Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Jun 2008

Minyak naik lagi...Anda kecewa ? dengar dulu kata saya.

Jangan kecewa kerana minyak kita masih terendah antara negara Asia...Tidak percaya ? cuba tanya 'semut-semut' di sempadan berapa mereka dapat hasil 'menyeludup' minyak kita ke negara seberang.. Jika masih mahal mereka sendiri tidak dapat mendapat keuntungan dari ' penyeberangan' minyak bersubsidi kita - dari duit kita- kepada rakyat yang tidak membayar apa apa kepada negara kita.

Anda mahu mereka mengambil hak anda ? tentu tidak bukan. Justeru hanya rakyat ini sahaja yang akan menikmati sepenuhnya subsidi minyak ini tanpa ada ketirisan didalam pengalirannya ke seluruh negara. Anda tentu berpuas hati dengan tindakan ini jika anda faham tetapi kenapa terlalu tinggi ?

Anda perlu faham jika harga negara kita sangat jauh beza dengan negara seberang sana, anda akan dapat meneka bahawa mereka akan menangguk di minyak yang jernih ....Bukan air keroh lagi...
Keuntungan setiap liter melalui penyelewengan dana rakyat ini termasuk minyak diesel, merugikan negara dan tentu warga negara seperti kita lebih rugi.

Mahukah anda mereka merompak hak kita sehingga kita perit dan tertekan menelan tekanan hidup akibat kerugian subsidi yang diambil warga asing ? adakah kita perlu kasihan belas kepada warga negara lain hingga anak negara kita sendiri tidak terjaga ? ibarat kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.

Perbezaan yang sangat ketara merugikan kita kerana ia akan terdedah kepada penyelewengan yang sukar dibanteras. Ia juga merugikan negara kerana subsidi minyak boleh disalurkan kepada perkara lebih penting seperti makanan...

Apa yang anda perlu faham bab minyak naik ini ?

1- Penjimatan RM 13.7 billion akan disalurkan kepada subsidi minyak masak, beras import, tepung, roti dan petrol,diesel dan gas. Ini bermakna makanan asas kita akan diserap kenaikannya yang kini melambung di peringkat dunia ekoran krisis dan bencana alam di merata tempat.

2. Harga minyak USD 36 tahun 2000 dan sekarang USD 135 tahun 2008...Peningkatan USD 101 setong tidak sampai 10 tahun...Tentu pembangkang pun tidak mampu membuat apa apa jika memerintah negara kerana di Selangor pun terkial kial lagi menunaikan janji untuk anak negeri yang ke IPT dan ibu tunggal serta setiap kelahiran di sana yang dijanjikan dengan wang segera....

3. Kerajaan masih perihatin dengan mengekalkan harga gas NGV dan gas masak yang diperlukan semua lapisan masyarakat. Jika betul Pak Lah zalim, rasa semua barang dia akan naikkan tanpa mengira kebajikan dan keperluan rakyat..

4. Ia perlu bagi keteguhan ekonomi negara untuk jangka masa yang panjang seperti


Apa pun anda selaku rakyat Malaysia perlu bersyukur dan menerima dengan senang hati tanpa mengenepikan usaha usaha mengecilkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Bagi yang suka 'menghembus asap' mungkin inilah masanya berhenti sementara menunggu keadaan pulih kembali.

Jika anda merasa tertekan, berdoa dan bersolatlah serta berzikir bagi memberi ketenangan hati dan menjauhkan dari diapi apikan oleh sesetengah 'manusia kecewa' yang ingin berdemonstrasi dan membuat negara akan terjebak ke kancah darurat dan huru hara. Tentu banyak belanja dari wang rakyat akan digunakan untuk membayar gaji tambahan kepada polis tentera majlis bandaran dan membaiki segala kerosakan dan gangguan akibat demonstrasi tersebut.

Cubalah berterima kasih dan memandang bahawa ini semua ujian dari Tuhan demi menghapuskan kesalahan kecil kita yang memang sentiasa di dalam kelalaian dan kurang menebus kembali sebarang kesilapan..

Baca fakta di bawah untuk keterangan lanjut perihal kenaikan minyak ini :

Kenyataan media Perdana Menteri
04-06-2008 07:41:21 PM


KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI

MENGENAI PAKEJ PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI

Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kabinet hari ini telah meluluskan satu pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebagai pakej permulaan program penstrukturan subsidi:

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM
Berkuatkuasa esok, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Untuk mengurangkan beban kenaikan kos petrol dan diesel ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet juga bersetuju untuk memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal seperti berikut:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta pick up truck dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan.

Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan). Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai ini akan diberikan secara Kiriman Wang (Money Order) di pejabat Pos Malaysia, di seluruh negara, mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun 2008:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minima sebanyak RM2.

2. MENYELARASKAN SUBSIDI DIESEL UNTUK SYARIKAT PENGANGKUTAN YANG DILULUSKAN, SYARIKAT PENGANGKUTAN VESEL DAN NELAYAN

Pada masa ini, operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel. Harga diesel adalah RM1.00 seliter untuk nelayan dan RM1.20 seliter bagi pemilik vesel. Kabinet hari ini telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok 5 Jun 2008. Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem fleet card kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini.

Untuk itu, Kabinet telah bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

a) Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan

b) Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam Negara.

Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Kabinet memutuskan pengusaha bot penumpang sungai juga akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan.

3. PETRONAS AKAN MENYUSUN SEMULA SUBSIDI GAS

Mulai 1 Julai 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

a) Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu;

b) Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2mmscfd, harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

c) Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui (sustainable energy), Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-15, apabila parasnya mencecah harga pasaran. Pada masa yang sama, subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-11, apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Harga minyak masak (Gas Petroleum Cecair atau LPG) dan Gas Asli bagi Kenderaan (NGV) tidak akan berubah. Harga bagi LPG dan NGV tetap pada kadar sedia ada iaitu RM1.75 setiap kg dan 63.5 sen setiap liter.

4. STRUKTUR BARU TARIF ELEKTRIK

Untuk sekian lama, rakyat Malaysia termasuk sektor komersil dan industri, telah menikmati diskaun yang tinggi bagi gas yang disediakan oleh PETRONAS. Pada masa yang sama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu.

Dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, Kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerap kos bahan api bagi gas dan arang batu. Struktur tarif baru yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2008 ini, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik (rumah), komersil dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik adalah kurang daripada RM43.60. Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama.

Pengguna komersil dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus. Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak melebihi daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus. (Butiran terperinci bagi tarif baru elektrik dikepilkan bersama).

Langkah-langkah yang telah disebut adalah selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstruktur semula subsidi, yang mana usaha ini akan menuju ke arah harga pasaran yang sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga. Sektor komersil dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya sementara pengguna bagi isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelak daripada pembaziran.

5. SUMBANGAN SYARIKAT PENJANA TENAGA BEBAS (IPP) DAN PENGELUAR MINYAK KELAPA SAWIT (POP) KE ARAH MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT

IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran. Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 (Windfall Profit Levy Act 1998), ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai threshold melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit.

POP juga, yang telah mencatat kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia. Kabinet hari ini telah bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) yang sedia ada berkuatkuasa 1 Julai 2008. Bagi menggantikannya, Kabinet telah membuat keputusan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP. Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses (millers):

i) Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000

ii) Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000

Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada Kerajaan negeri (sebagai contoh 7.5 peratus ke atas CPO di Sabah dan 5 peratus ke atas CPO di Sarawak).

6. PENGAGIHAN PENJIMATAN DARIPADA PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI DAN PENDAPATAN YANG DIPEROLEH DARIPADA LEVI

Kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion daripada penjimatan yang akan diperolehi daripada penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap IPP dan POP. . Dikepilkan bersama lampiran maklumat pengagihan berkenaan.

7. MENINGKATKAN THRESHOLD CUKAI PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN RESTORAN DI LUAR HOTEL

Restoran yang terletak di luar hotel yang telah mencapai perolehan jualan tahunan (threshold) lebih daripada RM500,000 dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5%. Terdapat rungutan mengenai threshold cukai perkhidmatan ini yang dianggap terlalu rendah sehinggakan gerai makanan di kawasan luar bandar kini mampu mencapainya.

Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan bayaran cukai perkhidmatan dalam memperoleh perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman oleh restoran yang terletak di luar hotel, Kerajaan bersetuju threshold cukai perkhidmatan bagi restoran sebegini ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM3 juta.

Peningkatan threshold di atas berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008.

3 ulasan:

matgelap berkata...

sekali lagi paklah kelentong!! ataupun mungkin ini dipanggil kejutan?????

heboh satu malaysia, konon minyak akan naik pada ogos...tup2 terus naik hari ini!!!

nampak nya untuk selesaikan masalah ini, cukup mudahj bagi paklah..naik kan harga minyak dan dakwa minyak kita lebih murah!!! selesai masalah!!!

haha teringat aku cara lain paklah nak selesaikan masalah banjir...dia suruh lurus kan sungai!!!!

nak selesaikan masalah beras..dia suruh makin ubi keledek!!!!

yg terbaru...nak jimat kan letrik..paklah suruh semua pejabat buka langsir..agar lamput tak payah dipasang!!!

mahahebat idea paklah!!! hahaahaha!!!

Pewaris Melayu berkata...

ya.. panjang penjelasan...

jangan buta hati, buta mata, buta perut..

www.pewarismelayu.blogspot.com

Idealis Malaysia berkata...

Salam perjuangan...

Siapapun akan kecewa dengan kenaikan ini yang begitu mendadak dan dilihat dibuat dengan begitu terburu-buru...

adakah kerajaan tidak merancang dnegan teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum mengambil inisiatif ini. dengan budak tingkat 4 comeout dgn penyelesaian ini hanya dengan keputusan tangkap muat hasil perbincangan dan "brainstorm" kurang 2 minggu. Mungkin bagi penulis dan kroni2 PLah tak mengapa sbb masing2 dah kaya raya dan byk duit tp org susah dan miskin di pendalaman dan kampung2 apa citer? cukup ke dengan levi yg bakal diberi kerajaan tu? rasanya pembuat dasar dan pemikir PLah xcukup bijak dan tak layak sbb rasanya di luar sana ada lagi bakat yg boleh memberikan cadangan penyelesaian lebih baik...

Ada beberapa persoalan...
1. kenapa perlu tiba2 naik dgn tinggi dan mendadak... kenapa tidak berperingkat demi mengurangkan impak tekanan kepada rakyat.
2. kenapa umum tiba2 kenapa tak bagi saja tarikh kenaikan itu seminggu awal agar rakyat dapat merancang atau tak bagi tarikh tappi mention la bulan ke minggu bila nak naik.
3. Kerajaan tak ada duit sgt ke masa ni sampai tiba-tiba terpaksa buat begitu... atau income kerajaan sekarang tak begitu byk berbanding zaman TUN... tu yg tak boleh cover... yelah dasar dan perancangan ekonomi hancus... dengan koridor2 tu jana berbilion-bilion ha mana duit tu???
4. Zaman TUN kerajaan lebih rela melaksanakan pendekatan agar tekanan sebegini atau perkara yg bakal membebankan rakyat diserap dan ditanggung kerajaan tanpa rakyat merasa impak terus... kini kerajaan lebih rela rakyat sngsara dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya... setuju tak Penasihat2, Pemimpin2 dan PM kini kurang bijak dan bukan yg terbaik bagi memerintah negara???

jajalah statistik ke... data mana pun... minyak tetap naik...

lagi satu kita bincang pasal "KUASA BELI" Kenapa zaman TDN dulu subsidi ini amat dititik beratkan... sbb perbezaan kuasa beli... katakan kita apung harga minyak negara ikut dunia contah harga minyak dunia 1.00 dollar dan di malaysia kita tukar dalam ringgit katakan RM 3.36. apakah kuasa beli RM 3.36 dapat menyamai kuasa beli USD 1.00. jawapannya TIDAK... dengan USD 1.00 kita mampu dapat barang lebih di US berbanding RM 3.36 di malaysia. so siapa yg lebih terbeban dengan kenaikan harga minyakkalau harga minyak di apungkan sama harga pasaran dunia di US atau Malaysia ... jawabnya Malaysialah... jadi subsidi minya masih relevan dan adalah satu keperluan...

Sebagai kerajaan yang baik tidak perlu lah mengheret rakyat untuk menanggung bebanan dan kesengsaraan akibat harga minyak ini. Kita rakyat yang membayar cukai dan memilih kerajaan... PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan ditanggung oleh duit cukai kami rakyat... kalau nak ikutkan rakyatlah BOS kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan sebab kami rakyat yang memenangkan PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan. Sebagai BOS, rakyat tidak mahu tahu jalan penyelesaian yang mesti ditanggung PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan yang pasti kita mahu keputusan... keputusan itu mestilah tidak membebankan rakyat selaku BOS... ada ke BOS kene menanggung kepayahan akibat ketidak cekapan org yang digajinya sebagai contoh PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... sebagai BOS kalau kita tidak puas hati kita boleh pecat atau buang je orang yg kita bayar gaji tapi tak boleh nak perform macam PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan ni...

Ingatan kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... kamu semua bukan apa hanya org yang bertuah dipilih untuk menjaga amanah rakyat... sbb rakyat bagi mandat masa PRU 12 dulu... jangan suka hati sgt, sbb bila-bila masa shj jawatan itu Allah mampu tarik... patutnya PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan zuhud dan muhasabah diri dalam mentakbir negara tapi tidak dok sibuk kumpul harta dan ambil kesempatan dari jawatan yg dipegang... kesimpulan mudah... dari sakit hati dan nasib rakyat tak terbela baik kita bersatu kita TUKAR PEMIMPIN... itu saja jalan pemyelesaiannya... dan dapat memberi pengajaran bagi yg gila kuasa dan pangkat...

renung-renungkan selamat berjuang

Cari Blog Ini

Translate