Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Oktober 2008

Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008( Agama / Perpaduan Edisi 2 )

PENCAPAIAN DARI 2004 - 2008

-Mewujudkan 10 prinsip Islam Hadhari, merupakan satu pendekatan bagi membina peradaban Islam yang progresif

-Meningkatkan pendidikan agama Islam di sekolah dengan memperkenalkan program Jawi-Quran, Arab dan Fardu-Ain (J-QAF)

-Mempertingkatkan kebajikan pegawai-pegawai agama, termasuklah memperuntukkan elaun RM450 bagi para imam

-Mengekalkan kos bagi setiap jemaah Haji walaupun dalam suasana kenaikan harga

-Menjamin hak beragama bagi setiap rakyat Malaysia

-Merangka garis panduan bagi memastikan penyediaan tanah simpanan untuk tempat beribadat dalam kawasan yang baru
dibangunkan

-Menggalakkan persefahaman antara agama melalui forum seperti Panel Penasihat Perpaduan Negara

-Menggalakkan perpaduan antara kaum melalui program seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan Program Latihan Khidmat Negara



Program dari 2008 - 2012



-Membina persefahaman yang lebih baik tentang Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam melalui pendekatan Islam
Hadhari

-Meningkatkan pemahaman mengenai pelbagai budaya di kalangan masyarakat majmuk Malaysia

-Meluaskan program J-QAF kepada lebih banyak sekolah

-Memastikan tanah simpanan bagi tempat beribadat disediakan dalam kawasan yang baru dibangunkan, seiring dengan garis panduan yang telah dirangka

-Memudahcara pembinaan, penggabungan, dan penempatan semula semua tempat beribadat melalui mekanisme khusus di
peringkat kerajaan negeri, yang akan diselaraskan di peringkat Persekutuan, bagi PERPADUAN menjaga kepentingan semua pihak

-Meningkatkan usaha dialog berkenaan isu-isu antara agama melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

-Meningkatkan keberkesanan pelbagai program perpaduan, terutamanya di sekolah dan pusat pengajian tinggi

6 ulasan:

mn berkata...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil fitri maaf zahir batin.

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

'Sukj'

Panglima Perang Cyber berkata...

Sama3

The Lying Eyes berkata...

memang gempak blog.... huhuhu
aku buat sempoi2 jek
malu plak rasanya sempoi2
ape pun mmg best blog...
keep up the good works...
5 stars

akuoldman.blogspot.com

wokyoh berkata...

yo lo ko kija keras dia....

patut la dia tidur sokmo..letih la tu...


ada lagi???

Tanpa Nama berkata...

kenali pengkhianat anwar, baca artikel terbaru, layari http://medan-info-kita.blogspot.com

taipingmali berkata...

kali utusan bagi dia muflis terus....tutup buku dan buang ke laut.

Cari Blog Ini

Translate