Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2018

Seorang suspek kes langgar lari di Cyberjaya direman semula kerana merusuh - Utusan Online

Seorang suspek kes langgar lari di Cyberjaya direman semula kerana merusuh - Utusan Online

Seorang suspek kes langgar lari di Cyberjaya direman semula kerana merusuh

jenayah

KUALA LANGAT 27 Okt.- Seorang daripada tiga suspek yang dilepaskan tahanan reman semalam berkaitan kes langgar lari seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) yang maut dibenarkan direman semula.

Suspek warga Libya berusia 24 tahun merupakan penuntut di sebuah universiti swasta itu dibenarkan direman semula selama dua hari bermula hari ini bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Majistret Mohd. Isa Md Nor dari Mahkamah Majistret Telok Datok membenarkan permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di IPD Kuala Langat di sini.

Peguam Dinesh Muthal yang mewakili suspek ketika dihubungi berkata, anak guamnya itu dibebaskan sebentar selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memerintahkan tahanan reman terhadapnya bersama dua lagi suspek  dilepaskan.

"Bagaimanapun, anak guam yang dibebaskan di IPD Sepang itu ditahan semula di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Kemungkinan anak guam saya akan disambung reman semula esok di IPD Kuala Langat," katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan semakan semula untuk membatalkan reman lima hari terhadap tiga suspek kes langgar lari kakitangan TM di hadapan
 bangunan Shaftbury, Cyberjaya sehingga menyebabkan kematian wanita berusia 31 tahun itu. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate