Pengikut Blog Panglima

03 Mei 2017

Pas, Umno betul-betul bergabung? - Politik - Sinar Harian

Pas, Umno betul-betul bergabung? - Politik - Sinar Harian

Pas, Umno betul-betul bergabung?

Harun kanan, Amiruddin dua kiri bersama pimpinan Umno lain dalam program sukaneka hari ini.
Harun kanan, Amiruddin dua kiri bersama pimpinan Umno lain dalam program sukaneka hari ini. - Foto Sinar Harian

BALING - Belum reda isu ribut yang melanda Muktamar Pas di Alor Setar, Pas Cawangan Teluk Sanau Batu 7 hari ini tampil dengan kisah berbeza apabila bersama Umno Cawangan kaki Bukit, Umno Cawangan Batu 7 dan Umno Cawangan Teluk Sanau Dalam menganjurkan sukaneka.

Difahamkan, penganjuran sukaneka itu adalah kali pertama dalam sejarah kedua-dua parti di negara ini.

Ketua Pas Cawangan Kampung Teluk Sanau Batu 7, Amiruddin Salleh berkata, penganjuran sukaneka itu bagi mengetepikan perbezaan politik.

"Kerana politik kita abai ukhuwah dan berpecah, jika seseorang itu penyokong kuat Umno atau kuat Pas, benda betul jadi salah benda salah jadi betul.

"Kita kena perlahan-lahan asuh dan didik masyarakat, lama kelamaan mereka faham, program hari ini pun berjaya diadakan sebab penduduk sudah bijak menilai," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, hampir 400 penyokong kedua-dua  parti menerima sumbangan berupa beras dan makanan keperluan daripada Pejabat Parlimen Baling.

Sementara itu, Adun Kupang, Datuk Harun Abd Aziz berkata, program kali pertama diadakan dalam sejarah itu adalah signal awal kepada pemimpin agar turut serta dalam usaha satu padukan masyarakat Melayu dan Islam.

"Yang terlibat secara langsung hari ini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan ( JKKK) Teluk Sanau  merangkap Ketua Umno Cawangan Teluk Sanau Dalam, Jkkk Batu 7 merangkap Ketua Umno Cawangan Batu 7 yang dan Ketua Cawangan Pas Kampung Teluk Sanau Batu 7.

"Dahulu mereka saling bermusuhan antara satu sama lain, tetapi hari ini walaupun berbeza pendapat tetapi boleh bekerjasama," katanya.



Sent from my iPhone
Catat Ulasan