia sabar, dia tidak panik."

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/najib-ada-eranya-1.198334#sthash.aNFydBhX.dpuf

Watch "Program Cerapan Gerhana Matahari Separa UTEM Melaka" on YouTube

https://youtu.be/VHL5V5GRHXo

#Parlimen : @Zahid_Hamidi Dedah #ISIS #DAESH Gagal Culik PM @NajibRazak TPM & MENHAN

Komplot culik PM, TPM gagal

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan FARHANA HANIM MOHD. MYDIN

Rondaan bersama melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia akan diteruskan bagi memastikan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan negara telah berjaya mengekang dan menggagalkan beberapa rancangan serangan keganasan oleh kumpulan militan Islamic State (IS) termasuk cubaan menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, selain Najib, turut menjadi sasaran ialah beliau sendiri dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Pada 30 Januari 2015, sebanyak 13 individu dikaitkan IS merancang menculik pemimpin ter­tinggi negara termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz42MjM7xDM 
Hakcipta terpelihara 

08 Mac 2016

Live Streaming Forum Bongkar Kebatilan #Wahabi #Now

Bismillah ..In Sha Allah..
l Online Majlis Ilmu Siaran Langsung l
Selasa  l08032016 l Kuliah KHAS

LiVe 8pm [ 08032016  l FORUM PENERANGAN KEBATILAN WAHABI - Masjid Al-Mardhiyah Tmn Melawati Hulu Kelang

Moderator; Ustaz Mohd Hanif Salleh
Panel 1; Ustaz Zamihan Al-Ghari
Panel 2; PU Syed Ahmad Faiz AlIdrusi

Tonton di >> https://www.youtube.com/watch?v=blw-Ffht-6A

#Subscribe channel YouTube OMI utk banyak lagi kuliah2 terbaik sekitar Lembah Kelang >> https://www.youtube.com/c/OnLineMajlisIlmu
#Jom LIKE Pages Admin di https://www.facebook.com/OnlineMajlisIlmu

Live Streaming Parlimen Malaysia - Sidang Mula Pagi Ini


YAB TPM dijangka jawab soalan no 3 pagi ini.


Klik

http://rtmparlimen.rtm.gov.my/

Atau RTM 1  mula jam 10 - 11.30 pagi.

07 Mac 2016

Satu Lagi Forum Bongkar Kebatilan Wahabi Esok bersama DR Zamihan dan PU Faiz di Hulu Kelang

Bismillah ..In Sha Allah..
l Online Majlis Ilmu Siaran Langsung l
Selasa l08032016 l Kuliah KHAS

LiVe 8pm [ 08032016 l FORUM PENERANGAN KEBATILAN WAHABI - Masjid Al-Mardhiyah Tmn Melawati Hulu Kelang

Moderator; Ustaz Mohd Hanif Salleh
Panel 1; Ustaz Zamihan Al-Ghari
Panel 2; PU Syed Ahmad Faiz AlIdrusi

Tonton di >> https://www.youtube.com/watch?v=blw-Ffht-6A

#Subscribe channel YouTube OMI utk banyak lagi kuliah2 terbaik sekitar Lembah Kelang >> https://www.youtube.com/c/OnLineMajlisIlmu

#Jom LIKE Pages Admin di https://www.facebook.com/OnlineMajlisIlmu

Sent from my iPhone

01 Mac 2016

Sikap Kurang Ajar Pemuda Cina dengan Polis @pdrmsia

Video ini sudah lama...

Mungkin ramai sudah menontonnya.

Sesiapa pun samada Melayu Cina India kena hormat anggota polis.

Jangan membuat perangai kurang ajar dengan mereka.

Rakyat Malaysia perlu kutuk tindakan pemuda ini yang tidak mendengar arahan pihak berkuasa.


Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/J9T2T0oQz_4


Sent from my iPhone

Akibat Terlalu Menunjuk, Kereta #Lamborghini Terbakar di #Dubai

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/6sg62b9vq8A


Sent from my iPhone

#whatsapp #videos amazing tea maker #tehtarik #indonesia

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/lVVDw-cujsU


Sent from my iPhone

@Zahid_Hamidi hormati keputusan Tun Mahathira dan Minta UMNO Perlu Kukuh Bersatu


Zahid hormati keputusan Tun Mahathir

Bernama | Mac 01, 2016 06:55 MYT




AHMAD ZAHID: Mahathir tentunya maklum bahawa adanya beliau sebagai perdana menteri disebabkan sokongan daripada ahli UMNO.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada UMNO, namun berharap bekas presiden parti itu mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO itu yakin bekas perdana menteri itu masih sayangkan UMNO dan memahami bahawa seorang presiden UMNO memerlukan sokongan daripada ahli-ahlinya.

"Saya yakin sebagai salah seorang Perdana Menteri yang terlalu lama memerintah, beliau (Mahathir) tentunya maklum bahawa adanya beliau sebagai perdana menteri disebabkan sokongan daripada ahli UMNO," katanya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Dinar Emas 2016 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di sini, pada Isnin.

Dr Mahathir, 90, pada Isnin mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika zaman kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya menghormati secara peribadi keputusan dan segala yang telah diputuskan Tun Dr Mahathir. Namun saya fikir bahawa beliau akan tentunya pertimbangkan semula keputusan itu bila tiba masanya kelak," kata Ahmad Zahid.

Dr Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Isnin membuat pengumuman beliau dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada UMNO.

Selepas bertindak keluar daripada UMNO pada 2008, Dr Mahathir kembali menyertai UMNO pada 4 April, 2009 selepas Datuk Seri Najib Razak menerajui kepimpinan negara dan parti.

Dr Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam UMNO pada 26 September 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan UMNO pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.

Ditanya tindakan Tun Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada parti, Zahid, yang Menteri Dalam Negeri, berkata UMNO perlu kukuh bersatu untuk terus mendapat sokongan rakyat.

"Saya memahami apa yang penting adalah untuk bekerja bersama-sama bagi membina semula parti terutama membina semula keyakinan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera serta memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan rakyat," katanya.

Pada majlis itu, sejumlah 33 ahli perniagaan menerima anugerah.
Hadir sama Presiden Mimcoin, Datuk Syed Jamarulkhan S. Kadir, dan Duta Khas Infrastruktur Bagi India Dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Panassss - Rakaman @Youtube Dr Zamihan & PU Faiz di FORUM PENERANGAN KEBATILAN WAHABI - Masjid Al-Irsyad USJ 1 Subang Jaya Semalam

Take a look at this video on YouTube:

http://youtu.be/zRHd0YxfzsU


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate