Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Januari 2018

RM 13 Juta Untuk Baiki Pulih Naik Taraf Berek Polis PGA Cheras - @Zahid_Hamidi

https://www.youtube.com/watch?v=Vju9nBCzkhA&sns=em


Sent from my iPhone

Perumahan polis yang daif akan dinaik taraf - TPM @Zahid_Hamidi | Astro Awani

Perumahan polis yang daif akan dinaik taraf - TPM | Astro Awani

Perumahan polis yang daif akan dinaik taraf - TPM

Perumahan polis yang daif akan dinaik taraf - TPM
Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan anggota dan ahli keluarga mangsa. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perumahan atau berek polis yang daif akan dinaik taraf bagi memastikan kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka terjaga.

Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri. "Proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Malah peruntukan ini diberikan kerajaan kerana kami mendapati terdapat perumahan polis yang masih berada dalam keadaan daif," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat salah satu blok perumahan di Markas PGA Cheras di sini hari ini.

Apabila ditanya sekiranya kerajaan akan membina kawasan perumahan polis yang baharu, Ahmad Zahid menjawab perkara itu akan dirancang mengikut keperluan sesuatu lokasi.

"Sekiranya di kawasan itu, kos sewaannya mahal dan tiada cukup unit bagi menempatkan anggota, kerajaan akan membina perumahan baharu," kata beliau.


Sent from my iPhone

22 Januari 2018

Doktor ini tegur pramugari belanja seluar dalam dan lurah di KLIA | Astro Awani

Doktor ini tegur pramugari belanja seluar dalam dan lurah di KLIA | Astro Awani

Doktor ini tegur pramugari 'belanja' seluar dalam dan 'lurah' di KLIA

Doktor ini tegur pramugari 'belanja' seluar dalam dan 'lurah' di KLIA
June Robertson dakwa imej mencolok mata yang dibawa krew kabin penerbangan itu tidak manis untuk imej Malaysia. - Gambar hiasan
SEORANG pelancong dari New Zealand telah memuat naik satu surat aduan ke Facebook, berkenaan pemakaian kru kabin sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

Dr. June Robertson, dari Wellington, mendakwa sering datang ke Malaysia atas urusan kerja dan sudah menganggap negara ini sebagai negara keduanya.

Namun dalam surat yang dialamatkan kepada seorang Senator itu, Robertson berkata satu insiden yang berlaku baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), membuatkan dia terkejut dan merasakan perlu memberi teguran, lapor sebuah portal berita New Zealand, news.com.au. "Ketika itu, saya berada di sebuah hotel berdekatan lapangan terbang. Saya ternampak pramugari dari sebuah penerbangan yang juga berada di situ, dan saya terkejut apabila melihat betapa pendek skirt yang dipakai mereka.

"Saya telah menjelajah ke serata dunia, menggunakan perkhidmatan pelbagai syarikat penerbangan, tapi saya tidak pernah nampak mana-mana krew syarikat penerbangan memakai skirt sesingkat itu.

"Lebih teruk, saya ternampak salah seorang daripada pramugari itu menunduk untuk mengambil sesuatu, dan saya boleh nampak seluar dalamnya!" tulis Robertson.

Sambung Robertson, ketika menggunakan penerbangan itu dari Auckland ke Kuala Lumpur Oktober lalu, dia pernah menegur seorang pramugari yang bertugas kerana "butang bajunya terbuka dan saya boleh nampak bahagian dadanya".

"Salah satu perkara yang membuatkan saya selesa dengan Malaysia adalah kerana penduduknya sangat sopan dan menjaga adab berpakaian.

"Saya tidak rasa imej sebegitu bagus untuk Malaysia," tulisnya di pengakhiran surat itu.


Sent from my iPhone

11 Januari 2018

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara - TPM @Zahid_Hamidi | Barisan Nasional

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara | Barisan Nasional

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara

FW659731_KL06_090118_TPM-scr.jpg

Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Dr Mahathir akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat bahawa tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, semalam. 

Dalam pada itu Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar berkata tindakan itu dilihat seolah-olah menggambarkan pembangkang tidak lagi mempunyai calon yang berkaliber untuk menyandang jawatan nombor satu negara.

"Kita akui ketokohan Tun M selama ini, namun zaman kini bukan masa yang sesuai untuk beliau menjadi perdana menteri lagi, kita perlu orang muda dan konsisten dalam pentadbiran.

"Jika asyik bertukar (perdana menteri) sahaja, bila negara kita nak maju. Saya setuju dengan pendapat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (seorang lagi pemimpin muda PPBM) bahawa sepatutnya 30 peratus tampuk kepimpinan parti diserahkan kepada orang muda," katanya di sini hari ini.

Menurutnya apa yang disuarakan itu adalah pendapat peribadinya memandangkan ada ura-ura bahawa jawatan yang disandang itu telah digantikan dengan orang lain berikutan kelantangannya mengkritik beberapa dasar parti.

Beliau tidak menafikan berlaku perpecahan di kalangan angkatan Pemuda PPBM di negeri ini dan hanya lapan bahagian sahaja yang kini benar-benar aktif dalam melakukan aktiviti.

Sementara itu Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh, Sharipul Fairuz Mohd Sharip sependapat dengan Raja Mohd Azlan bahawa gandingan Dr Mahathir-Dr Wan Azizah itu bakal dilanda masalah.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan turut mengumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.



Sent from my iPhone

04 Januari 2018

Doa Istimewa Sempena Hari Jadi TPM @Zahid_Hamidi




۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى   آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sempena hari ulangtahun kelahiran YAB Timbalan Perdana Menteri yang kami sayangi lagi kami hormati pada hari ini..
Kami menadah tangan dengan penuh pengharapan agar Dikau mengurniakan kepadanya
Kekuatan ketabahan kesabaran
Kehebatan dalam kepimpinan
Kecekalan semangat perjuangan yang tinggi
Akhlak kehalusan budi pekerti yang mulia dalam memimpin agama Islam, bangsa Malayu dan negara Malaysia tercinta.

Ya Allah Yang Maha Mendengar
Kami memohon penuh kerendahan hati agar pemimpin ulung kami YAB Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa dilimpahkan Rahmat Redha Keberkatan dalam kehidupan kesejahteraan kasih sayang dan kebahagiaan bersama YBhg Datin Sri Hamidah Khamis serta seluruh keluarga anak menantu dan cucu beliau sentiasa dalam kebaikan, kesihatan, ketaqwaan dan keimanan.

Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Agung
Dikau lindungilah YAB Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari mara bahaya 
Dijauhi hasad dengki manusia
Fitnah musuh dan sesiapa sahaja yang cuba menganggu dan berniat tidak baik ke atas beliau. Dijauhkan sejauh-jauhnya segala musibah yang tidak diinginkan serta manusia yang penuh tipu daya merosakkan.

Ya Allah Yang Maha Memperkenankan Lagi Maha Memakbulkan Permintaan Kami
Sampaikanlah hajat kami ini dengan keberkatan kekasihMu Nabi Muhammad Rasulullah saw dan berkat sekelian ahli keluarga baginda para sahabat para ulama yang menjadi pewaris perjuangan Islam hingga hujung usia alam.


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآَخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

امين يارب العلمين




Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate