Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Disember 2016

Ahmad @Zahid_Hamidi Lawat Mangsa Nahas Pesawat TUDM -mStar

Ahmad Zahid Lawat Mangsa Nahas Pesawat TUDM - Berita Semasa | mStar

Ahmad Zahid Lawat Mangsa Nahas Pesawat TUDM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat seorang daripada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cedera dalam nahas pesawat Beechcraft B200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterworth, petang Rabu.

Ahmad Zahid melawat Left Hamdi Ahmad Hanafi, 26, di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, petang tadi.

Hamdi sebelum ini menerima rawatan awal di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang sejurus kejadian itu, semalam.

Difahamkan, Hamdi yang berasal dari Beranang, Selangor mengalami kecederaan dalaman akibat kemalangan terbabit.

Di dalam catatan Twitter beliau, Ahmad Zahid turut mendoakan Hamdi segera sembuh.

Kejadian pada 5.18 petang itu mengorbankan juruterbang TUDM Mejar C. Kayamboo manakala tiga anggota lain cedera termasuk Hamdi.

Dua lagi yang cedera ialah Kapt Wai Lik, 26, berasal dari Mentakab, Pahang dan Sarjan U Mohd Sofi Azizan, 29, berasal dari Sik, Kedah telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate