Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Mac 2018

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM @Zahid_Hamidi | Astro Awani

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM | Astro Awani

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM

Pencetus provokasi sewaktu PRU14 akan dikenakan tindakan serta-merta - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Program Turun Padang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada semua parti politik di negara ini, khususnya parti pembangkang untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis telah mengenal pasti individu atau kumpulan tertentu yang telah merancang untuk melakukan provokasi yang boleh menyebabkan huru-hara sewaktu tempoh berkempen nanti.

Menggelarkan tindakan itu sebagai 'surprised last-minute attack' atau SLMA, Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan pihak polis untuk mengambil tindakan dengan menahan mereka yang terlibat dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

"Kami telah kenal individu yang mahu lakukannya, kami telah kenal blog mana yang akan tularkannya, dan kita dah kenal pasti isu-isu yang punyai potensi untuk menjadi 'last minute bomb shelf'. "Ini bukan amaran... ini tindakan pasti akan sampai jika ada mana-mana individu atau organisasi yang cuba lancarkan 'surprised last-minute attack'. Kerana di dalam PRU yang lalu, kononnya ada 40,000 rakyat Bangladesh (diterbangkan) dari sana untuk jadi pengundi hantu.

"Tetapi jelas, tidak ada pun satu jumbo jet yang turun di mana-mana lapangan terbang, dan tidak ada seorang pun pengundi hantu dari Bangladesh yang mengundi," katanya ketika berucap di Program Turun Padang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat pengurusan tertinggi PDRM awal hari ini telah memutuskan agar elaun pegawai dan anggota yang bakal bertugas sewaktu PRU14 nanti dibayar lebih awal pada kadar 50 peratus.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama pegawai Polis pada Mesyuarat Pegurusan PDRM di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama pegawai Polis pada Mesyuarat Pegurusan PDRM di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR



Baki 50 peratus lagi, tambahnya, perlu dibayar dalam tempoh secepat mungkin sejurus selepas tugasan sewaktu pilihan raya umum tamat nanti.

Menganggap ucapannya itu sebagai 'wasiat terakhir' Menteri KDN untuk warga PDRM sebelum parlimen dibubarkan nanti, beliau turut mengumumkan agar kenaikan pangkat anggota dijalankan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

"Saya dah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian (Dalam Negeri) untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tidak seorang pun tertinggal kenaikan pangkat mengikut garis masa.


"Flexible-post (jawatan fleksibel) juga perlu diwujudkan supaya mana-mana pegawai, baik di formasi, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di Ibu Pejabat Polis Negeri, di balai-balai yang terlepas pandang, jangan lagi terlepas pandang," katanya lagi.


Sent from my iPhone

19 Mac 2018

TN50 ubah wajah Bagan Datuk | Berita Harian

TN50 ubah wajah Bagan Datuk | Nasional | Berita Harian

TN50 ubah wajah Bagan Datuk

SERDANG: Sembilan kluster menjadi fokus pembangunan di Bagan Datuk, Perak sebagai inisiatif menaik taraf seiring Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan peruntukan RM2.3 bilion, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan RMKe-11 itu adalah bagi kluster membabitkan jaringan perhubungan, pendidikan, perumahan rakyat, industri, pelancongan, keselamatan, kesihatan, sukan dan agama.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, apa yang dilakukan itu adalah demi manfaat generasi akan datang.

"Ini persediaan kita untuk 32 tahun akan datang menuju Transformasi Nasional 2050 dan pada waktu itu, saya pun tidak ada lagi.

"Apa yang kita buat bukan untuk diri kita tetapi untuk cucu-cucu kita. Ertinya, kita lakukan perubahan bukan untuk kepentingan diri kita saja, kita sediakan pembangunan ini untuk anak cucu kita.

"Ini adalah amanah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bukan untuk saya, tapi untuk pengundi, rakyat Bagan Datuk. Peruntukan ini untuk bangunkan kawasan ini. Ia adalah kebenaran dan bukan lagi impian," katanya pada majlis Aspirasi TN50 @Bagan Datuk di MAEPS di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan hasrat membina terowong dasar laut menghubungkan Semenanjung dari Bagan Datuk dengan Sumatera, Indonesia.

Beliau berkata, projek itu dirancang menerusi inisiatif swasta membabitkan pelaburan AS$20 bilion (RM78 bilion), yang dilihat dapat meningkatkan jaringan perhubungan antara kedua-dua negara serta Asia Tenggara.

"Secara dasarnya, ia sudah dipersetujui namun masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana perlu mendapat kelulusan kerajaan Malaysia dan Indonesia, kerajaan negeri, laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) selain wajib memenuhi protokol antarabangsa.

"Bagan Datuk dinilai untuk menjadi lokasi pilihan di Semenanjung kerana terowong itu mahu disambungkan dengan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat yang dijangka siap menjelang 2020.

"Kajian fizikal sudah mendapat kelulusan secara dasar tetapi masih memerlukan penilaian EIA manakala pelabur yang berminat perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Malaysia dan Indonesia," katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal RM250,000 untuk mencari dan mengasah bakat tempatan dari Bagan Datuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Sementara itu, antara pengisian kluster yang dinyatakan ke arah mengubah imej Bagan Datuk ialah peningkatan jaringan perhubungan menerusi pembinaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop, peluasan jalan empat lorong, naik taraf jeti dan jambatan pintasan Hutan Melintang fasa satu serta dua.

Bagan Datuk juga bakal mempunyai sebuah politeknik, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan serta sebuah perpustakaan digital.

Sektor perumahan turut diberi perhatian apabila 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 1,039 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan dibina yang dijangka siap pada 2021.

Bagan Datuk bakal mempunyai kilang pemasangan komersial susulan persetujuan sebuah syarikat automotif beroperasi di situ, manakala Taman Perindustrian Berat Negeri Perak (PHIP) dijangka turut bertapak di kawasan yang kaya dengan pokok kelapa itu.

Dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan, bangunan ibu pejabat polis daerah (IPD) Bagan Datuk akan siap dibina pada November 2021.

Ke arah menggalakkan gaya hidup sihat, sebuah kompleks sukan akan dibina dan dijangka siap pada 2021 manakala Masjid Tuminah Hamidi yang dalam pembinaan bakal siap tahun depan sebagai pengisian imbangan ukhrawi dan duniawi.

Menyedari keperluan masyarakat pelbagai kaum, sebuah krematorium akan dibina bagi kemudahan golongan India dan pembelian tanah untuk pembinaan tokong dibuat untuk manfaat kaum Cina di Bagan Datuk.

Antara projek yang sudah siap ialah kawasan riadah orang ramai seperti Bagan Datuk Waterfront, Jeti Bagan Datuk dan dua Taman Rekreasi Kanak-Kanak di Hutan Melintang.



Sent from my iPhone

18 Mac 2018

Video Klip Terbaru Lagu #BaganDatuk Dilancar TPM @Zahid_Hamidi #TN50 Hari Ini

Video terbaru ini dilancarkan siang tadi di MAEPS Serdang hari ini. Sempena program TN50 bersama pengundi Bagan Datuk.

Menjadi lagu rasmi program TPM ketika balik kawasan Parlimen.

https://youtu.be/f5NTnXY-gLw

Lirik mudah dan lagu yang menarik walau pertama kali mendengar dan menggabungkan penyanyi baru dan lama terutama yang berasal dari Bagan Datuk seperti Dato' M Daud Kilau.

Walau baru dilancar ia sudah ditonton Youtube ribuan pengunjung Online tanpa sebarang promosi besar-besaran lagi.

Semoga ia menjadi siulan anak muda kelahiran kawasan Bagan Datuk yang semakin maju dan makmur hari ini dengan peruntukan 2.3 Bilion menunggu masa siap menjadi mercu tanda.

Tahniah penduduk Bagan Datuk!


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate