Pengikut Blog Panglima

10 Februari 2017

@NajibRazak : Tiada menteri letak jawatan, @AzminAli bohong | Malay Mail Online

Najib: Tiada menteri letak jawatan, Azmin bohong | Berita | ProjekMMO | Mobile | Malay Mail Online

Najib: Tiada menteri letak jawatan, Azmin bohong

Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan seorang menteri kanan meletakkan jawatan. — Foto oleh Saw Siow FengDatuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan seorang menteri kanan meletakkan jawatan. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 10 Feb — Tiada menteri kanan meletakkan jawatan seperti didakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini, kata perdana menteri. 

"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya mahu meletakkan jawatan. 

"Saya anggap Azmin berbohong untuk menggemparkan kecualilah beliau mendedahkan nama menteri itu," kata Datuk Seri Najib Razak di Twitter malam ini. 

Petang tadi, Azmin melalui media sosial itu menimbulkan spekulasi apabila bertanya sama ada "seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan?"

"Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Cuba ikuti perkembangan," kata pemimpin PKR itu. 

Malaysiakini yang cuba menyemak dakwaan Azmin itu dengan beberapa menteri dan bekas menteri mendapati mereka semua tidak tahu-menahu tentang hal itu. 

"Saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Saya baru tahu [daripada dakwaan Azmin]," kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Gani.

Sementara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan dakwaan itu taktik lencongan perhatian pihak pembangkang. 



Dalam jawapan terbaru Azmin menulis di twitter :




Sent from my iPhone
Catat Ulasan