Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Disember 2018

Anwar nasihat Azmin guna saluran betul - Terkini - Kosmo Online

Anwar nasihat Azmin guna saluran betul - Terkini - Kosmo Online
Nampak gaya Azmin dah mula serang Anwar... Mahathir juga dah sindir Anwar. 

Siapa jamin Mahathir tidak akan terus menipu Anwar selepas menipu Azizah dan rakyat Malaysia ??? 

Akhirnya Azmin mungkin mangsa terakhir ditipu selepas MP 2 Umno yang melompat juga ditipu.


Anwar nasihat Azmin guna ssaluran betul

Anwar

Anwar

PORT DICKSON - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak berpuas hati dengan pelantikan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi sesi 2018-2021 diminta menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan pandangan mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau telah mengambil pendekatan yang inklusif dalam membuat pelantikan MPP PKR bagi sesi 2018-2021 bagi memastikan semua pihak diwakili dalam parti tersebut.

"Kita tidak boleh nafikan mengenai keperluan untuk membawa semua pihak masuk ke dalam parti. Saya telah bawa masuk Naib Presiden, Ketua Penerangan dan Ahli MPP lain dan ini dilakukan dalam mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara bola sepak pantai Piala Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada beliau supaya  meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, gesaan Mohamed Azmin ke atas beliau itu adalah pendapat peribadinya kerana Mohamed Azmin mahukan orang tertentu keluar daripada parti sedangkan beliau mahu semua orang berada dalam parti. - K! ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate