Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2017

TPM @Zahid_Hamidi hadir ceramah perdana sambutan Hari RELA | Semasa | Berita Harian

TPM hadir ceramah perdana sambutan Hari RELA | Semasa | Berita Harian

TPM hadir ceramah perdana sambutan Hari RELA


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ceramah perdana sempena sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertajuk Kesukarelawanan Pencetus Kebangkitan Ummah oleh Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Turut hadir Musa Aman. - Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyertai kira-kira 2,000 umat Islam mendengar ceramah perdana sempena sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Masjid Negeri Sabah, Sembulan, di sini, malam ini.

Ceramah bertajuk Kesukarelawanan Pencetus Kebangkitan Ummah itu disampaikan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sebelum itu turut menunaikan solat Isyak berjemaah.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate