MIAMI: Angkasawan AS, Shane Kimbrough melunaskan tanggungjawab beliau kepada negara apabila menjadi angkasawan terkini mengundi dari ruang angkasa hari ini, lapor Agensi Aeronautik Kebangsaan dan Pentadbiran Angkasa (NASA).
Kimbrough yang kini berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjadi angkasawan terkini menyempurnakan tradisi sekian lama AS untuk mengundi ketika sedang mengorbit bumi, menurut NASA.
Beliau terbang menaiki roket Soyuz Russia ke ISS pada 19 Oktober lalu bagi memulakan misi empat bulan di pusat kajian angkasa bersama dua cosmonaut Russia. Angkasawan AS dibenarkan mengundi dari angkasa sejak 1997, di bawah undang-undang Texas.
Ini kerana kebanyakan angkasawan menetap di sekitar Houston, berhampiran pusat misi kawalan NASA dan Pusat Angkasa Johnson. David Wolf adalah warga AS pertama mengundi dari stesen angkasa Russia, Mir, manakala angkasawan pertama mengundi untuk pemilihan presiden dari angkasa adalah Leroy Chiao pada 2004.
Tanggal 8 November 2016, bakal menjadi tarikh keramat apabila rakyat Amerika Syarikat akan keluar seawal jam 6 pagi hingga 8 malam untuk memilih sama ada calon Demokrat Hillary Clinton atau Republikan, Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat. - Agensi
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210530?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan