Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2016

Ketepi perselisihan politik demi penyatuan Islam - TPM @Zahid_Hamidi


KHAMIS, 15 DISEMBER 2016 @ 5:53 PM

PUTRAJAYA: Umat Islam perlu mengenepikan perselisihan politik yang merugikan, sebaliknya mengurus perbezaan itu dengan hikmah dan bijaksana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perpaduan tidak harus dengan hanya penggabungan parti politik sahaja tetapi juga melalui agenda kebersamaan melalui pelbagai cara yang disepakati.

Katanya, teras penyatuan umat Islam yang paling utama adalah pegangan kita terhadap akidah ahli sunnah wal jamaah dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.

"Kita mahu supaya jangan ada prasangka dan prejudis kerana kita mahu hasrat kebersamaan ini dapat diterjemahkan," katanya berucap merasmikan Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Islam (MPI) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu katanya, orang Islam juga tidak perlu gusar dalam usaha memartabatkan Islam kerana hanya orang Islam yang berhak menentukan acuan Islam itu sendiri.

"Selain itu, jangan ada tafsiran rambang sebelum mendapat penjelasan dan pemurnian. Apabila keputusan dibuat sebelum dimurnikan, maka keputusan itu tidak tepat," katanya.



www.bharian.com.my/node/224076/amp

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate