Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Disember 2016

Pak Habib : Rakyat Perlu Tahu Dosa Che Det Dan Muhyiddin | PRU14

Rakyat Perlu Tahu Dosa Che Det Dan Muhyiddin | Pilihanraya Umum ke 14

Rakyat Perlu Tahu Dosa Che Det Dan Muhyiddin


By Malik December 1, 2016 : 2:14 pm

113-16

Syed Hussein Al-Attas yang merupakan penulis buku veteran menyifatkan buku yang ditulisnya mengenai dua pemimpin negara yang belot terhadap UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohammed dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keperluan bagi mengetahui dosa-dosa lampau mereka.

Dalam pada itu, beliau yang banyak menulis buku-buku genre politik sejak 1970-an merasakan penghasilan buku "Dosa-Dosa Mahathir" dan "Muhyiddin Yassin Petualang" adalah merupakan salah satu karya terbaiknya sepanjang bergelar penulis.

Katanya, beliau perlu memberitahu perihal perkara sebenar yang melanda politik di negara ini khususnya yang melibatkan pucuk pimpinan Parti Bersatu itu.

"Kenapa saya tidak tulis buku tentang jasa-jasa Mahathir, selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, lebih kurang 30 hingga 40 buah buku semua cerita tentang jasa-jasa dia" kata beliau.

"Kita sebagai penulis, kalau warna itu hitam, kita tidak boleh cakap ia warna biru atau hijau, kalau merah kita kata merah," katanya ketika ditemui di booth jualannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini" katanya lagi.

Jelasnya, penulisan buku bukan hanya kontroversi, namun ia juga merupakan insiden yang benar-benar berlaku kerana beliau telah lama mengenali kedua pemimpin ini.

"Saya kenal mereka berdua ini sangat lama, kalau saya salah mereka boleh saman saya, mereka boleh bawa saya ke mahkamah" ujarnya.

"Buku saya memang kontroversi, kalau tak saya tak nak tulis" ujarnya lagi.

-pru14.tv-

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate