Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Oktober 2016

Rakan Terharu Ahmad @Zahid_Hamidi Tetap Prihatin Walaupun Dah Jadi TPM - MH Online

JOHOR BAHARU, "Saya berasa amat gembira kerana masih berpeluang berjumpa dengan sahabat baik saya.

"Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala jasa baik yang telah beliau berikan," kata Bani Abd Razak yang menerima kunjungan rakannya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas ketua Pemuda dan bendahari UMNO Bahagian Pagoh itu begitu terharu dengan keprihatinan Ahmad Zahid yang menurutnya masih tidak berubah dan tetap mengingati rakan walaupun sudah menjadi timbalan perdana menteri.

Dia mengenali Ahmad Zahid sejak awal 1980 yang ketika itu pengerusi Bank Simpanan Nasional (BNSN) sebelum kedua-dua mereka berjinak dalam bidang politik, katanya kepada pemberita semasa menerima kunjungan Ahmad Zahid di rumahnya di Kondominium Dwi Mahkota, Bukit Alif, Tampoi, di sini, hari ini.

Bani, 57, kini lumpuh selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat penyakit kencing, tinggal bersama-sama isteri Zarina Mohd Yunus, 41, dan seorang anak Mohd Izuddin, 13.

Ahmad Zahid pula berkata Bani juga merupakan kawan baik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kunjungannya hari ini adalah satu kelaziman untuk menziarahi rakan-rakan lama, walaupun agak mustahil untuk berjumpa dengan semua.

Dalam pertemuan hampir setengah jam itu, Ahmad Zahid berjanji untuk menyumbangkan kaki palsu kepada Bani serta akan membiayai kos perubatan ditanggungnya.

http://mhonline.com.my/rakan-terharu-ahmad-zahid-tetap-prihatin-walaupun-dah-jadi-tpm/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate