Pengikut Blog Panglima

11 Februari 2017

Muhyiddin Tawar Zaharin Bertanding Parlimen Bandar Tun Razak Atas Tiket Bersatu?

Menurut info dari blog di bawah ini Zaharin akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak...

http://headbomb.blogspot.my/2017/02/zaharin-bakal-bertanding-di-parlimen.html?m=1

Jika benar maka ia satu pengiktirafan kepada beliau yang begitu lantang mengkritik sesiapa sahaja sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Termasuk pernah dipukul tidak silap saya..

Dunia hari ini begitu obses dengan media baru dan sesiapa berani ambil risiko maka akan beruntung mendapat imbuhan yang besar atau akan menderita yang amat kerana balasan.

Lebih mengejutkan info blog tersebut memberitahu tawaran datang dari Presiden PPBM sendiri iaitu TS Muhyiddin Yasin.

Wallahu A'lam

Kita menunggu kesahihan berita ini kerana sekarang banyak berita palsu senang dan banyak disebarkan.

Cadangan saya setiap Menteri perlu ada Setiausaha Media Sosial kerana kesan media sosial kadangkala lebih dahsyat dari berita konvensional dan lebih cepat....

Jika ada blogger atau pemain media sosial yang berkelayakan elok juga ditimbang untuk mewakili BN PRU akan datang.


Sent from my iPhone
Catat Ulasan