
Tokoh Spritual JI : Abu Bakar Basyir
FAKTOR KEMUNCULAN JEMAAH ISLAMIYYAH / MILITAN

Mas Selamat yang ditahan di Malaysia pada 2009 selepas
melarikan diri dari penjara Singapura pada Feb 2008
PERBANDINGAN ANTARA JIHAD JI DAN JIHAD RASULULLAH S.A.W
JI menggunakan pendekatan yang sangat jauh berbeza dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w terutama dalam bab menggunakan senjata memerangi bukan Islam.
Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umat untuk melakukan pembunuhan atau kecederaan kepada orang yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam peperangan memerangi Islam. Sedangkan JI telah membunuh rakyat negaa Barat tanpa sebab seperti pengeboman di Bali yang meragut ratusan nyawa manusia tidak berdosa dan bukan anggota tentera.

senarai mangsa Bom di Bali pada 12.10.2002
Islam membenarkan penentangan terhadap kafir harbi yang memerangi Islam apabila Islam telah diancam atau diperangi. Ia mestilah mengikut syarat-syarat yang ketat agar tidak berlaku pembunuhan terhadap lelaki dan wanita tua, kanak-kanak serta dilarang merosakkan tanaman atau memusnahkan pokok.
JI terbukti telah melanggar prinsip ini dan mereka sebenarnya tidak mengikut ajaran Islam dan hanya menggunakan agama untuk tujuan yang tidak dituntut oleh agama sedikitpun. Kenapa mesti orang Kafir dibunuh sedangkan mereka adalah 'sasaran dakwah' bukan pedang atau pistol kita.
JI menggunakan alasan ketenteraan dibuat untuk mendirikan daulah bagi menubuhkan pemerintahan berlandaskan syarak. Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak pula menggunakan taktik berperang untuk mendapatkan kuasa pada peringkat awal dakwah baginda.
JI adalah contoh bagaimana serangan pemikiran musuh Islam yang merosakkan teras agama sehingga pemikiran JIHAD menjadi keutamaan mereka dalam menuntut penubuhan NEGARA ISLAM sedangkan Islam boleh disebarkan atau diamal walaupun tidak melalui pendekatan perang/jihad seperti mana yang dibawa oleh mereka.

Ramai orang menyangka Imam Samudera(gambar) adalah syahid sedangkan syahid di sisi Allah mereka yang berjuang melawan mereka yang memerangi Islam bukan membunuh bukan Islam.
Tohmahan orientalis Barat yang menuduh Islam disebar menggunakan ‘mata pedang’ seolah olah benar / betul dengan tindakan JI menyerang bukan Islam. Sedangkan Islam disebar oleh Nabi dan sahabat dengan cara yang tidak menyakitkan serta penuh adab dan hikmah. Sejarah membuktikan Islam berperang apabila mereka diserang bukan menyerang tanpa alasan yang kukuh.
Sangat jelas sekali bahawa imej Islam tercalar teruk dengan tindakan militan yang berjuang menggunakan nama Islam ini. Ramai orang telah keliru dengan imej sebenar Islam yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang. Sirah Nabi sarat dengan kisah baginda menarik hati musuh Islam dengan pendekatan akhlak yang mulia bukan senjata yang berkilau. Penguasaan dengan senjata tidak sama dengan penguasaan hati dan minda yang lebih kekal dan tahan imannya..
Lihat kisah Nabi dengan pengemis buta Yahudi yang anti Islam dibawa baginda http://abubasyer.blogspot.com
Lihat kisah petir mengiringi jenazah tiga pengebom di Bali ketika disemadikan seakan akan tanda kemurkaan Allah atas perbuatan mereka yang mencemar nama Islam...Ia ditulis di laman yang dilink di bawah (syukran.wordpress.com)
Lihat juga gambar Imam Samudera yang tidak ada 'senyuman' seperti lazimnya mereka yang syahid yang melawan Zionis Israel di Palestin di bawah dan fikirkan adakah Imam Samudera itu layak digelar syahid kerana membunuh jiwa tidak berdosa ?
Gambar sudah cukup menjadi bukti beza yang jelas antara mereka yang syahid dan 'didakwa syahid'. Namun malangnya ada juga blog seperti Syukran.wordpress ini yang ingin mengangkat Imam Samudera dan rakan rakan mereka sebagai syuhada !


Mudah mudahan Allah menjaga negara kita dari anasir militan dengan berkat Ahli Bait yang ramai di Malaysia.
Mari kita bersihkan hati dan mewarisi akhlak Nabi s.a.w hingga musuh agama ditawan dengan 'akhlak' hasil dari iman yang mantap kepada Allah Taala.
Amin Amin Amin.