Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Disember 2016

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Siti Kasim


Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Siti Kasim

KOTA BAHRU: Satu laporan polis terhadap Siti Kasim dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Di Ibu Pejabat Kontinjen Kota Bharu (IPK) hari ini.

Laporan polis itu diketuai oleh Nazman Che Ibrahim, Presiden NGO PERTAHAN dan juga Ketua Penerangan DPPNK susulan isu yang ada kaitan sekatan Orang Asli di Gua Musang.

Laporan penuh seperti berikut

"Pada hari ini jam 8.00 pagi saya berada di kediaman saya seperti di dalam Kad Pengenalan dan saya membaca laman Facebook dengan akaun nama Siti Kasim dan saya percaya nama sebenar dia adalah Siti Zabedah binti Kasim. Semua tulisan dan komentarnya di dalam laman Facebook tersebut saya lihat berbentuk fitnah, tohmahan, kejian, hasutan dan ancaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah menghina serta merendah rendahkan banyak Penjawat Awam dalam tindakan tindakan beliau berkaita isu Blockade Orang Asli sejak bulan September yang lalu. Tindakan menghasutny sangat jelas dan ini akan menimbulkan lebih banyak ketegangan antara kaum orang asli dengan kaum Melayu yang banyak bertugas sebagai penjawat awam sepanjang krisis blockade ini. Saya juga melihat Siti Kasim terus konsisten cuba menghasut orang asli supaya benci dan melawan Kerajaan Pusat, JAKOA, Jabatan Perhutanan, PDRM dan Kerajaan Negeri. Justeru, saya selaku Timbalan Presiden NGO Pertahan Kelantan membuat repot ini agar pihak polis segera menangkap dan menyiasat Siti Kasim agar ketegangan kaum tidak akan berterusan sebegini malahan akan menjadi lebih parah sehingga berlakunya pertumpahan darah. Sekian laporan saya." 

Menurut Nazman lagi laporan yang sama terhadap Siti Kasim akan dilakukan oleh DPPNK di semua 14 kawasan parlimen dalam Kelantan bermula hari ini dan esok. 

Pada 29 November lalu seramai 47 Orang Asal direman oleh pihak berkuasa dan mengakhiri sekatan di laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, Gua Musang. – HARAKAHDAILY 7/11/2016



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate