Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2017

ARG Johor Jawab Dr Rozaimi Bela Pengarah IKIM

[Apabila Hanya Mencontohi Semangat, "Keajaiban" Akan Muncul]


1.Beberapa orang sahabat memberikan pihak ARG Johor printscreen ini dan meminta penjelasan dari ARG Johor. ARG Johor dikhabarkan bahawa pemilik status ini adalah individu yang dilarang mengajar agama di Selangor pada masyarakat awam iaitu Dr. Rozaimi.

2. ARG Johor ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini sangat keliru. Walaupun ia datang dari orang yang ada PhD Hadith, namun bukan bermaksud seseorang itu sudah jadi pakar hadith kerana skop kajian PhD beliau hanyalah metodologi Ibn Qayyim dalam satu kitabnya sahaja. Mustahil seseorang itu boleh menjadi pakar hadith jika kajian hanya diskopkan pada metodologi Ibn Qayyim sahaja. Bagi yang menceburi bidang penyelidikan tahu akan hakikat ini.

3. Oleh kerana status ini beliau buat terbuka dan ia berkaitan dengan hadis, Maka pemilik status ini sungguh bersemangat ingin mencontohi semangatnya jaguh jaguh hadith silam dengan menulis seperti berikut:

"maka tugas saya untuk memperbetulkannya atas semangat yang dinukilkan oleh ulama hadis semisal Syu'bah, Imam Malik, Sufyan bin Uyaynah"

4. Pihak ARG berasa hairan kerana yang mahu dicontohi adalah semata-mata semangat jaguh jaguh hadith silam tersebut, ini kerana sekadar semangat sahaja tidak mencukupi untuk menilai sesuatu hadith sama ada sahih atau tidak. Boleh baca bagaimana syarat ketat untuk menilai hadith sesuatu hadith di website ARG http://www.aswj-rg.com/2016/07/siapa-yang-diperbolehkan-menilai-kepalsuan-hadith.html

5. ARG melihat status ini mempunyai beberapa masalah utama iaitu Rozaimi pada mulanya mengatakan banyak hadith palsu dalam kitab ulama hadith berkenaan peristiwa isra' mi'raj, kemudian Rozaimi membawakan contoh hadith Nabi saw solat di Palestin yang dihukum munkar oleh ibn kathir dan az zahabi. Hadith munkar BUKAN hadith palsu. Ini perkara asas yang maklum diketahui oleh penuntut ilmu hadith walaupun hanya belajar kitab kitab taisir mustolah.

6. Seterusnya, perkara yang menyedihkan adalah apabila Rozaimi meninggalkan perbahasan ulama hadith lain berkenaan status hadith tersebut untuk dipaparkan kepada pembaca sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Wallahualam. Ini kerana terdapat penilaian dari ulama hadith yang lain yang mensahihkan sanad hadith tersebut. Malah az zahabi dalam kitabnya tarikh Islam menaqalkan bahawa al-baihaqi mensahihkan sanad hadith ini namun Rozaimi TIDAK memaparkan teks tersebut dalam tulisan beliau iaitu:

Dzahabi berkata:

قال البيهقي : هذا إسناد صحيح قلت : ابن زبريق تكلم فيه النسائي وقال أبو حاتم شيخ

walaupun az zahabi kelihatan seperti tidak setuju dengan penilaian baihaqi, namun az zahabi TIDAK berkata ia munkar, hanya sahaja Rozaimi yang menyimpulkan dengan perkataan az zahabi "cenderung" munkar.

7. Hadits Isra' Mi'raj diantara kisahnya adalah Rasulullah shallallahu'alaihi solat di Palestin, tempat lahirnya Nabi Isa alaihissalam. Hadith tersebut statusnya bukan palsu tetapi paling berat adalah hanya dhaif. Bukti ia tidak palsu adalah ucapan Ibn Hajar (Lisan al Mizan, juz 1 mukasurat 50) berikut:

والموضوع منه من قوله ثم اتى بي الصخرة . واما باقيه فقد جاء في طرق أخرى فيها الصلاة في بيت لحم وردت من حديث شداد بن أوس

Dari ucapan ini terlihat bahawa riwayat tentang solat di Palestin tidak hanya satu riwayat, tapi lebih dari dua jalur riwayat.

8. Al- Hafidz Al-Baihaqi dalam Dalalilun Nubuwwah menshahihkan sanad hadits tersebut, dan di i'tiraf oleh al Hafidz as Suyuthi dalam ad Durr al Mantsur.

9. Bukti tambahan lagi bahawa hadits ini tidak sampai derjat palsu, bahkan boleh dibuat hujjah dalam kisah adalah disebutkannya hadits tersebut dalam Fath al-Bari (juz 7 mukasurat 239) tanpa al Hafizh Ibn Hajar memberikan komentar. dan diketahui, setiap hadith yang diriwayatkan oleh al Hafizh Ibn Hajar dalam "Fath al Bari" dan "at Talkhis al Habir" dan beliau diam tidak memberikan komentar, maka hadith tersebut adalah shahih atau hasan menurut beliau.

10. Ada banyak lagi masalah penulisan oleh beliau dalam status ini, namun cukuplah hanya ini sahaja disampaikan agar kita semua termasuk pihak ARG mengambil pelajaran bahawa hanya sekadar mencontohi semangat ulama muktabar tanpa mencontohi derjat keilmuan mereka boleh mendatangkan masalah besar kepada diri sendiri dan kepada masyarakat.

Benarlah kata Ibn Hajar:

Jika seseorang bercakap di luar dari bidangnya, maka dia akan membawakan perkara ajaib.

Akhukum Fillah,


Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate