Pengikut Blog Panglima

30 April 2017

Perjuangan pendidikan bukan agenda pilihan raya: TPM @Zahid_Hamidi | Berita Harian


Perjuangan pendidikan bukan agenda pilihan raya: TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis penutup JPB 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini sebentar tadi. - Foto BERNAMA

BAGAN DATUK:  Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) memperjuangkan pendidikan termasuk melalui program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) bukan agenda pilihan raya tapi agenda untuk semua rakyat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memperjuangkan dan memastikan rakyat negara ini daripada setiap peringkat dan kaum mendapat peluang pendidikan sehingga ke peringkat tinggi.  

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya akan terus memberi sokongan kepada agenda pendidikan untuk rakyat. 

"Apabila JPB dilancarkan kira-kira lima tahun lalu, tidak terdetik untuk menjadikannya agenda untuk pilihan raya.  

"Kita (kerajaan) bukan seperti kelawar musim buah, ada musim buah tidak ada musim buah, kita tetap datang berbakti kepada rakyat,"  katanya ketika merasmikan majlis penutup JPB 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kerajaan menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada rakyat negara ini memperolehi pendidikan serendah diploma pada tahun 2050.  

Beliau juga berkata, pemimpin hari ini tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) tetapi ia adalah untuk agenda golongan muda hari ini bagi memimpin negara masa hadapan.


http://www.bharian.com.my/node/277518?m=1


Sent from my iPhone
Catat Ulasan