PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa sekiranya terdapat keperluan dalam membantu siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani berkata, pada masa ini, siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
"SPRM akan meneliti beberapa dokumen berkaitan dan jika perlu kita akan memanggil beliau (Annuar) untuk memberi keterangan.
"Setiap siasatan bergantung kepada kes, buat masa ini kes tersebut masih dalam proses permulaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4XT3kIpiQ
Hakcipta terpelihara
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan