Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Jun 2019

Akhirnya Azmin Ali Akui Kenal Haziq


Panglima : siapa untung jika Azmin jatuh ?? 

Anwar ?

atau Umno ?

atau Mukhriz ?



Saya kenal Haziq dari jauh - Azmin



MOHAMED AZMIN ALI


Siti Rohaizah Zainal

13 Jun 2019 3:14 PM

661



SHAH ALAM 13 Jun - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan isu video seks sejenis hari ini menyatakan beliau mengenali pemuda bernama Muhammad Haziq Abdul Aziz.


Bagaimanapun jelas Timbalan Presiden PKR itu, beliau hanya mengenali Muhammad Haziq, yang mengaku melakukan hubungan songsang tersebut daripada jauh sahaja dan tidak rapat.

“Dia ahli parti, kemudian menyertai pembangkang dan setelah menang lompat balik ke dalam keadilan (PKR).

“Ini karakter individu yang diperalatkan dalam fitnah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.

Majlis itu dijadikan platform oleh Mohamed Azmin untuk membuat kemunculan pertama selepas tersebarnya video seks sejenis mirip dirinya bersama Muhamad Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate