Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mac 2016

Al Fatihah - Dua askar terkorban di Sabah Akibat Kemalangan


Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my

KAPAR: Hari ini adalah ulang tahun pertama Prebet Mohd Zaim Salhudin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Namun, beliau hanya sempat menyatakan perkara itu dalam mesej aplikasi WeChat kira-kira jam 10.30 pagi tadi sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya selepas trak dinaiki bersama rakan terbalik di Jalan Telupid-Ranau, kira-kira 50 kilometer dari pekan Ranau, Sabah, pagi tadi.

Abang sulungnya, Lans Koperal Zulhelmy, 29, berkata beliau ternampak adiknya memuat naik mesej "arini genap stahun saiaa dalam ATM" (Hari ini genap setahun saya dalam ATM) kira-kira jam 10.30 pagi.

"Saya terkejut apabila kira-kira sejam kemudian bapa saya menghubungi dan memaklumkan bahawa adik saya sudah meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.

"Ibu saya yang kebetulan berada di rumah keluarga di Sabak Bernam untuk majlis tahlil hari ini, terus meraung apabila mengetahui Mohd Zaim meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Taman Sungai Kapar Indah, di sini, sebentar tadi.

Bapa Allahyarham, Salhudin Idris, 57, berkata beliau berada di majlis kenduri di Kapar apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan anaknya yang berada dalam trak berkenaan.

"Saya menerima panggilan telefon pada jam 11.50 pagi dan rakannya menangis sambil memaklumkan anak saya sudah tiada.

"Kira-kira jam 1 tengah hari, pegawai anak saya, Kapten Jamil menghubungi dan memaklumkan Mohd Zaim disahkan meninggal dunia di hospital.

"Saya dimaklumkan jenazah anak saya akan dibawa pulang menaiki pesawat komersial melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba jam 1.15 tengah hari," katanya.

Salhudin berkata, anaknya memang berminat untuk menyertai pasukan keselamatan sejak di bangku sekolah lagi dan pernah menjadi kadet polis terbaik.

Selain itu, katanya, setiap hari Mohd Zaim akan menghubungi ibunya untuk bertanya khabar kerana beliau adalah anak kesayangan.

Jenazah Mohd Zaim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sementa, petang esok.

Sementara itu, satu majlis bacaan surah Yasin dan tahlil diadakan di kediaman bapa Allahyarham Mohd Zaim di sini yang dihadiri jiran tetangga dan saudara maranya.

Mohd Zaim dan rakan setugas, Prebet Shahril Afizat Mohamad maut, manakala lima parah selepas trak dinaiki mereka terbalik di Jalan Telupid-Ranau, kira-kira 50 kilometer dari pekan Ranau, Sabah, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.39 pagi, trak berkenaan yang membawa 26 anggota termasuk pemandu dan pegawai pengiring dipercayai terbabas lalu terbalik di kiri jalan berkenaan.

Difahamkan, semua anggota tentera dari Kem Sri Kinabatangan di Sandakan dalam perjalanan ke Telupid.

Berita Harian

http://www.bharian.com.my/node/133447

Harap siasatan dibuat dengan terperinci demi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Seperti kes pesawat terhempas CN 235 baru ini.

Kehilangan nyawa askar atau polis sangat membimbangkan kita kerana mereka aset berharga negara.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate