Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Julai 2017

TPM @Zahid_Hamidi - Laporan Al-Jazeera tidak tepat, sengaja timbulkan persepsi negatif | BNBBC

Laporan Al-Jazeera tidak tepat, sengaja timbulkan persepsi negatif | BNBBC - Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

Laporan Al-Jazeera Tidak Tepat, Sengaja Timbulkan Persepsi Negatif

24 JULAI: Laporan media antarabangsa Al-Jazeera berhubung kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia adalah bukan gambaran sebenar yang berlaku kini kerana rakaman tersebut dibuat pada enam bulan lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hasil siasatan yang dilakukan terhadap dokumentari tersebut adalah dibuat secara bersiri bagi memperlihat perkara negatif di negara, sama seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Oleh sebab itu, kata Zahid lagi bukanlah satu perkara yang pelik jika media antarabangsa itu mempunyai masalah dengan negara-negara tersebut termasuk Malaysia.

"Apa yang dilaporkan Al-Jazeera bukan sekadar 3 hari lalu, tetapi ia adalah bersiri dan meletakkan Malaysia menerima pendatang tanpa izin, sebenarnya dalam siasatan yang dibuat, dokumen Al-Jazeera buat rakaman 6 bulan lalu.

"Sekarang apabila kita buat permohonan secara online, perkara ini tak timbul lagi, banyak perkara negatif pasal Malaysia dibuat, bukan perkara ini sahaja, sebab itu dia ada masalah dengan negara-negara lain," katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat, Isnin.

Terdahulu Wan Azizah meminta Zahid menjelaskan laporan Al-Jazeera itu yang memaparkan terdapat berjuta warga Bangladesh yang masuk ke Malaysia yang terpaksa melalui satu sistem seperti perdagangan manusia.

Mengulas lanjut, Zahid berkata angka 1.5 juta warga Bangladesh yang berada di Malaysia adalah tidak benar.

Ini kerana tegasnya lagi, angka tersebut adalah jumlah warga Bangladesh yang ingin ke luar negara melalui rekod daripada pihak kerajaan mereka.

"Angka ini bukan jumlah yang mutlak, sebab 1.5 juta itu dikatakan merujuk kepada warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan mereka untuk ke luar negara.

"Jumlah kemasukan mereka bergantung kepada keperluan sebenar yang dibuat, tak ada syarikat yang dilantik untuk membawa masuk warga Bangladesh ke Malaysia, bagi mereka yang masuk secara terus dan tidak melalui agen, pematauan dan semakan akan dibuat melalui pintu masuk biometrik, iaitu sistem pengkalan data.

"Harap penjelasan ini dapat mencerahkan persepsi negatif," ujarnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan sejak 1 Julai lalu, sebanyak 1066 premis telah diserbu dan hasil daripada itu seramai 4576 pendatang tanpa izin telah ditahan dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk dibuat pertuduhan.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate