Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Jun 2019

Otai Reformis curiga dengan Tun M


IDRIS AHMAD bercakap sesuatu dalam sidang akhbar mengenai isu video seks mirip seorang menteri Kabin
IDRIS AHMAD bercakap sesuatu dalam sidang akhbar mengenai isu video seks mirip seorang menteri Kabinet di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/HAFIZ JOHARI

Badrul Isa

14 Jun 2019 11:19 AM

426

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis 1998 menggesa supaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersikap berat sebelah dalam mengendalikan isu video seks yang didakwa turut melibatkan seorang menteri Kabinet.

Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr. Idris Ahmad menjelaskan, sikap Dr. Mahathir tersebut berbeza jika dibandingkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dihukum pada tahun 1998.

"Otai Reformis juga curiga dengan campur tangan Tun Dr. Mahathir dalam isu video seks ini dengan mengatakan bahawa video tersebut boleh dipalsukan dengan teknologi canggih sedangkan kita meragui kepakaran beliau dalam teknologi video ini.

"Manakala pelaku dalam rakaman video itu telah membuat akuan pendedahan bahawa mereka berdua terlibat dalam aksi seks tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail.

Dr. Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok dalam pada itu turut menyarankan agar menteri terbabit yang dikaitkan dengan video tersebut untuk diberikan cuti rehat daripada tugasan rasmi.

"Ia bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap video seks yang melibatkan imej mirip beliau.

"Ini juga bertujuan menjaga nama baik kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya," katanya. - UTUSAN ONLINE



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate