Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label agama (wahabi). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama (wahabi). Papar semua catatan

08 Julai 2010

ALIRAN WAHHABIAH: ANCAMAN TERHADAP AKIDAH DAN KESELAMATAN NEGARA OLEH: DR MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY


Pertama, penulis ini memerhatikan aliran dan gerakan Wahabiah ini lebih daripada dua puluh tahun; dengan rasa bertanggungjawab ia ingin menyatakan bahawa kita di Malaysia ini beraliran Ahlissunnah wal-Jamaah, bermazhab fiqh Syafie. Kita berjaya dan benar dalam memahami agama dan mengamalkannya dalam aliran yang terjamin oleh Nabi dan Quran ini, dengan tidak melupai ada perlara-perkara yang masih tidak sempurna di kalangan kita. Kita wajib mengelak diri daripada Wahabiyah. Mereka yang dari awal bermazhab dengan mazhab Wahhabiah ini jangan mengembangkannya kepada Orang Islam di negara ini.



Kedua pihak pemerintah mesti memutuskan untuk terus berpegang kepada aliran Ahlisunnah ini dan menguatkuasakannya. Jangan terpesona dengan slogan pembaharuan atau reformasi dangkal yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang beraliran demikian. Malaysia mencapai kejayaan selama ini bukan kerana aliran dangkal itu. Ia berjaya dalam rangka Ahlisunnah wal-Jamaah yang disertakan dengan sikap positif menerima perkara-perkara baharu yang penting dalam konteks kerangka ajaran yang sudah ada; dalam negara-negara OIC ia terkenal dengan kejayaannya. Untuk apa hendak kita gantikan ini dengan aliran Wahabiah? Untuk menjadi kacau bilau seperti beberapa kawasan yang mengamalkan aliran yang seperti itu? Adakah kita berjaya kerana tidak membaca usalli? Tidak berselawat kepada nabi? Tidak bermazhab? Tidak membaca berzanji? Tidak berkunut? Tidak mengadakan tahlil arwah? Tidak berwirid selepas sembahyang? Ajaran ‘pembaharuan’ apa ini? Adakah ini pemikiran sejahtera? Maha suci Allah.



Ketiga, untuk menulis dengan ringkas, kita boleh tegaskan bahawa ajaran tauhid itu ada tiga, tauhid rububiah, tauhid uluhiah, tauhid asma’ wassifat yang dihuraikan oleh mereka itu bukan cara Ahlissunnah, itu cara Wahhabiah.Wahabiah mengajarkan tauhid rububiah ialah mempercayai Tuhan menjadikan alam, memberi rezeki daln lain-lain; tauhid uluhiah ialah menyembahNya dan taat kepadaNya. Tiap-tiap satunya terasing daripada yang lain. Sebab itu, kata mereka, penyembah berhala, bertauhid rububiah sebab ia percaya Tuhan menjadikan alam, hanya ia tidak bertauhid secara uluhiah. Sebab itu dia kafir, lalu berlaku hukum Syara’ sebagaimana yang diketahui itu. Orang yang mengucap syahadat kalau ia tidak mengamalkan Islam dengan baik, ia bertauhid rububiah sahaja, hukumnya sama dengan penyembah berhala; dia dijadikan objek jihad menentangnya. Sebab itu mereka menyerang Orang Turki Othmaniah kerana katanya mereka ia bertauhid rububiah sahaja, tidak bertauhid uluhiah. Maka halal darahnya. Maha suci Allah.



Sebab itu kemudian mereka mengebom bank, membunuh orang yang tidak berdosa, membunuh ‘orang yang bertauhid rububiah’ sahaja. Tidak ada kitab Ahli sunnah yang mengatakan bahawa penyembah berhala ahli tauhid; yang dikatakan dalam kitab Ahlisunnah – dalam Quran dan Sunnah – ialah mereka musyrikin.



Keempat, mereka berkata bahawa orang yang berdoa di kubur orang soleh dan meminta dengan keberkatan mereka supaya Tuhan menyembuhkan penyakit, mengangkatkan bala, itu syirik. Dengan itu halal darah mereka. Dalam Ahlissunnah itu harus, sebab itu orang Islam berdoa di kubur nabi saw untuk mendapat syafaatnya dan hajatnya dunia dan akhirat.



Kelima kita dalam Ahlisunnah mendapat pengajaran bahawa Tuhan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, tidak ada sifat yang kekurangan. Ia ada, sedia kala, kekal, bersalahan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu, berdiri sendiri (bukan dijadikan oleh sesiapa, tidak memerlukan sesiapa atau apa-apa dari sekalian makhluk), Maha Esa, mempunyai sifat hidup, ilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat, berkata-kata; keadaanNya hidup, berilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan keadaannya berkata-kata. Ini sekurang-kurang yang perlu diketahui dan diyakini. Sifat-sifatNya tidak terkira.



Keenam, sekali lagi kita tegaskan, tauhid tiga kategori yang terpisah-pisah ini – tauhid rububiah asing, tauhid uluhiah asing, tauhid asma wassifat asing tidak ada dalam Ahlissunnah; sebab terasing tauhid yang tiga itu, mereka boleh berkata penyembah berhala ahli tauhid rububiah. Orang yang tak sempurna taatnya hanya bertauhid rububiah; orang berdoa di kubur hanya bertauhid rububiah-sebab itu maka semua halal darah dan harta mereka. Tauhid cara huraian seperti ini sudah tersebar dalam setengah IPT-IPT di Malaysia. Kalau ini tersebar dengan meluas dan pengaruhnya mendalam, percayalah, maka ia menjadi ‘sarang’ tempat bertelur dan membesar fahaman keganasan, anti-establishment, dan fahaman menentang pihak berotoriti yang tidak bersefahaman dengan mereka. Ini terbukti dalam wacana mereka (‘Tarikh najdin’, ‘Unwan al-Majdi’, dan ‘Kitab al-Syubuhat’ antara lainnya). Sesiapa yang memandang ringan tentang perkara itu –mengatakan itu tuduhan melulu, nanti dulu, itu helah setengah orang—akan menyesal dengan tidak berkesudahan. Dijauhkan Allah. Ia akan membawa kepada kerosakan akidah, mengancam keselamatan negara, dan konflik yang tidak berkesudahan, kemusnahan sistem negara, dan bila itu berlaku, dijauhkan Allah, kuasa luar akan menuduh negara kita pusat keganasan; dan pihak yang sinis, sebagaimana yang biasa berlaku, tidak akan membantu kita bila perkara buruk ini berlaku.



Dr Uthman ketika seminar Meja Bulat 1Malaysia anjuran JAKIM

( http://www.islam.gov.my/ )



Ketujuhnya di setengah IPT sudah ada pensyarah-pensyarah yang memaksa pelajar memberi huraian ini – bukan hanya untuk perbandingan akademik – dan kalau tidak berbuat demikian pelajar itu akan mendapat akibat yang buruk dalam ujiannya. Ini perlu diberi perhatian oleh pihak rasmi negara. Nampaknya ‘proses membuat rekrut’ juga ada berlaku, mungkin untuk gerakan akan datang; kita perlu berwaspada tentang hal ini dan jangan membiarkannya berkembang.



Kelapannya, natijah daripada ‘tauhid Wahhabi’ seperti itu maka mereka tidak memandang taat kepada ulil-amri itu sebagai kewajipan. Mereka dengan senang sekali keluar menentang ulil-amri, pihak berkuasa, ini jelas dalam sejarah dan teks-teks ajaran mereka, walhal dalam Ahlil-Sunnah kita tidak boleh keluar menentang, bermusuh dengan ulil-amri, ‘kecuali bila zahir daripada mereka kekufuran yang nyata’. Berwaspadalah wahai ulil-amri dan umat Islam Malaysia supaya umat dan agama serta negara tidak binasa. Jangan menempah penyesalan yang jalan kembali kepada kesejahteraannya sudah tidak ada lagi. Allahumma sallimna wal-Muslimin.



Kesembilannya, sebagai kesimpulan, ringkasnya kita tidak boleh bersikap naif dan membenarkan aliran Wahabiah ini diamal dan disebarkan dalam negara, termasuk memberi ‘tempat penting’ kepada orang Wahhabi. Kita tidak membenarkan Wahhabiah disebar kepada Orang Islam Malaysia yang bermazhab Ahlisunnah. Kita tidak menggangu orang Wahhabi yang asal pegangannya demikian (tetapi jangan ia kembangkan kepada orang Islam Malaysia yang bermazhab Ahlissunnah). Kalau tidak mereka yang terkena pengaruh ini akan berkembang bersama dalam aliran keganasan antarabangsa yang akan menganiaya Muslimin dan negara. Kita boleh ingatkan bahawa baru-baru ini dalam ‘Saudi Gazette’ ada berita bagaimana ada gerakan bahawa menteri di sana akan ditangkap, disembunyikan dan sesuatu akan dilakukan terhadap mereka yang menjalankan gerakan ini, dan memang mereka sekarang dalam berjaga-jaga. Orang yang sinis, yang menganggap dirinya ‘tahu semua’ memang akan mengatakan itu hanya ‘conspiracy’, sebagaimana yang biasa berlaku.



Penulis ini hanya dengan rasa ikhlas ingin menegaskan: berjaga-jagalah atas nama keselamatan negara dan keselamatan agama serta keamanan, supaya negara ini tidak menjadi ribut dan daif seperti kawasan-kawasan lain dalam dunia Islam. Wallahu a’lam.




sumber : http://blogtraditionalislam.wordpress.com/




Komen Tambahan : Maharaja Zhou telah menjawab satu persatu tulisan yang disiar di blog saya samada hasil sendiri atau dipinjam dari orang lain. Usaha keras beliau sangat bagus dan wajar diikuti Wahhabiy yang lain. Ia akan membuka ruang perbincangan secara ilmiah isu ini bukan berasaskan fitnah. Namun malang sekali saya dituduh menyebar fitnah walhal apa yang saya tulis berdasarkan apa yang saya kaji.



Beliau juga nampak bersungguh sungguh mempertahankan aliran wahabiy dengan membawa segala macam fakta dan juga jawapan. Baguslah kerana sangat jelas tokoh wahabi ulung di Malaysia iaitu Nik Aziz Nik Mat dibela dengan sepenuhnya oleh beliau. Jelas demi membela wahhabi beliau sanggup membela Nik Aziz yang menjadi punca kepada perpecahan umat Islam dulu hingga sekarang.



Saya nak tanya mudah saja kepada Maharaja Zhou kerana jika mahu diulas satu persatu segala hujjah yang dikemukan oleh sahabat saya itu, maka ia aka sangat panjang. Maka saya tidak mahu menjawabnya secara ilmiah kerana memakan masa dan masa saya pun tidak berapa lapang untuk tujuan tersebut disebabkan faktor faktor tertentu. Kecuali saya seorang ahli akademik yang sepenuh masa dengan buku dan laptop.



Saya nak tanya satu soalan pendek dan ringkas : kenapa ULAMA ISLAM menolak aliran WAHABIY ini sejak dulu hingga sekarang ?



Kalaulah betul hujjah yang dikemukakan oleh Maharaja Zhou maka kenapa IJMAK ULAMA telah mengharamkan fahaman sesat WAHABIY ini ?



Sila lihat kajian Penolong Pengarah di JAKIM di blog beliau senarai ULAMA MASYHUR DUNIA ISLAM yang mengharamkan aliran WAHHABIY ini di sini http://al-ghari.blogspot.com/



Harap Maharaja Zhou sudi jawab satu soalan pendek dan ringkas dari saya tentang hal ini. Terima kasih. Jangan lupa isu Wahhabiy hina keturunan Syed yang masih belum ada jawapannya oleh Maharaja Zhou.




Salam perjuangan untuk Malaysia dan Agama Islam sepanjang zaman !!!




(mohon maaf isu wahabi terpaksa dilanjutkan ekoran puluhan komen Maharaja Zhou yang menerjah dalam kotak komen blog Panglima - harap maklum)

25 Jun 2010

Isu Wahabi : Jawapan Zamihan Kepada Asri





Sangat menyedihkan apabila seorang yang jahil pada banyak displin ilmu ber’bajukan’ PHD menggunakan media sebagai wadah lontaran fitnah sambil mempertahankan doktrin lapuknya yang jumud, suka menghukum sesat ulama dan gemar membid’ahkan amalan umat Islam yang ada dalil.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin@Abdul Talib sebelum ini kerap menuduh ulama Islam sebagai sesat dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan mudah di’cop’ sebagai Syiah termasuk saya selalu dituduhnya dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tanpa hujah dan dalil maka fitnah dan tuduhan merupakan senjata yang dianggap amat berguna untuk menjatuhkan pejuang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

Asri sebelum ini menuduh saya mengkafirkan seluruh kerajaan Saudi, bak kononnya sesiapa sahaja yang berada di negara Saudi semuanya saya kafirkan. Subhanallah! Begitu sekali lancang lidah insan ini menuduh.

Waktu yang sama, didapati fahaman Wahabi terkenal dengan hukuman mengkafirkan sesiapa sahaja yang berdoa di kubur, walaupun didapati Raja Saudi sendiri bersama seluruh pemimpin kerajaannya menziarahi maqam Nabi Muhammad di Madinah dengan jelas mereka sengaja berwukuf (berdiri) danberdoa dihadapan kubur Nabi Muhammad. Amalan itu dihukum oleh faham Wahabi sebagai kafir,syirik murtad dan terkeluar dari Islam. Ini membuktikan pemikiran faham Wahabi yang Asri sepemikiran dengan mereka turut mengkafirkan orang. Waktu yang sama juga didapati Asri sering menghina Raja-raja Saudi dengan kutukan yang amat kesat. Maka siapakah dalang fitnah mengucar-kacirkan ummah sebenarnya?!.



Tidak cukup dengan itu, Dr. Asri turut memfitnah dan menuduh saya kononnya saya mengkafirkan para Sahabat Nabi Muhammad dan ini adalah tuduhan yang amat busuk terhadap saya, diluar sana banyak lagi tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah Dr. Asri ke atas saya. Saya pernah menerima surat samannya kepada saya tetapi saya lebih berminat untuk berhujjah kerana bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hujjah adalah jalan penyelesaian utama yang dipilih.

Putar-belit fakta adalah mainan Asri. Pernah direka fakta palsu kononnya 2 orang ulama iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany bertemu dengan Syeikh Ibnu Arabi kemudian mereka saling menghukum sesat satu sama lain sedangkan Ibnu Hajar baru lahir selepas lebih 100 tahun Ibnu Arabi meninggal dunia, bila pula mereka bertemu? Inilah sifat pengfitnah, pereka cerita, pemutar belit fakta.

Nah! Terbaru Dr. Asri dalam kenyataannya menuduh dan memfitnah saya buat kali yang entah berapa ribu kali kononnya saya mendakwa Dato’ Seri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai JI, militan dan pengganas. Padahal saya tidak pun menyebut nama Presiden PAS itu.

Hakikatnya pada taklimat jemputan tersebut bertarikh 21.06.2010, saya (Zamihan Mat Zin) tidak langsung menyebut nama Dato’ Sri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai militan atau pengganas atau Jemaah Islamiah (JI). Tidak!. Ini disaksikan juga oleh 'tangan-tangan ghaib' penebar fitnah palsu ini yang hadir pada waktu itu.

Tidak dinafikan mungkin wujud perbezaan pendapat antara saya dengan beberapa orang tetapi ketahuilah bahawa kenyataan melulu bukan pilihan yang tepat. (Sebuah laman berita tempatan telah mengeluarkan berita yang salah berkaitan isu saya ini dan telah diminta mereka merubahnya).

Wahai umat Islam dan pemimpin Islam. Berjaga-jagalah dengan dakyah Asri ini. Sesungguhnya ramai ulama Malaysia mengetahui pemikiran dan tujuan dakyahnya.




Komen saya : PAS memang dipenuhi tokoh wahabi seperti Harun Taib termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz.

Mujurlah ada Dato Harun Din yang boleh dijadikan 'check and balance' dalam Majlis Syura.

Kalau tidak memang dah lama kita berbunuhan sesama sendiri. Sekarang pun dah ramai kena 'bunuh' dek fitnah.

Tak guna hidup kalau diri difitnah dengan 'kafir' seperti tohmahan PAS kepada UMNO kerana gelaran 'kafir ' sangat jelas mmerendahkan maruah ahli ahli UMNO seluruh Malaysia.

Cuba darab berapa juta dosa ularmak PAS yang kafirkan Umno ?

Memang tak akan habis dikira sampai kiamat....

Taubatlah wahai Ahli PAS dan juga UMNO sebelum maut menjemput kamu.

Ahli PKR terpulanglah kerana kamu sudah pun dicucuk hidung oleh bukan Islam yang antikan Islam dan segala syiar syiar berkaitan dengannya.

Takbir !!!




nota: jika anda tension petang ini apa kata kita layan blog AnaWahabi di sini http://anawahabi.blogspot.com/2010/06/ana-pun-nak-masuk-umno.html

Kreatif tulisan tuan punya blog.

Harap baca untuk berhibur sahaja.... Tetapi dalam gurauan tu ada makna....

23 Jun 2010

Ulama Besar Islam Said Ramadhan Sahkan Wahabi Ciptaan British & Senarai 65 Ulama Dulu & Kini Yang Menolaknya !!!

  1. Polis telah mengusir Ayman warga Syria kerana terlibat dengan Al Qaeda dan merekrut pelajar di IPT untuk berjihad di negara ketiga. Info sini
  2. Untuk info Ayman ini telah diusir dari UIA namun tetap meneruskan kuliahnya di Gombak. Info lanjut tentang Ayman tengok sini
  3. Info yang baru ditemui juga ialah markas Wahabi Ittiba' Sunnah di Kuala Pilah didapati menyanjung Shamsiah Fakeh. Adakah Wahabi pro golongan Komunis ? Info di sini
  4. Jangan terkejut Presiden PAS juga belajar di Madinah yang menjadi markas fahaman wahabi tulis rakan kita di sini dan sila klik sini untuk melihat dakwaan Osama Laden adalah penganut fahaman keras Wahabi ini.
  5. Lihat tulisan Zamihan Pegawai JAKIM tentang senarai 65 Ulama menolak Wahabi yang menjadi punca fahaman militan sejak dulu hingga sekarang di sini
  6. Wahabi sejak dulu telah menghapuskan Ahli Bait Nabi s.a.w dan tidak pelik jika Asri menghina golongan tersebut di sini. Senarai lengkap apakah komen yang pelik oleh Asri dan sehaluan dengan golongan liberal di Malaysia sila klik sini
  7. Portal Malaysiakini dalam hal ini agak ghairah menyiarkan laporan tentang Asri yang sejak dulu tidak jauh aliran pemikirannya dengan Islam Liberal tajaan Pakatan Rakyat. Dengan tajuk " Dr Asri,mufti mengapa kerajaan BN berbohong " jelas menunjukkan niat mereka menggunakan isu ini memburukkan BN/UMNO.
  8. Terkini lihat video pengakuan 'Bapa Wahabi' di Malaysia Dr Abdullah Yasin yang juga pernah ditahan tidak mendapat tauliah, bagaimana Wahabi berpakat dengan agen British Keluarga Diraja Sa'ud untuk memberontak terhadap Empayar Uthmaniyyah di sini
  9. Baca juga pendedahan bahawa wahabi ciptaan British oleh Ulama terkenal Dunia Islam Syeikh Said Ramadhan Al Buty di sini http://helmdahl.blogspot.com
  10. Lagi bukti hubungan rapat Saudi dengan British hingga mendapat anugerah oleh Ratu England dan bagaimana Mossad membiayai gerakan Wahabi di sini http://bahrusshofa.blogspot.com dan gambar bawah ini yang dipetik dari buku bertajuk " Custodian of the two Holy Mosques King Fahd bin Abdul Aziz " karya Dr. Fouad Al Farsy page 214 terbitan Guernsey Channel Islands 2001




Apa pandangan anda tentang wahabi sekarang ? Masih simpati ? Tidak mengapa selepas ini akan datang lagi fakta fakta yang akan mendedahkan apak dan siapa yang menaja Wahabi dan jaringannya di negara kita.

Segala kajian lengkap sudah diperolehi dan hanya menanti ia didedahkan kepada umat Islam agar tidak lagi terpengaruh dengan kelicikan 'grand design' yang ingin merosak akidah, kestabilan ummah serta kekuatan rohaniyyah agar rosak dan menyeleweng dari ASWJ !!!


Cari Blog Ini

Translate