Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Februari 2017

Zaid sah sertai DAP | Politik | Berita Harian

Zaid sah sertai DAP

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri), Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim (tengah), hadir pada Sidang Media Bersama di kediaman Datuk Zaid Ibrahim di Tropicana Golf and Country Resort. - Foto Sairien Nafis

PETALING JAYA: Spekulasi mengatakan Datuk Zaid Ibrahim menyertai DAP terjawab apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengesahkan penyertaannya dalam parti itu hari ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu memilih DAP berbanding parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana berasa lebih selesa dengan parti berkenaan.

"Saya memilih menyertai DAP kerana selesa dengan parti ini. Apa salahnya? Ramai kawan saya berada dalam DAP.

"Saya tidak menyertai PPBM kerana sudah banyak pemimpin Melayu yang terkenal dan hebat di dalamnya. Lagipun DAP kurang pemimpin Melayu," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Zaid turut berkata, beliau tidak berhasrat untuk merebut sebarang jawatan dalam DAP tetapi mendakwa mahu membantu pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kali ini kita ada banyak isu, sudah tentu perlu bekerja untuk menerangkan kepada rakyat, khasnya orang Melayu tidak kira di bandar atau luar bandar," katanya.

Zaid turut optimis beliau mampu menang dalam PRU akan datang jika diberi peluang untuk bertanding oleh pucuk kepemimpinan DAP.

Kit Siang pula berkata, Zaid tidak akan menjadi 'primadona' dalam DAP, sebaliknya perlu bekerja bersama parti.




Komen saya :

DAP makin menerima sokongan pemimpin MElayu yang sudah layu. 

Presiden sebuah parti nama KITA nampaknya sudah layu dan mahu layu dalam dakapan DAP.

Kelayuan Melayu yang sanggup sertai DAP tidak akan melemahkan perjuangan Melayu Kuat Anti-Layu.

Kebenaran tidak akan layu kerana seorang dua Melayu yang layu dan kuyu menyertai parti DAP.

Ada yang sudah kembali Melayu sejati dengan keluar DAP.

Demokrasi membenarkan sesiapa sahaja menyertai parti mana mana yang disukai atau disukakan kerana habuan yang ditawarkan.

Ada habuan segera dan ada habuan yang ambil masa untuk diperolehi.

Jangan iman kita layu walau badan kita sudah layu dimamah usia.

Layu kerana harta dan jawatan bukan melayu sejati yang rela putih tulang dari gadai masa depan agama dan bangsa.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate