Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Jun 2019

Boss Haziq Merasa Bingung Kes Beliau Dengan Azmin


Panglima : semua boleh jadi.... Menafi walau tahu. Menipu walau tahu...Melempar batu sembunyi tangan. Namun semua akan diketahui juga. 

Allah akan membalas kebaikan dengan kebaikan. Kejahatan dengan kejahatan. Selepas memberi peluang berubah.....



Saya rasa bingung - Shamsul Iskandar



Sofian Baharom Dan Juani Munir Abu Bakar

13 Jun 2019 4:44 PM


PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin memberitahu, beliau berasa bingung setelah mendapat tahu penglibatan pegawainya, Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam isu video seks sejenis yang tular sejak kelmarin.


Beliau berkata, Haziq telah menjalankan tugasnya dengan profesional dan tiada rungutan diterima.

“Wacana di media sosial macam-macam tetapi sebagai orang yang melantiknya sudah tentu saya bingung kerana dia tiada perwatakan seperti itu dalam enam bulan perkhidmatannya.

“Saya berjumpa dengan ketua setiausaha kementerian, tiada rungutan. Pada hemat saya, beliau menjalankan tugas yang baik. (Jadi) Saya tidak tahu niat dia apa (berbuat demikian),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Haziq merupakan individu yang mengaku berada dalam video seks mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas video itu tersebar sejak kelmarin.

Haziq mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.


Dalam pada itu, Shamsul Iskandar menjelaskan, beliau mengenali Haziq sejak pegawainya itu terlibat dalam gerakan mahasiswa sekitar tahun 2011 hingga 2012. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate