Kenapa kita kena boikot Utusan Malaysia ?
- akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.
- akhbar tersebut selain menjadi alat Umno
- saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.
- Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini.
Hujah di atas disiar oleh Kelab GreenBoc, blogger pro pembangkang dalam mengulas kenyataan Angkatan Muda KEADILAN Gombak yang mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat.
Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad telah melancarkan "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu
Berita di atas juga telah disiarkan oleh blog http://malaysia.sompost.com dan http://wargamarhaen.blogspot.com ..
Untuk rekod, 27 Mei 2008 mereka juga telah menggesa agar rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia seperti yang disiar blog Anwar Al Juburi ( klik sini )
Nampaknya hak kebebasan bersuara dalam media tidak ada dalam agenda pembangkang jika ia tidak menepati selera yang mereka mahukan.
Jawapan kita :
- Dakwaan akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat adalah sangat salah dan palsu. Setakat ini terbukti yang mereka-reka fitnah adalah akhbar Harakahdaily dan Suara Keadilan. Lihat beberapa pendedahan yang dibuat oleh blogger termasuk isu Ketua Polis Negara dan juga Naib Canselor UUM yang pernah difitnah hingga dibawa kes ke Mahkamah dan terbukti mereka bersalah dan diperintah membayar RM 7 juta kepada Tan Sri Nordin Kardi dan Universiti Utara Malaysia. Lihat penipuan terbaru di sini
- Dakwaan akhbar tersebut selain menjadi alat Umno juga salah. Kerana akhbar rasmi Umno bukanlah Utusan Malaysia. Namun kerana keberanian Utusan Malaysia menyiarkan pembohongan Pakatan Rosak maka ia dilihat suara kepada Umno/BN. Walhal Pas dan PKR lah yang memiliki akhbar rasmi mereka sendiri yang sangat padat dengan statistik dan info yang jelas ingin mengelirukan kita sebagai rakyat agar tidak memberi taat setia kepada kerajaan yang menjalankan tanggungjawab berdasarkan perintah Ydp Agong.
- Dakwaan Utusan menjadi saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat juga tidak benar. Kerana pihak yang menanam kebencian lagi 'dahsyat' ialah akhbar mereka. Cuba teliti siapa yang memburukkan kerajaan, Perdana Menteri, SPRM, Polis, Hakim termasuk agensi kerajaan seperti BTN ? ye jawapannya adalah akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Mereka tidak pernah sedikitpun memberi sokongan kepada pimpinan kerajaan walhal mereka menerima kebaikan yang disedia oleh kerajaan pimpinan Umno yang diberi tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Bahkan akhbar mereka penuh dengan kutukan dari awal hingga akhir halaman yang diterbitkan.
- Dakwaan Akhbar Utusan terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini juga tidak tepat. Kerana Utusan adalah akhbar yang mengutamakan integriti dan tertakluk kepda akta mesin cetak dan tidak boleh sesuka hati mengeluarkan artikel atau berita yang boleh menjejaskan keamanan negara. Namun dalam hal ini Harakah dan Suara Keadilan ( termasuk akhbar picisan yang pro pembangkang seperti Siasah ) terbukti hanya pandai menanam bibit kebencian kepada kerajaan dan menghasut rakyat untuk mengadakan demonstrasi yang jelas menimbulkan huru hara di negara kita.
Semoga sedikit jawapan balas di atas dapat menerangkan kepada rakyat bahawa akhbar yang tidak beretika adalah Harakah dan Suara Keadilan. Mereka menuduh Utasan Malaysia tetapi hakikatnya mereka sendiri yang tidak bermoral dan beretika di dalam mengamalkan penulisan berita dan artikel yang boleh memberi faedah kepada agama,bangsa dan negara.
Utusan Malaysia perlu meneruskan usaha membongkar lebih banyak lagi penipuan mereka kerana Utusan Malaysia adalah suara kita sebagai rakyat dan jika kita tidak pertahankannya maka akan mudahlah mereka yang sudah lama ingin meruntuhkan agama, bangsa dan negara kita ini untuk memerintah negara kita.
Harap idea ini akan disebarkan oleh sahabat sekelian... Terima kasih
10 ulasan:
Azizan MB Kedah buat bodo dengan baikot sejak Mei 2009.
Satu muka dia booking di halaman Utusan untuk ucapan beliau..
Dalam akhbar utusan nie satu perkara jer yang aku percaya beritanya 100% iaitu keputusan 4D. Itu pun pernah sekali tersilap umum keputusan 4D, lalu utusan minta maaf kepada pembacanya dalam ruangan ralatnya.
PR celaka! Perosak agama dan bangsa!
Kepada Anti Utusan...
Kelako ler lu...
Beli Utusan nak tengok No 4D??
Apa lu punya Parti x ajar ker..dosa pahala??? Opsss...duduk ngan DAP mana ada dosanya tak??? Halal belaka...hahahaha
Mengikut perkembangan 4D sungguh mamat ni...huhuhu.
Lu ingat suara keadilan,Harakah tu semua cerita betul???? HANCUR BRO...HANCUR...semua cerita syiok sendiri...hahahaha,macam cerita 1001 malam,Never Ending Story...
Sorry Bro..bukan dakyah,kenyataan aku benar belaka..tak tipu langsung. Tapi yerlah..dah dasar pembangkang cerita betulpun lu org putar belitkan hahaha....
Kalau pemimpin BN cakap keropok lekor buat dari isi ikan pun lu org tak caya nyer..hahaha
Kalu Pemimpin lu cakap keropok lekor buat dari getah sekerap...lu ada berani nak cakap salah?...lu semua mana ada TULUR...hahahaha..pakat angguk dah ler...walau pahit untuk di telan.
Yg ramai2 kuar dari Pakatan Haprak lu org tu pasal dah tak lalu nak telan ler..BRO.....yg kuar tu semua nyer bijak pandai...yg tinggal yg bodoh2 jer..macam lu lah BRO...hahahaha.
Jadi kalau lu rasa pandai..baik lu kuar..kalau rasa bodoh stay jer kat situ...huhuhu
Kerteh Mari
Kepada Anti Utusan
Bro ..lu x mau komen kenyataan gua,yg lu bodoh? hahahaha...
Tapi gua nak pesan la...kalau lu komen,lu mmg bodoh..pasal gua tetap cerdik..hehehehe
Kerteh Mari
khas buat anti utusan..ko tau pulak nom 4d tu betul..nampak sangat ko ni suka main judi..apalah nak jadi pengikut anuar ni..
diorang kata nak media diberi kebebasan tetapi bila akhbar sudah bongkar kebobrokan yg diorang lakukan maka kebebasan ini mahu disekat dengan cara memboikot.
memang diorang ni tak pakai otak...
Buat anti utusan,
Lawak la lu ni bro..
adik ak yg skolah pun tau judi xelok.
bgs la DAP da ajar lu berjudi bro..
haih...
SEMBANG LEBIH PKR NIH...
KG.PANDAN MARI
Akhbar UMNO memang prihatin tentang 4D, sebab tu mereka lebih terbuka minta maaf kepada peminat 4 nombor ekor. Pengerusi Magnum pun orang dari parti BN
setakat seorang dua tu takkan nak calit semua kat orang umno kot.
hang ni tak ada modal dah ka ?
baik pegi buat keje lagi baguih. dari dok perkecik org lain.
hang tu baguih sangat ka ?
Catat Ulasan