Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label Azmin Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azmin Ali. Papar semua catatan

09 Januari 2012

Video Terbaru @PDRMsia Dari Bumbung Mahkamah Yang Malukan @AzminAli cc @anwaribrahim @NajibRazak #901 #bebasanwar901


Jelas hanya 5 ribu yang mampu dikumpulkan dari 100,000 yang diwarwarkan Azmin.

Apa lagi nak spin ?




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

08 Oktober 2010

Gempar : Azmin Ali Pasti Tewas Disebabkan Rakaman Sulit Ini Terdedah !!! - Sebarkannn




sumber : AIDC





tambah sikit video samseng PKR yang 'serang' Rahimi Osman semalam






tengok Jayabalan dan Sureshkumar dengan 'ganasnya' menyerang dan menghalang sidang akhbar tersebut...

lepas ni pasti Anwar bagi pingat gagah berani kepada mereka semua....


05 Oktober 2010

Sangat Gempar : Gambar Nik Aziz naik Ferrari dan kereta Ferrari siapa di rumah Azmin Ali ?


Nik Aziz tak mengaku naik kereta Mercedes... Katanya sudah dua puluh tahun naik Proton. Tapi gambar di bawah gambar kereta sapa ?


Tak pelik kalau Nik Aziz sangat gembira naik kereta mewah dan menafikan dirinya suka kemewahan meskipun ramai sudah terpedaya dengan 'wayang kulitnya'....


Lihat gambar bertulisan jawi Menteri Besar Kelantan di bawah


Nik Aziz dah dua puluh tahun naik proton ? hahahaha


Seterusnya gambar pilihan Panglima petang ini ialah kereta Panglima percaya jenis Ferrari 450 di rumah Azmin Ali. 

Sila layannn...



Gambar ini diambil pada Hari Raya Eidul Fitri 2010 berdasarkan Facebook beliau di sini http://www.facebook.com/ 


sumber Facebook Azmin Ali http://www.facebook.com/ 


sumber Facebook Azmin Ali http://www.facebook.com/ 


Betul ke gambar Ferrari ?



Jika dilihat persamaan pada cermin sisi Ferrari menunjukkan kereta di belakang Azmin Ali ialah kereta Ferrari dari jenis F450 seperti gambar di bawah  


Untuk pandangan sisi depan anda boleh tengok gambar di bawah ini 




Tangki minyak tak nampak ? ok lihat gambar di bawah 


Foto Spia Ferrari F450

klik sini untuk laman asal gambar 

Dari bukti bukti di atas jelas kereta di belakang Azmin Ali adalah kereta Ferrari berdasarkan lampu depan dan side mirror, tangki minyak dan bahagian depan bumper kereta tersebut. 


Mungkin milik orang lain kot ???

Mustahil kereta orang diletak di rumah beliau dan tentu hanya kereta sendiri sahaja diletak di rumah.



Atau itu kereta abangnya Anwar ? 

errrrr, no komen dari Panglima !!!


nak tahu sebijik berapa harga Ferrari klik sini http://bernama.com/


Komen anda ? 



Cuma Panglima nak anda bayangkan jika Azmin Ali berjaya jadi Menteri selepas PRU 13  akan datang, agaknya berapa buah kereta Ferrari akan berada di rumah beliau ?



Siapa pandai jawab angkat tangan...




04 Oktober 2010

Azizah pilih Khalid lawan Azmin bantu Zaid ?






Apa alasan kepada andaian Panglima bahawa Khalid disuruh lawan Azmin bantu Zaid ?

1. Tindakan Khalid menerima pencalonan Timbalan Presiden. Walaupun beliau sudah menjadi MB Selangor tetapi masih bercita cita untuk menjadi calon Timbalan Presiden  untuk saingi Azmin. Kebetulan pula Azmin memang mengidam jawatan MB dan banyak gosip disebar bahawa perancang utama menjatuhkan Khalid adalah Azmin. Tindakan ini jelas untuk menggugat potensi Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden PKR. Tindakan ini adalah untuk membalas balik serangan Azmin terhadap beliau sebelum  ini.

2. Selepas Zaid dimalukan dan disekat termasuk dihentam calon pro Azmin maka calon sesuai untuk menghadapi Azmin ialah Khalid. Beliau lagi lama berada dalam PKR berbanding Zaid... Lihat bagaimana sokongan terbuka 20 Ahli Parlimen PKR kepada Azmin yang jelas tentunya atas arahan Anwar Ibrahim. Namun hingga kini Cabang PKR masih lagi mencalonkan nama lain untuk kerusi Timbalan Presiden meskipun 20 Ahli Parlimen telah meluahkan sokongan terbuka mereka kepada Azmin.


3. Pemilihan Khalid tentu direstui Wan Azizah yang jelas melalui signal tertentu mahu menyingkirkan Azmin Ali. Gosip mengatakan Azizah 'berbulu' dengan Azmin sudah tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi ia melibatkan suami kesayangannya yang sanggup buat apa sahaja untuk adik kesayangannya itu. Lihat taktik kotoryang dibuat untuk memenangkan Azmin didedahkan oleh Jenapala di sini http://www.anwaraidc.com/ 


4. Agak menarik apabila kita membaca kenyataan Khalid yang meminta cabang agar jawatan Presiden dicalonkan kepada Wan Azizah tetapi bertukar kepada Anwar Ibrahim. Ia seperti satu sindiran halus kepada Anwar yang sedang 'nazak' dengan kes liwatnya agar menerima pencalonan tersebut melawan isterinya. Ini satu penderaan psikologi kepada Anwar yang tentu tidak akan menerima pencalonan jawatan tersebut yang telah ditolak olehnya.

Gmbar bukti sayangnya Anwar kepada Azmin hingga dibawa ke White House...


5. Pertembungan kali ini pasti akan menyaksikan pihak yang dianiayai Azmin Ali ( seperti pendedahan REFORMIS bahawa Azmin Ali yang rancang jatuhkan Khalid sebagai MB ) akan bangkit melawan beliau habis-habisan...Meskipun dikhabarkan team yang menguruskan pemilihan adalah pro kepada Anwar dan Azmin sehingga membangkitkan kemarahan ahli ahli parti di cabang...

Apakah rancangan untuk menyekat Azmin Ali oleh musuhnya akan berjaya ? Wallahu A'lam




Sila baca berita Malaysiakini kenyataan Khalid Ibrahim di bawah ...


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Datuk Seri Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu.

Khalid yang juga bekas pengerusi PKR Selangor berkata, beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih.

NONE"Bila terdapat pertandingan antara Wan Azizah dan saya, saya rasa Azizah lebih lama lebih pengalaman," katanya Khalid (kanan).

Tambahnya, keputusan itu tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya nak tunjukkan, baguslah parti namakan Wan Azizah, tapi ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," katanya lagi.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Selangor hari ini, Khalid berkata, beliau akan memutuskan pada 5 Oktober ini sama ada akan bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

Setakat berita ini ditulis, Khalid kini telah mendapat empat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, di belakang Azmin Ali (98), Datuk Zaid Ibrahim (37), Mustaffa Kamil Ayub (17) dan Tian Chua (5).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika peti undi ditutup pada jam 4 petang tadi, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan. Cabang itu mempunyai 6,218 pengundi.

Untuk pertandingan di peringkat cabang, Khalid ditentang bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Seorang lagi pencabarnya ialah M Thamilvaanan @ Muhammad Kamilvaanan Abdullah.







tambahan : ahli DAP pun mengundi dalam pemilihan PKR, apa kes ? klik sini 

22 September 2010

Anwar suruh Husam kelentong Tok Guru RM4 bilion tutup cerita Azmin ditolak Azizah dan Izzah ?



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ8340gr7Z6VtXmEwq7oAtwCrq4LGOzW5kUfjfOA1pzKc6tlGurxFKzuWD9d1kJvcIR8LlWVhvDd6N-H1FXc2lp41pYbGpvt_wfrEqHq5uYwdtp1mpg8O7bbrysgLb-enA2rw8NkWGZEDO/s1600/husam-tiram.jpg
gambar Husam Musa dari Malaysiakini




Bolehkah kita kata begitu seperti tajuk di atas dalam isu RM4 bilion ini ?


Adakah jaminan Tok Guru tidak dikelentong oleh sesiapa pun ?

Adakah ini usaha menjatuhkan Nik Aziz selepas Husam tidak tahan lagi menunggu untuk jadi MB?

Bukan lagi rahsia ramai sudah tahu Husam Musa bercita cita tinggi termasuk untuk jadi MB Kelantan paling kurang atau TPM paling ringan pun. Katanya Anwar dah janji Husam bakal TPM jika berjaya rampas Putrajaya dari BN.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ0gPcMn3tzQKpwyE5T_xysFlA_zjFE0LxRPbB-hWP7rDmb3vd0Q4z45vfxHIiAN7-GmAaeN9FCjq8mAK6ufgoykbQLGgdxWsdO4jhXpp5K8RcZ32p8XMJvwGrnLeaulP5e_nfIY98fFvw/s1600/AnwarHusam.jpg
 Anwar urut Husam depan orang ramai - teman rapat lagi mesra


Panglima tak nampak orang lain yang sabotaj benda ni kecuali orang PAS sendiri. Masakan adik Tok Guru boleh hadir kalau bukan dijemput. Siapa yang terlibat bab ekonomi di Kelantan kalau bukan Husam Musa ?



Dalam hal ini mustahil Umno nak jemput Nik Din adik Nik Aziz dan sudah tentu adik Nik Aziz awal awal lagi menolak untuk hadir jika Umno yang jemput.


Yang jelas PAS sudah panas punggung isu ini dan tak hairanlah satu persatu pemimpin PAS cuba 'bersilat lincah' menepis tuduhan tersebut.



Cara yang sama apabila kena muka mereka akibat perbuatan mereka sendiri. Lihat Nik Aziz bersekali dengan Husam menafikan derma Rm4 bilion tersebut di sini http://www.harakahdaily.net/ 

Panglima syorkan kawan kawan blogger cari kaitan Husam dengan IDA WORLD samada ia ada kaitan atau tidak. Tentu kawan blogger yang ada akses lebih 'dalam' boleh dedahkan perkara ini. Kita tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada rakyat dalam isu RM4 bilion ini. Adakah ini ada pakatan rahsia antara Nik Aziz juga ? Wallahu A'lam


Jika tajaan haji pun jelas diakui oleh Nik Aziz dan dikira sebagai hadiah bukan rasuah dan perlantikan menantu Ir Ariffahmi tidak dianggap kronis, maka apakah tidak terjadi lagi perkara seumpamanya berlaku lagi sekarang ini ?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigy5cbXHAPIY_8Y1N3-dxCUjedghXQ9l72JW2pECRSRSzO45m_IzTY9AHzHWCic9Wtupqsod8tRCR_hD8vZD8Ah_5Zf6YUSWpsAHaAMTr4Xira0zbg1yKf686CdSbD5JRkTJvncUNg1Wg/s1600/6a00fa968c128e00020123dde47652860d-500pi.jpg


Bukankah kita sudah digemparkan dengan isu serupa ini dalam kes bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI yang mana disyaratkan kepada penerima tender agar menderma kepada PASTI seperti pendedahan oleh Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/ 



http://kickdefella.files.wordpress.com/2010/03/balak-12.jpg




Kerana gerak hati Panglima merasakan orang yang buat 'kerja' ni orang dalam PAS dan dia itu sangat dipercayai Tok Guru PAS tersebut.


Tentu bukan Exco Ust Nik Amar atau Ust Ahmad Yaakub kerana mereka tidaklah bercita-cita tinggi macam orang lain.


Panglima tetap rasanya ia adalah hasil kerja Husam Musa atas 'arahan' Anwar untuk ghaibkan cerita Anwar dikritik anak dan isterinya isu pertandingan Timbalan Presiden PKR antara Azmin dengan Zaid Ibrahim yang turut disertai oleh Jenapala.


Boleh jadi juga untuk tutup isu Nik Aziz tak mengaku bangga jadi Melayu. Barangkali jugak.



Kawan kawan komen apa ?



Baca ulasan menarik oleh Hambali bertajuk : RM4 bilion untuk PAS, Husam tidur nyenyak di sini http://hambali1.blogspot.com/





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAALBDMC6EkUeE4J1Jjir1E1zbM8TlHUcmJ8uUXH4eWWJAcq3fJBJd7jDfSeC6Ijc8JmzEKUzG6t3Hn43z8uuG41MXQdexb3EVg2ZPeQ4Bz2djPT6f3GxQtcHdrnzde3urYTbZm6UjhFA/s1600/Dr+Asri.png
gambar Blog MSO

tambahan : apa hal Asri mantan Mufti Perlis beria ia mengkritik isu agama dipolitikkan lalu menulis sama pendapat dengan puak peralat agama untuk politik seperti PAS dalam isu bukan Muslim masuk masjid di sini http://drmaza.com/home/?p=1219 

Tulis beliau : Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!


Bukankah jelas ruang solat masjid itu tidak boleh dimasuki oleh ahli politik bukan Islam waima orang Islam sekalipun jika berhadas besar atau haid ?

Bukankah jelas petikan nas yang digunakannya menyebut 'illah' atau sebab yang membolehkan bukan muslim masuk ke masjid itu ialah untuk mendapat hidayah seperti belajar atau melihat keindahan Islam untuk tujuan dakwah. Bahkan tawanan Islam bernama Thumamah bin Uthal yang bukan Islam berada di masjid dalam keadaan terikat bukan dibiarkan bebas berkeliaran atau berceramah kepada orang Islam.

Soalan bodoh saya kepada Asri yang pernah jadi Mufti : Samakah situasi antara zaman Nabi dengan zaman kini yang dibuat oleh puak kafir harbi DAP yang dibela oleh puak puak Munafiq PAS ?

Siapa Syeikh yang ajar  Dr Asri ni ? Islam atau kafir ? Mukmin atau Munafiq ? atau orientalis ?

Maaf kerana saya tidak ada dendam apa apa dengan beliau kecuali demi menentang pendapatnya yang tidak wajar meracuni fikiran umat Islam di alam siber negara kita atau dunia keseluruhannya. Jangan lupa sudah banyak perkataan 'beracun' keluar dari manusia petah berbicara dan tinggi gelaran akademiknya bernama Asri Zainal Abidin ini !!!

Harus hati hati wahai sahabat sekelian dengan fahaman dan tutur katanya (termasuklah alim agama yang lain seperti Nik Aziz dan moga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada mereka semua dan kita juga agar tetap dalam kebenaran untuk selamanya.



Mohon maaf jika terkhilaf !!!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLEgFFwjVdFRE-Jxtanpi3oM0TdUPg19y03TiorPNnyvDQDEm1OS5j7OLWok4G-0M2VY82pEzzLyanbCewxTqDJcisQk5RrE5D1UI7HS1Yvk6sBzuB_WVITDgXa9Gd-Qq97DrNxiBDHso/s1600/41297_157044874307781_100000068075336_518763_4691271_n%5B1%5D.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfFczMffcSEtdceQeSqf0qsnxg8N9y6tvVLoBz3WR6ncXkM3_uFPvRRY3vJmw3Q9fPRqAANo51NoTCLtfCsfhr73v1u5rM6z4AEhzGKEpO4suwCnxumAzkquVGf2jAAwXyq0vUcKeEsJA/s1600/41237_154792694538148_100000222554819_534025_4126893_n%5B1%5D.jpg 


Nota : Lihat gambar baik baik.  Ratu Elizabeth dan suami nampaknya lebih tahu adab masuk masjid berbanding YB DAP di atas.

Lihat di sana sini puak Munafiq PAS terang terangan membela tindakan DAP masuk masjid hatta ruang solat seperti Khalid Samad. Kebanyakan mereka ialah puak pembaharuan atau kaum Wahaby.  


Malang sekali Pak Pak Lebai berjubah berkopiah macam orang alim  dalam PAS sudah diliberalkan oleh Anwar dan Lim Kit Siang !!!

20 September 2010

Video Pendedahan Hubungan Anwar, Azmin dan Shamsidar dan Gambar Wan Azizah sebak dan sedih - Mari Tengok !!!



Baca juga pendedahan Laman Malaysia-Instint tentang cerita bagaimana Wan Azizah dikatakan perang besar dengan Anwar kerana sudah tidak tahan sabar lagi dengan karenah beliau melebihkan Azmin Ali di sini http://www.malaysia-instinct.com/  .Juga dikatakan sokongan Nurul Izzah kepada Zaid Ibrahim adalah manifestasi kemarahan beliau terhadap Anwar. Dikatakan juga beliau sudah tidak bertegur sapa dengan ayahnya.

Adakah benar atau tidak Wallahu A'lam.Anda kajilah sendiri dari 'body language' dan gambar mereka.

Lihat gambar-gambar kesedihan Azizah di bawah yang jelas membayangkan perasaan yang dipendamnya selama ini demi suaminya yang disalin dari blog di sini http://mercutandabangsa.blogspot.com/2008/08/



Apa komen anda ?




19 September 2010

Kawan Sosilawati bunuh diri kerana Azmin Ali ?

Ketika ini hangat diperkatakan pemilihan PKR yang menyaksikan Azmin sekarang mendapat 33 pencalonan dari 63 cabang PKR yang sedang bertanding berbanding Zaid Ibrahim yang baru memperolehi 19 sahaja ketika ini.

Berita dari Malaysiakini http://malaysiakini.com/news/143005

Namun wajar difikir lebih mendalam ketika ini kenapa ada sehingga 19 cabang telah mencalonkan Zaid Ibrahim di ketika mana Anwar dilihat lebih rapat dengan Azmin berbanding Zaid ? Sedangkan usia Zaid dalam PKR tidak setanding Azmin Ali yang telah jatuh bangun dengan Anwar dan Azizah.



Apakah faktor Azmin yang menjadi punca mereka memilih Zaid Ibrahim dari Azmin ?

Adakah Anwar terancam dengan faktor bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan peguam yang mempunyai rangkaian dan kekayaan yang mengatasi Azmin Ali bahkan mungkin dirinya sendiri.

Begitu juga ada setengah pendapat mengatakan perletakan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor adalah satu taktik untuk mengorbankan Zaid demi mendapat 'keredhaan' Azmin serta untuk mengelakkannya dari terus meningkat naik dalam parti !

Ketika Azmin Ali diasak dengan kes rasuah RM8 juta yang disiasat oleh SPRM maka dengan pantas Anwar membela 'adik' kesayangannya dengan artikel di sini http://anwaribrahimblog.com/2009/11/20/kes-azmin-ali-ayuh-sprm-jadilah-anak-jantan/




Adakah anak jantan tersebut cabaran kerana SPRM dilihat seperti budak pondan yang merah jambu lalu perkataan tersebut dipilih untuk menghentam SPRM ?

Dalam kes liwat meliwat ini perkataan memainkan peranan penting menentukan apa yang ada dalam fikiran. Percayalah seseorang yang berfikiran lucah akan menulis elemen kelucahan juga dalam tulisannya. Begitu juga mereka yang mempunyai fikiran yang kuat tentang Allah akan menceritakan perkara yang berkaitan dengan Tuhannya samada secara tersurat atau tersirat.

Oh ye, tentang kisah kawan Sosilawati membunuh diri, saya sengaja menggunakan tajuk gempak tersebut untuk menarik perhatian anda datang ke sini.

Cuma jika seorang perempuan bunuh diri kerana lelaki memang tidak pelik tetapi kalau kerana Azmin Ali, ia memang sangat pelik !!!

Baca artikel tentang Wan Azizah sangat marah dengan sokongan Anwar kepada Azmin Ali http://www.malaysia-instinct.com/

;)




Tulisan ini sekadar mengutarakan pendapat Panglima semata mata tidak ada niat apa apa kecuali untuk berkongsi pendapat dengan anda semua.

Dipersilakan menulis komen anda tentang isu ini di bawah.




30 Oktober 2009

Apabila pintu perpaduan Parti PAS – UMNO ditutup dan krisis kepimpinan PKR yang makin teruk



Hj Hadi telah mengumumkan selepas mesyuarat khas Rabu 29 Oktober lalu bahawa beliau sudah menutup ‘buku’ berkenaan perpaduan PAS – UMNO kerana beberapa sebab. Antaranya kerana peralihan kepimpinan dalam UMNO dari Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS itu ternyata begitu kontra dengan semangat Islam yang dibawa PAS dan tidak harus keluar dari mulut seorang pemimpin parti berjenamakan ISLAM. Ini kerana agama kita secara jelas melarang dari berpecah belah apatah lagi menutup pintu rundingan kepada perpaduan untuk membina kesatuan sesame bangsa atau agama.

Firman Allah Taala :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Ini rentetan dari gesaan dan desakan keras Mursyidul Am PAS yang telah menggesa satu EGM diadakan untuk memecat tiga pemimpin Pro-Perpaduan iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Nik Aziz pada awalnya dijangka tidak hadir, dan hanya hadir tidak sampai dua jam mesyuarat tersebut kerana pulang jam 10.45 malam akhirnya berjaya dalam desakan beliau sehingga PAS telah bersetuju agar satu seminat dibuat yang akan dihadiri oleh 1,000 perwakilan termasuk pemimpin NGO yang bakal diadakan pada 7 November hadapan. Ia akan menjadi medan bagi menentukan hala tuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Adakah bersedia bersekongkol dengan parti anti Islam DAP atau Islam Liberal tajaan PKR.

Ketika PAS selepas mesyuarat khas Rabu lalu memutuskan untuk meneruskan pakatan dengan parti PKR dan DAP, semalam juga hari Khamis 29 Oktober 2009 Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah membuat sidang akhbar mengumumkan perletakan jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan diri menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional.

badrul.jpg (144×200)

Antaranya kenyataannya ialah beliau berpegang teguh dengan prinsipnya sebagai seorang Islam dan tidak dapat menerima tindakan Penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kerap kali menangguhkan kes liwatnya sehingga menimbulkan kesangsian untuk beliau terus bersama PKR, di samping dengan sengaja tidak mahu menjelaskan isu liwat tersebut kepada ahli parti, telah menimbulkan berbagai tanda tanya. Begitu juga perbuatan Wan Azizah, Presiden PKR yang mendiamkan diri dalam menghadapi isu tersebut juga menyebabkan beliau semakin hilang kepercayaan terhadap PKR.


Apa yang berlaku sekarang juga tambahan kepada krisis kepimpinan PKR di Sabah di mana berlaku perselisihan faham antara Zaid Ibrahim dan Azmin Ali hingga menyebabkan Zaid Ibrahim mengambil keputusan bercuti selama 6 bulan dari aktiviti PKR, serta tindakan meletakkan semua jawatan oleh Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffry Kitingan dan diikuti oleh Christina Liew ( Ketua Bahagian Kota Kinabalu ) yang juga bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang telah digantikan oleh Kong Hong Ming. Beliau mendakwa perjuangannya dalam PKR tidak dihargai walaupun berkorban menaikkan PKR di sana sejak hampir 10 tahun yang lalu.

Untuk makluman, selepas 18 dari 23 bahagian Sabah membantah perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah hingga terpaksa ditukarkan ke Wilayah Persekutuan, PKR telah melantik Thamrin Zaini menggantikannya untuk mengetuai Badan Perhubungan PKR Sabah.

Semua ini adalah bukti bagaimana kegagalan Anwar menguruskan PKR sedangkan beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanakah nasib Negara kita jika ia akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang bukan sahaja gagal untuk menjaga partinya sendiri bahkan turut gagal menjaga dirinya sendiri hingga didakwa dengan tuduhan meliwat bekas pekerjanya Saiful Bukhari Azlan dan pernah dipenjara 6 tahun kerana kesalahan liwat sebelum ini.

Semua ini adalah bukti yang perlu difikirkan oleh rakyat agar tidak lagi terpengaruh dengan permainan politik Anwar yang ghairah mengejar kuasa hingga lupa mengendalikan kepimpinan diri dan partinya…


Salam Jumaat dan jangan lupa bersolat dan berselawat !


sumber : Utusan Malaysia


link menarik : blogger Pakatan Rakyat sudah muak dengan perangai DSAI dan apakah akan keluar parti untuk jadi blogger pembela negara ??

Cari Blog Ini

Translate