Pengikut Blog Panglima

31 Mac 2017

Isu Siti Aisyah : USAH BURUKKAN IMEJ POLIS @PDRMsia DENGAN BELA PENGGANAS - watan-online.com

USAH BURUKKAN IMEJ POLIS DENGAN BELA PENGGANAS

Tindakan pihak tertentu membela Siti Aisyah Atam yang dikaitkan dengan militan termasuk Mufti dilihat cuba mempertikai usaha pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Pahang, Yunan Abdul Samad, berkata isu keselamatan negara merentasi sempadan politik.

"Isu keselamatan negara bukan isu politik murahan. Bapa kepada Siti Aisyah sebaiknya merujuk pihak polis berkaitan isu anaknya yang ditahan semula. Sudah tentu pihak polis punya sebab yang munasabah terhadap tindakan tersebut.

"Bapa Siti Aisyah juga hendaklah pastikan dirinya tidak diperalat mana-mana parti politik atau individu tertentu yang mempunyai agenda ataupun kepentingan peribadi.

"Bukankah Siti Aisyah yang merancang untuk lari dari rumah dan ke Selatan Filipina dengan pengikut Dr Mahmud Ahmad dan bapa Siti Aisyah sendiri pernah buat dua laporan polis agar pihak polis ambil tindakan untuk sekat anaknya sertai militan.

"Jangan guna sentimen murahan supaya rakyat membenci PDRM. Ada cara yg lebih berhemah untuk merungkai masalah di negara ini," katanya kepada Watan-Online.

Semalam Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara individu yang lantang membela Siti Aisyah yang dikaitkan dengan gerakan militan.

Manakala pembangkang pula membawa bapa Siti Aisyah ke Parlimen bagi merayu serta meraih simpati bagi pihaknya itu.

Sementara itu Yunan berkata, fahaman terorisme tidak mengenali sama ada orang kaya atau miskin.

"Manakala Bahagian Counter Terrorism PDRM Bukit Aman pula bertindak atas alasan keterlibatan seseorang itu dalam keganasan tanpa mengenal siapa. Siasatan dihantar ke pejabat Peguam Negara dan akhirnya suspek didakwa di mahkamah terbuka.

"Usah la membuat novel melankolik memancing emosi netizen. Hakikatnya, Ibu Bapanya sendirilah yang khuatir terhadap kecenderungan anak mereka yang terjebak dengan fahaman ekstremism sekian lama," katanya.

oleh Haspaizi Mohd Zain

http://watan-online.com/usah-burukkan-imej-polis-dengan-bela-pengganas/


Sent from my iPhone
Catat Ulasan