Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Disember 2018

30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Sungai Besi selepas isi minyak | Kes | Berita Harian

30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Sungai Besi selepas isi minyak | Kes | Berita Harian

30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Sungai Besi selepas isi minyak

SERDANG: Kira-kira 30 kenderaan tersadai berhampiran Kilometer 7, dekat Lebuhraya Sungai Besi, dekat sini, sejak jam 7 pagi tadi.

Semua kenderaan berkenaan difahamkan mengalami masalah enjin dan mati secara mendadak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

KIRA-KIRA 30 kenderaan tersadai di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi selepas mengisi minyak di sebuah stesen PETRONAS.

Maklumat lanjut mengenai kejadian sedang diperolehi dari mangsa, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pengusaha stesen minyak terbabit.

Sementara itu, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil serius terhadap insiden yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pelanggan atas masalah yang timbul.

"Kami sudah menghubungi pelanggan yang terjejas, mengambil langkah-langkah yang perlu dan akan membayar ganti rugi dengan sewajarnya," katanya.

Katanya, berdasarkan penilaian awal mendapati kecuaian dalam pengendalian produk hanya berlaku di stesen berkenaan dan kini ditutup buat sementara bagi meneruskan penyiasatan.

"Kami ingin memberi jaminan bahawa stesen PETRONAS lain tidak terjejas," katanya.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate