Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2019

6,988 tandatangan petisyen Latheefa letak jawatan

LATHEEFA KOYA


Afiq Mohd. Shah

10 Jun 2019 4:57 PM


KUALA LUMPUR - Petisyen mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya semakin mendapat perhatian pelbagai pihak yang mahukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada manifesto mereka.

Sehingga pukul 5 petang hari ini, seramai 6,988 individu telah pun menandatangani petisyen yang diwujudkan oleh gerakan Malaysia Baharu itu bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap kaedah bagaimana Latheefa dipilih untuk mengetuai agensi membanteras rasuah tersebut.

Sebelum ini, petisyen menerusi tandatangan dalam talian di laman sesawang www.change.org itu turut menerima sokongan beberapa pemimpin PH terutama dari PKR termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr. Tan Yee Kew yang menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas rakyat.

Selain Yee Kew, Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mahu PH berpegang kepada janji supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC). - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate