Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Februari 2017

Sarawakiana : Perdana Menteri Cedera Kenderaan Rasmi Dirempuh Kenderaan Lain Semalam


PM Poland Cedera, Kereta Dirempuh


WARSAW: Perdana Menteri Poland, Beata Szydlo dilaporkan cedera selepas kenderaan rasmi yang dinaikinya dirempuh kenderaan lain.

Media tempatan melaporkan nahas itu berlaku di selatan bandar Oswiecim, semalam. 
Stesen Radio IAR yang memetik jurucakap kerajaan Rafal Bochenek, berkata kecederaan Szydlo tidak serius dan hanya perlu menjalani pemeriksaan biasa.
IAR melaporkan, pemimpin berusia 53 tahun itu berada di dalam kenderaannya apabila sebuah kereta jenis Fiat melanggar kenderaan beliau dan menyebabkan dua pengawal keselamatan cedera.
Sementara itu, media Poland melaporkan Szydlo berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke Hospital Warsaw. Szydlo dilaporkan berada di hospital terbabit untuk tempoh beberapa hari.
Dalam pada itu, siasatan berhubung kejadian itu juga sudah dimulakan berikutan arahan pendakwa raya.
"Kami sentiasa bersama anda Beato dan kami pasti selepas beberapa hari berehat di hospital, anda akan kembali bersama kami memimpin kerajaan," kata ketua parti berhaluan kanan Law Szydlo dan parti Keadilan (PIS), Jaroslaw Kaczynski yang dipetik agensi berita PAP Poland. - AFP

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate