Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2017

Malaysia tak tutup kedutaan di Korea Utara - TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian

Malaysia tak tutup kedutaan di Korea Utara - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Khalid Abu Bakar, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan ahli jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) beramah mesra pada Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ke-24 di Subang Jaya. - Foto Aizuddin Saad

SUBANG: Malaysia tidak akan menutup pejabat kedutaannya di Korea Utara susulan pembunuhan Kim Jong-nam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia juga tidak mempunyai hasrat untuk memutuskan hubungan dengan Korea Utara walaupun wujud polemik di antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.

"Menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita izinkan rakyat Korea Utara untuk pulang ke negara asal mereka berdasarkan hubungan bilateral Malaysia-Korea Utara.

"Mereka (rakyat Korea Utara) yang berada di depoh Jabatan Imigresen pula akan diuruskan untuk dihantar pulang ke negara berkenaan.

"Selain itu, rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia adalah tertakluk dengan akta Imigresen, justeru perkara itu tiada perubahan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-24, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang juga Timbalan Pengerusi MCPF; Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Mengulas pemalsuan kenyataan bersama yang didakwa dikeluarkan Wisma Putra dan Republik Korea Utara, Ahmad Zahid berkata, sebarang keputusan dibuat Kementerian Luar adalah kenyataan rasmi kerajaan.

"Semua tatacara yang tertakluk kepada keputusan (mengenai hubungan Korea Utara-Malaysia) dibuat Kementerian Luar," katanya.

Semalam, satu kenyataan bersama didakwa dikeluarkan Wisma Putra dan Republik Korea Utara tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkembangan mengenai usaha membawa balik sembilan rakyat Malaysia.

Antara kandungan kenyataan itu ialah menarik balik larangan perjalanan keluar masuk rakyat di kedua-dua negara; mengambil usaha untuk memperkenalkan semula Program Pengecualian Visa (VWP) dan memperkuhkan hubungan Malaysia-Korea Utara.

http://www.bharian.com.my/node/266729?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate