Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2008

Barisan Nasional suka berbohong

Itulah kesimpulan kepada laporan dan ulasan Harakahdaily, lidah 'PAS' ketika melaporkan dan pada masa yang sama membuat anggapan negatif, berkenaan kenaikan harga minyak.Media PAS @ Pakatan Rakyat itu membuat persepsi bahawa BN suka menipu rakyat..Ya, memang mudah menulis kerana ia tidak disekat oleh sesiapa dan tidak dihalang oleh apa apa.

Namun, etika menulis dengan memberikan persepsi negatif berdasarkan andaian dan anggapan tidak berasas, tentu menaikkan darah sesiapa yang tidak suka perbuatan tersebut. Kerana menggambarkan persepsi negatif kepada orang lain tidak pernah disebut oleh agama sebagai satu kewajaran atau satu etika positif dan selari dengan hasrat ' Utusan Rahmat' iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika PRM - Pakatan Rakyat Malaysia telah diserang dan dikenakan serangan bertubi tubi, akhirnya mereka membalas kembali serangan tersebut sehingga membuat laporan polis terhadap kerajaan kerana membuat 'pembohongan' berkaitan kenaikan harga minyak..Meskipun atas nama NGO, ia dilihat sebagai membalas sikap 'penyokong' kerajaan yang bersendirian tanpa mewakili apa apa NGO ketika mengemukakan laporan polis terhadap Pakatan Rakyat yang telah menipunya ketika membuat janji PRU 12 lepas.

Meskipun selama ini kerajaan memang mengelak dari menaikkan minyak selepas mengiklankan kepada rakyat terlebih dahulu bagi mengelakkan 'penipuan' dan ' ihtikar - sembunyi barang - agar mendapat keuntungan dari kenaikan yang tinggi dari jualan minyak..Justeru tindakan kerajaan pastinya ada proo dan kontra meskpun kita sangat yakin ada alasan wajar di sebalik tindakan tersebut.

Jadi apa rasionalnya PEMBELA - Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia ; membuat laporan polis terhadap kerajaan ? adakah kerana berbohong itu menyebabkan perlu 'dibela' pihak teraniaya oleh PEMBELA ? adakah mereka sedar maklumat ' kenaikan minyak' itu dikategorikan sangat rahsia kerana ia boleh memberi impak negatif kepada negara dan boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara kita ?

Tidak semua yang kita ketahui perlu diberitahu. Tidak semua yang ada di dalam otak seorang ayah perlu dijelaskan kepada anak anak bahkan kadang kadang kepad si ibu. Ia hak ayah asalkan tidak menjadikan anak anak merana kerana 'kehilangan' maklumat tersebut.

Kerajaan ada sebab merahsiakan atau ' menaikkan' dengan drastik harga minyak. Kenaikan yang sejajar dengan peningkatan harga minyak dunia. Meskipun kita masih lagi terendah antara negara asia..

Usahlah mencari keuntungan menjadi 'pembela' dikala kita memerluka 'pembelaan' rakyat agar kerajaan dapat mengharungi detik sukar ini bersama sama...Kenangkanlah kebaikan kebaikan di saat saat ada keburukan yang kita terkena dan tidak disengaja. Baca laporan tersebut dan fikirlah kebaikan dari 'hasutan' itu....Moga moga polis tidak dibebani dengan tugas baru, menerima laporan polis dari parti parti politik dan penyokong mereka untuk gimik di hadapan media !


Pengumuman naik harga minyak: Pembela buat laporan polis dakwa ditipu
Izwan Abdul Halim
Sun | Jun 08, 08 | 11:20:51 am MYT

JITRA, 8 Jun (Hrkh) - Berbohong bukanlah perkara baru kepada pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Satu ketika, hingga terlalu banyak bercakap bohong, ada orang menyindir dengan pepatah 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri'.

Pada 12 Februari lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjawab pertanyaan media berhubung pembubaran parlimen menyatakan tidak ada pembubaran esok hari. Bagaimanapun keesokannya, pada tengah hari 13 Februari, beliau mengadakan sidang media tergempar mengumumkan pembubaran parlimen.

Begitu juga pada 3 Jun baru-baru ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dalam satu sidang media di Lobi Dewan Negara sebagai berkata bahawa harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu.

"Ia akan berlaku....harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila diberi penstrukturan semula," demikian kata Shahrir sebagaimana petikan akhbar terbabit.

Bagaimanapun seperti yang diketahui umum, pada 4 Jun keesokannya Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa tengah malam berkenaan.

Mendakwa tertipu dengan laporan itu, Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) membuat satu laporan polis membabitkan kenyataan menteri berkenaan yang antara lain sebagaimana laporan Utusan Malaysia menyebut 'Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api'.

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jitra, Pembela antara lain mempersoalkan kenyataan menteri berkenaan yang dianggap mengelirukan selain bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri.

Mempersoalkan kajian yang akan dijalankan kementerian terbabit dan khuatir kemungkinan wujud tekanan pihak-pihak tertentu yang boleh menggugat ketenteraman awam serta kestabilan politik negara, Pembela menuntut pihak polis supaya satu siasatan ke atas menteri berkenaan dapat dilakukan.

Sementara itu Presiden Pembela, Ir. Mohd. Jamal Nasir menyifatkan kenyataan menteri berkenaan sebagai tidak mesra rakyat dan cuba memperbodohkan rakyat.

"Pembela menuntut supaya suatu siasatan dapat dilakukan oleh Polis ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sharir Abdul Samad, jika ia boleh disabitkan dengan kesalahan maka, suatu tindakan perlu diambil ke atasnya menurut peruntukan undang-undang," ujar beliau dalam laporan polis yang dibuatnya itu. - mns


Image

2 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

ala, dia tak memerintah dia cakap senang la, cuba try takbir negara, pegang kerajaan pusat, nanti baru dia tau.

s'gor, yb khalid badut announce air free, syabas kaat takdak,apa cerita..

pas,dap,pkr, memang semuanya betul, bersih, tak kroni, takdak rasuah..

www.pewarismelayu.blogspot.com

Skullsplitter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Cari Blog Ini

Translate