Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2019

PM tidak tahu video 'intim' mirip menteri


DR. MAHATHIR MOHAMAD


Yulpisman Asli Dan Juani Munir Abu Bakar

11 Jun 2019 12:48 PM


PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengetahui mengenai penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri tersebar hari ini.

Kata Perdana Menteri, beliau baru sahaja mendengar mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu tau apa pun, saya baharu dengar, saya kena bacalah dulu.

"Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil.3/2019 Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Yang turut disebarkan beberapa video menunjukkan individu itu mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate