Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Januari 2019

Sultan Pahang baharu, Jumaat ini? - Nasional - Utusan Online

Sultan Pahang baharu, Jumaat ini? - Nasional - Utusan Online

Sultan Pahang baharu, Jumaat ini?


TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH

KUALA LUMPUR 9 Jan.- Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mungkin akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Untuk itu, Institusi diraja Pahang akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membincangkan hasrat tersebut dan sekiranya diterima Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang, Jumaat ini.

Menurut sumber, perbincangan itu hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat dan penasihat mereka malah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sedia maklum mengenai perkara tersebut.

"Jika cadangan itu diterima ia akan membuka jalan untuk Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem pusingan.

"Berdasarkan sistem tersebut giliran Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan dan kami ingin menghormatinya,"katanya seperti dilaporkan akhbar New Straits Times.

Tambah laporan tersebut, di bawah perlembagaan Pahang penggantian boleh dilakukan sekiranya Sultan bersetuju melepaskan hak dan kuasanya.- UTUSAN ONLINE 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate