Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Disember 2008

Update : Selamat Tahun Baru dan soalan Kenapa PAS diam ketika blog hina Nabi kita tersebar di seluruh dunia ?

PAS membuat demonstrasi semalam ketika mana negara mengalami tsunami akidah akibat perbuatan blogger tidak bermaruah menghina agama dan Nabi kita s.a.w.

PAS dilihat pasif ketika isu melibatkan agama bersifat nasional dan sangat bernafsu jika melibatkan isu isu antarabangsa.. Seperti di Palestin, Israel...

PAS juga menyalahkan UMNO bagi apa sahaja isu dan terbaru blog hina Nabi juga dikaitkan dengan konspirasi kerajaan.

PAS memang benar benar tidak komited terhadap apa yang ingin dilakukan termasuk sanggup membiarkan 20-30 tahun lagi isu Hudud sedangkan ia juga punca kekafiran UMNO seperti fatwa ulama PAS !!

Lihat blogger brokenthecode yang mengulasnya di sini

http://brokenthecode.blogspot.com/2008/12/nik-aziz-hukum-hudud-akan-dilaksanakan.html


Isu blog hina agama ini juga semakin menarik apabila ia sudah menjadi isu politik. Begitu cepat orang sudah mula dipasang dengan persepsi Kerajaan BN mereka reka isu ini demi kepentingan mereka...

Tengok bagaimana mereka mengatakan isu blog hina agama ini satu konspirasi kerajaan bawah ini !!

http://malaydilemma.com/politik-semasa/blog-hina-nabi-muhammad-satu-konspirasi/


Dan turut disiarkan di sini :

http://www.sabahdaily.com/2008/12/blog-hina-nabi-muhammad-satu-konspirasi/


Sedangkan jelas siasatan Polis mendapati ia dibina dari luar negara lihat sini "

http://www.utusan.com.my/utusan/

Dipercayi Malaydilemma adalah laman Pro Pembangkang khasnya PAS kerana mendapat tempat di Tranung Kite Online seperti mana gambar yang saya print di sini :



Ia juga berdasarkan artikel yang jelas memutar belitkan kata kata Pak Lah
yang anda boleh baca dan lihat sendiri di sini :

http://malaydilemma.com/isu-semasa/hudud-itu-sudah-lapuk/



PAS diam dan akan terus diam... Memilih waktu untuk berkata kata dan tidak mengira kepentingan agama dalam menentukan tutur katanya..

Lihat Komen menarik dari Tamin Sari di blog Empayar Malaya yang menarik hati saya.
Salam...

Pas sekarang sudah terkena penyakit " Virus Keliru ". Keliru dengan ungkapan dan fakwa sendiri. Semasa Pakatan Rakyat dilancarkan ( tidak boleh disebut ditubuhkan kerana belum didaftarkan ), Husam Musa mengatakan yang tiada agenda Negara Islam dalam Pakatan Rakyat. Islam hanyalah idealisma Pas. Bila tiada agenda Negara Islam dalam PR, masih mahu menlaksanakan HUKUM HUDUD jika berjaya memerintah.

Samada sedar atau tidak beliau bercakap semasa Pas adalah didalam Pakatan Rakyat. Maka terpaksalah melutut memohon kebenaran daripada " big brother " mereka DAP apabila terlepas cakap. Seolah-olah mereka lebih takut DAP dari Allah? Sekarang Husam Musa lesu tak berkata apa-apa dan masih keliru dengan diri sendiri. Sudahlah keliru ditambah pula dengan kenyataan " ulama2 Pas " berkenaan HUDUD dan ini membuatkan bukan Husam sahaja keliru malah barangkali sebilangan besar penyokong Pas juga keliru. Sebab itu mereka sudah tidak hiraukan lagi isu blog menghina rasulullah s.a.w.

Mungkin juga mereka sedang sibuk mencari calon yang sesuai untuk bertanding di K.Terengganu sehingga tidak menghiraukan musuh-musuh Islam yang sebenarnya. Mungkin bagi Pas perkara yang remeh temeh seperti ini tidak perlu diambil kira kerana yang penting adalah untuk menang di PRK k.Terengganu. Musuh-musuh Islam bersedia disekeliling, tetapi mereka leka berpolitik. Inilah yang dikatakan menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik.


Yang penting adalah untuk mendapatkan kuasa.
Yang dikejar dikuatiri tidak tercapai, yang di kendong pula berciciran..Kekeliruan Pas bertambah parah apabila Nik Aziz dan Ustaz Hadi memberikan pendapat mereka masing-masing disebabkan desakan dari DAP.

Tok Guru Nik Aziz kata : HUDUD ini benda besar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Ustaz Abdul Hadi pula pernah berkata : Undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

Yang mana satu betul ? hanya mereka berdua sahaja yang lebih mengetahui... ? Pas keliru...kesucian ugama diabaikan?? Perebutan Kuasa diutamakan?? dan akhir sekali menyalahkan kerajaan jika HUDUD mereka tidak terlaksana??

wallahuallam...

Salam perjuangan..



Setakat ini kita sudah berjaya mengwar warkan isu blog hina nabi iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/ hingga terpaksa ditutup..

Sekarang kita juga diberitahu oleh sahabat sahabat BPN kita tentang blog yang dianggap sesat seperti di list bawah ini.


1. http://sufitauhidwahdat.blogspot.com/
2. http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

Jika ada lagi laman sesat dan atheis yang menghina Islam harap dapat siarkan di komen komen bawah ini....

Salam Tahun Baru Masihi 2009 !!! dan juga Tahun Baru Hijri 1430 !!!

P/S : mesej di bawah salinan dari mesej all contact di YM saya... Harap manfaatkan.

siapa ada hp boleh ikuti sidang maya di mana sahaja dengan mendaftar GPRS dan mendownload http://e-buddy.com.pastikan aplikasi JAVA ada dalam telefon anda.Kadar hanya 10 kb 10 sen / 1sen/1kb. sahaja.Tukar kpd simkad jenis 3G utk akses lebih laju.Boleh juga gunakan simkad broadband utk dipasang di telefon jika sukar menggunakan laptop. selamat mencuba!

30 Disember 2008

Lokasi Blogger Pedestrianinfidel nick Anti Jihadist sudah dikenalpasti dari luar negara !!



Salam semua.

Pagi ini saya mendapat info dari sahabat BPN, iaitu http://beritamalaysiakini.wordpress.com tentang IP anti jihadis yang merupakan blogger pedestrian infidel.. Blogger tersebut telah dikesan dan di atas alamat IP beliau...

Ini kerana blogger tersebut telah memberi komen di ruang komen blog team BPN tersebut dan IP beliau telah dirakam dengan automatik oleh pihak Wordpress sehingga memudahkan kita mengesan IP miliknya.

Blog ini antara blog yang tegar antinya kepada agama kita dan kita telah dedahkan sebelum ini di dalam siaran media BPN ( klik sini ) dan kedegilan menyiarkan artikel menghina agama Islam telah menaikkan kemarahan kita semua, blogger yang komited dalam membela agama yang sangat kita cintai ini.

Terbaru di blog yang sama sudah ada video mengaitkan Nabi dengan seks budak bawah umur iaitu Saiditina Aisyah r.a yang berkahwin umur 8 dan 'bersama' dengan Nabi umur 9 tahun. Lihat di sini http://pedestrianinfidel.blogspot.com/2008/12/interview-with-mohammed.html bagaimana sebuah temubual dibuat bagi memburuk burukkan nama baginda s.a.w....

Sahabat kita dari Mesir ( azzuhrie ) sudah berusaha untuk membuat report kepada Suruhanjaya Komunikasi dan blogger ini memang mempunyai rangkaian yang luas di seluruh dunia untuk misi memburukkan agama kita...

Justeru penemuan IP beliau ini akan menjadikan tugas kita lebih mudah dan sudah tentu ia akan menakutkan sesiapa sahaja yang berniat ingin merosakkan kesucian agama kita.. Cara lain mengesan IP akan diberitahu kepada team semua di masa akan datang.

Lokasi beliau ialah di Korea negeri Daejeon. Seperti paparan gambar yang sudah disahkan enjin penjejak lokasi berdasarkan IP ini :



28 Disember 2008

PERCUBAAN GUNA HP UPDATE BLOG dan SELAMAT TAHUN BARU ISLAM

assalamu alaikum


hari ini perjuangan saya bersama sama dengan sahabat bpn di alam siber semakin lancar.

Dengan izinNya saya telah mendapat pertolongan Dia.

Sekarang saya telah pun dapat menggunakan handphone black berry hasil pertemuan dengan rakan saya yang kebetulan mahu menjual handphone tersebut. saya mendapatnya dengan membayar hanya sedikit dan bakinya dibuat ansura hingga selesai.

Memang kerja Tuhan sangat hebat!

Memberi hajat kita jadi nyata dengan cara yang tidak diduga

Akhirnya kesulitan tanpa hp yang up to date untuk mengikuti perkembangan dan persidangan di internet telah berjaya diselesaikan.

Sempena awal Muharam juga, marilah kita semua berazam menjadi umat terbaik untuk Nabi Kita yang pasti berbangga jika kita dapat melakukan sesuatu yang hebat seperti yang kita telah buat selama ini khasnya di alam siber. Ahli BPN sudah mula mesra satu sama lain walau ada juga tidak sama pandangan.

Mari kita menjadi yang hebat di alam siber ini demi agama bangsa dan negara kita.

SELAMAT MERAIKAN AWAL MUHARAM DAN SELAMAT BERJUANG

27 Disember 2008

Update : Syabas kepada semua kerana berjaya hapuskan penghina agama dan Nabi kita !!!


Berita mengenai laman menghina Nabi Muhammad s.a.w. telah disiarkan oleh TV3 semalam bertarikh 26 Disember 2008 jam 8.15 malam dan hari ini Utusan Malaysia (gambar) telah menyiarkannya juga di bahagian hadapan tentang perkara yang sama.


Ia adalah hasil kesungguhan dan kesepaduan ahli ahli BPN semua yang menjalankan kerja bersama sama menuju arah yang sama dengan suara yang sama sehingga hasilnya juga sangat lumayan dan boleh dibanggakan oleh semua ahli ahli BPN yang menyokong dari jauh usaha ini.

Kisah awal ialah makluman yang diberikan oleh Azizahns ketika pulang solat Jumaat ( serta beberapa blogger lain ) dan saya mengambil serius makluman tersebut lalu mengadakan conference tergempar. Hasilnya hampir 10 orang ahli kita bersidang ( yang lain offline ) termasuk wakil dari Mesir iaitu Azzuhrie.

Keputusannya jam 5 petang semalam kita semua telah menghantar serentak email kepada agensi berita Malaysia termasuk media eletronik seperti TV3 tanpa menjangka ia akan menjadi antara paparan utama Buletin malamnya. 


 
Namun saya sempat mengikuti siaran berita tersebut dan saya sangat teruja kerana kita berhasil mengangkat suara kita dan hari ini Utusan sudah turut serta membantu kita memerangi musuh agama ini dengan menyiarkannya di ruang utama akhbar mereka.

Jika mahu melihat berita tersebut boleh klik di link ini  http://www.tv3.com.my/ minit 01 bahagian kedua dan luangkan masa sekejap mendaftar nama anda di laman sana ..

Begitu juga blog yang bedebah walau bernama seperti muslimah iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/telah dibersihkan dari segala provokasi provokasi menghina Nabi Muhammad s.a.w...

Mungkin telah cuak seperti komen apaingelai ( Blogger RajahMas ) yang pertama mengesan berita di Utusan tersebut pagi ini sebelum menghantar mesej menerusi YM kepada hp saya...

Namun pagi ini dipercayai pengacau dari blog adibahahmad telah datang dan di bawah imej yang saya sempat rakamkan...Dipercayai perempuan dan melayu berdasarkan corak komen beliau tentang perkahwinan Nabi dengan anak Saidina Abu Bakar umur 8 tahun.  


Lihat gambar blog beliau yang sudah kosong  di sini tanda akur dengan desakan kita agar beliau menghentikan penghinaannya terhadap agama...komen di Chatroll tidak lain tidak bukan kerana rasa sangat marah barangkali dengan tindakan kita semua...

Sokongan anda kepada BPN sangat bererti kerana ia bermakna setiap tindakan kita memerangi blogger menghina agama bangsa dan negara juga disokong dan kejayaan yang diperolehi juga berhak dirasai oleh semua yang memberi sokongan padu sejak awal penubuhan BPN pada 20 November yang lalu...

Kerana jika tiada sokongan tentu BPN tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti sekarang ini. 

Insya Allah kita akan sentiasa memantau blog blog dan memerangi sesiapa sahaja yang kurang ajar dan berniat tidak baik bagi merosakkan maruah agama bangsa dan negara kita.

Salam perjuangan BPN demi satu suara arah dan akidah !!!!

 

26 Disember 2008

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA (BPN) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM



KENYATAAN MEDIA


BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM


BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..


Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..


BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.


BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..



Yang Benar,


PANGLIMA PERANG CYBER

http://penembak-tepat.blogspot.com


Yang Dipertua,

Blogger Pembela Negara ( BPN )


Blog rasmi BPN : http://parlimenbpn.blogspot.com

24 Disember 2008

Kisah Adam Malik yang disiar oleh Utusan - apa pendapat anda?

Salam Sahabat BPN semua !

Memandangkan terdapat kekeliruan berhubung Adam Malik maka ini hasil penemuan saya ini diharap dapat menjernihkan kekaburan artikel sebelum ini..

Diharap semua dapat setting YM untuk dilinkkan kepada handphone anda selepas menutup laptop.

Caranya :

1. Klik Messenger di Yahoo Messenger anda
2. Sign in to mobile
3. Setting
4. Pastikan automatik sign in to mobile jika menutup atau sign out YM ..

Apa apa masalah sila YM saya di email : panglimaperangcyber@yahoo.com

------------------------------------------------------------------------------------------------

Adam Malik ejen CIA?

BARU-baru ini sebuah buku yang diterbitkan di Indonesia bertajuk Membongkar Kegagalan Agensi Perisikan Pusat (CIA) oleh wartawan kanan The New York Times, Tim Weiner mendakwa bekas Naib Presiden Republik Indonesia, Adam Malik pernah menjadi ejen CIA berikutan namanya terdapat di dalam dokumen agensi paling rahsia Amerika Syarikat (AS) itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh keluarganya, walaupun memang terdapat petunjuk wujudnya komunikasi yang kerap di antara Adam dengan pegawai kanan AS.

Sebagai contoh telegram yang dihantar oleh Duta AS di Jakarta, Marshall Green kepada Penolong Setiausaha AS, Bill Bundy ke Washington. Ia dihantar melalui saluran khas bagi penolong setiausaha risikan diplomatik.

Pada 2 Disember 1965, Green menghantar laporan mengenai seorang ahli politik yang dianggap penting bagi misi mereka di Indonesia iaitu Menteri Perdagangan Indonesia, Adam Malik.

Adam berusia 48 tahun pada masa itu merupakan orang di sebalik Kempen Menentang Gerakan 30 September Partai Komunis Indonesia (Kap-Gestapu).

Pergerakan itu dijalankan oleh orang ramai, tetapi dilaksanakan oleh tentera bagi memburu mereka yang disyaki menjadi ahli Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menyaksikan kira-kira 500,000 dibunuh di seluruh republik berkenaan kerana disyaki menjadi ahli parti komunis tersebut.

Dana

Di dalam telegramnya, Green menulis: "Berdasarkan hasil yang diperolehi, Saya berasa program itu telah berjaya".

Adam bukanlah pemimpin Kap-Gestapu, tetapi merupakan orang di belakang tabir mengerakkan pergerakan itu dan dilaporkan turut mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Dalam telegram itu, Green turut menyatakan keputusannya untuk memberi Rp50 juta bagi membiayai pergerakan Kap-Gestapu. Sukar untuk menyatakan nilai yang tepat Rp50 juta pada masa itu.

Pada 11 September 1965, Bank Indonesia menetapkan tukaran asing iaitu Rp30 bersamaan AS$1. Ini bermakna wang sejumlah AS$1.7 juta telah disalurkan kepada Adam.

Bantuan kewangan itu diberikan tanda restu AS yang mengharapkan Adam dapat menjalin hubungan erat dengan pihak tentera tanpa perlu menzahirkan penglibatan AS secara langsung. Dokumen itu diklasifikasikan sebagai bukan lagi rahsia oleh CIA pada 2001.

Weiner menggunakan dokumen itu sebagai bukti penglibatan CIA dalam menghancurkan PKI yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Sukarno sebagai Presiden Republik Indonesia pada 1965.

Weiner juga menemu bual Clyde McAvoy, bekas diplomat di Kedutaan AS di Jakarta pada 1961-1966 yang mendakwa Adam bertemu dengan diplomat berkenaan di tempat rahsia dan selamat. McAvoy mendakwa telah melatih Adam dan merupakan pegawai kanan tertinggi Indonesia yang dilatih oleh badan perisikan itu.

CIA, katanya, dibantu oleh seorang ahli perniagaan yang juga bekas ahli Parti Komunis Jepun yang tinggal di Jakarta.

Kepimpinan

Selepas pengambilan Adam, CIA telah meningkatkan operasinya dan menyaksikan Sukarno digulingkan dan CIA terlibat dalam membentuk kepimpinan baru melibatkan Adam, Sri Sultan Hamengku Buwono IX dan Mejar Jeneral Suharto.

Hubungan Adam dengan Washington terus baik sehingga Suharto berkuasa dan telah melantik Adam sebagai Menteri Luar.

Buku berkenaan diterbitkan tahun lalu, tetapi telah diterbitkan semula di Jakarta bulan ini. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak di Indonesia dan sebuah akhbar tempatan, Republika.

Melalui tinjauan orang ramai didapati 42.3 peratus tidak yakin dengan dakwaan itu, manakala 40.3 peratus yakin, sementara 17.4 peratus lagi ragu-ragu.

Buku itu pula disifatkan oleh Menteri Pertahanan, Juwono Sudarsono sebagai tidak perlu diberi perhatian.

Katanya, hal sedemikian memang menjadi permainan media AS, apatah lagi ia ditulis selepas 30 tahun peristiwa tersebut berlaku.

Pakar sejarah, Anhar Gong-gong pula berpendapat dokumen lain perlu dijadikan sandaran bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut kerana tidak semua laporan CIA adalah tepat.

Menurutnya, Adam memang sering bertentangan pendapat dengan dengan Presiden Sukarno, tetapi tidak bermakna dia mengkhianati negara kerana dia turut terlibat dalam menegakkan kemerdekaan negara.

http://www.utusan.com.my

23 Disember 2008

Adakah Anwar Ibrahim agen CIA klon ' Adam Malik' di Malaysia ?

Saya terjumpa blog semut gatai di blog Mummy Rokiah dan membaca artikel menarik di dalamnya.

Tujuan saya ke sana menjelajah blog blog belum menjadi team BPN bagi menarik perhatian mereka untuk menyertai team kita sebagai satu kesatuan blogger warga Malaysia bagi agenda membela agama bangsa dan tentunya negara kita.

Lalu saya mesej kepada semua sahabat sahabat di YM saya team BPN kita untuk menyebarkan penemuan ini kepada mereka.

( kepada sahabat yang belum ada YM boleh download sekarang (klik sini ) dan add email saya untuk menerima berita berita dan info info serta maklumat maklumat terkini BPN )

Kerana ia menjelaskan bagaimana CIA berperanan menjadi dalang kepada situasi tidak tenteram di Indonesia dan tidak mustahil ia juga berlaku di Malaysia sekarang ini.

Persoalannya, siapakah Mr X agen CIA tersebut ?

Siapa yang dilihat telah diangkat dan disokong dengan jelas oleh Barat dan Israel di Malaysia untuk misi menjadi pentadbir negara ini ?

Siapa yang telah disambut dengan permaidani merah di Amerika ?

Siapa yang ada masalah moral yang teruk termasuk liwat di Malaysia ?

Siapa yang pandai bercakap dan sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa ?

Siapa yang telah berjaya porak perandakan parti Islam PAS hingga hilang HUDUD dan menjadi LIBERAL dengan 'belaannya' yang digelar Erdogan ?

Siapa dan siapa ?

Jika soalan tersebut berjaya dijawab tentu anda akan hampir temui jawapan siapa Adam Malik versi Malaysia!!!

Bacalah dan sebarkan mesej ini kepada semua sahabat dan rakan rakan kita.

Say No To Anwar !


CIA sarat dengan kepincangan

ROOSFA HASHIM

Adam Malik ialah agen perisik yang dilatih oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA). Inilah bahagian paling menarik buku Legacy of Ashes: The Histrory of CIA tulisan wartawan The New York Times, Tim Weiner. "I recruited and ran Adam Malik. He was the highest ranking Indonesian we ever recruited". Demikian pengakuan Clyde McAvoy pada halaman 299 buku ini.

McAvoy ialah agen CIA yang sedekad sebelum itu bekerja merekrut dan melatih bakal Perdana Menteri Jepun yang bakal tunduk pada Amerika. Beliau kemudian ke Indonesia selepas mendapat arahan bagi menyelinap ke dalam Parti Komunis Indonesia (PKI) dan kerajaan di bawah pemerintahan Sukarno. PKI dibimbangi oleh Amerika yang melihatnya sebagai organisasi komunis terbesar di luar Soviet dan China dengan kekuatan 3.5 juta ahli. Dengan kekuatan itu, kedudukan Amerika di rantau Asia Tenggara akan tergugat jika tidak dibendung.

Adam Malik beberapa kali mengadakan mesyuarat di rumah McAvoy di Jakarta pada 1964. Beberapa minggu kemudian, Indonesia terpecah dua. CIA berusaha menaikkan kerajaan bayangannya yang terdiri daripada Adam Malik, Sultan Hamengkubuwono yang masih memerintah di Jawa Tengah, dan Major Jeneral Suharto.

Adam Malik kemudian mengadakan beberapa mesyuarat dengan duta baru Amerika di Indonesia, Marshall Green. Duta Amerika ini mengaku dalam buku ini bahawa beliau dapat membaca dengan jelas apa yang ada dalam otak Adam Malik dan Suharto. Beliau juga bersetuju dengan cara kedua-dua mereka menyusun strategi bagi melenyapkan pengaruh komunis dalam pentadbiran Indonesia melalui Kap-Gestapu. Dengan jalan ini, Amerika dapat membayangi pentadbiran Indonesia untuk masa depan.

Pada pertengahan Oktober 1965, Adam Malik menghantar seorang pembantunya ke rumah pegawai kanan politik di Kedutaan Indonesia, Bob Martens yang pernah bertugas di Moscow sewaktu Adam Malik menjadi duta Indonesia di sana. Martens menyerahkan senarai 67 pemimpin PKI yang mesti dihapuskan. Walaupun tidak ada arahan jelas bagi pembunuhan namun, penghapusan mereka amat penting kepada usaha memantapkan pengaruh Amerika dalam pentadbiran Indonesia.

Tidak lama kemudian berlaku keganasan di Indonesia seperti yang dirancangkan. Apabila Suharto diangkat menjadi Presiden, semakin besarlah peranan Amerika dalam pentadbiran Indonesia. Semakin teguh pula kedudukan Adam Malik. Adam Malik diangkat oleh Suharto menjadi Menteri Luar dan semakin besarlah peranan Amerika dalam mencorakkan politik dan pentadbiran Indonesia. Apabila tidak lagi berada dalam kabinet, Adam Malik dengan sokongan dan lobi Amerika menjadi duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pendedahan Tim Weiner tentang penglibatan dan peranan Adam Malik sebagai orang CIA dalam pentadbiran Indonesia tidak akan mengubah apa-apa. Tetapi, bagi generasi muda Indonesia yang tidak melihat sejarah bangsa Indonesia yang besar di Asia Tenggara itu, tanggapan mereka terhadap Pahlawan Nasional itu tentulah berbeza. Mana mungkin agen Amerika dapat diterima sebagai Pahlawan Nasional Indonesia?


Menembusi

Buku ini banyak juga mendedahkan kegagalan pelbagai usaha yang dirancang oleh CIA. Penulis antara lain mendedahkan kelemahan CIA dalam usaha badan perisikan itu menggerakkan perisiknya menembusi kekebalan sistem pentadbiran Komunis China. Dalam masa yang sama perisikan CIA gagal meramalkan berlakunya revolusi Iran pada 1979.

Laksamana Stansfield Turner, bekas pengarah CIA mengaku akan kelemahan kakitangannya yang lebih banyak menghabiskan masa 'tertidur' sehingga gagal mencium banyak peristiwa besar dalam sejarah. CIA gagal meramalkan ledakan bom atom oleh Soviet Union pada 1949, penaklukan Korea Utara pada 1950, kebangkitan Eropah Timur pada 1950-an, pemasangan peluru berpandu Soviet di Cuba pada 1962, Perang Arab-Israel 1973, penaklukan Soviet di Afghanistan pada 1979, runtuhnya Kesatuan Soviet pada 1989, penaklukan Iraq ke atas Kuwait pada 1990, ledakan bom atom oleh India pada 1998 serta beberapa peristiwa besar lain dalam sejarah dunia moden. Kelemahan paling besar ialah maklumat CIA tentang kewujudan senjata pemusnah besar-besaran dalam simpanan Iraq pada 2002.

Pendedahan Tim Weiner tentang pergerakan CIA menarik dan mendalam, bermula dengan penghantaran ramainya agen CIA di negara tabir besi. Banyak wang dibelanjakan. Agen CIA pergi ke negara seluruh dunia dan berbuat apa saja yang mereka ingin lakukan, kata al-Ulmer, ketua CIA Timur Jauh pada tahun 1950-an. Ada ketikanya, kejayaan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka.

Pada 1963, CIA menyokong rampasan kuasa bagi menaikkan Parti Baath di Iraq. Hal ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Parti Baah, Ali Saleh Saadi. Salah seorang pemuda gagah berani dan melakukan pembunuhan dalam operasi tersebut bernama Saddam Hussein.

Weiner memetik Donald Gregg, mantan Ketua CIA di Korea Selatan yang kemudiannya menjadi penasihat keselamatan George H.W. Bush yang berkata "Rekod CIA di Eropah buruk, Rekod di Asia juga buruk. Agensi ini mempunyai rekod yang terlalu buruk pada peringkat awal - reputasi yang baik dengan rekod yang amat buruk".

Weiner, juga pernah menjadi wartawan The Times dan berpengalaman bertahun- tahun membuat liputan tentang perisikan. Weiner sedar bahawa mereka yang berada pada kedudukan tinggi selalu lambat mengetahui perkembangan terkini. Semasa Iraq merempuh masuk sempadan Kuwait pada Ogos 1990, Robert M. Gates, penasihat perisikan Presiden Bush yang kemudian menjadi Setiausaha Pertahanan sedang berkelah bersama keluarga.

Weiner bukanlah wartawan pertama melihat kegagalan CIA. Antara lain kepincangan dalam CIA pernah didedahkan dalam buku Thomas Powers berjudul The Man Who Kept the Secrets dan satu lagi tulisan oleh Evan Thomas, editor majalah Newsweek, berjudul The Very Best Men: The Daring Early Years of the CIA. Memang, dengan kebobrokan CIA, sukar sekali kita memisahkan antara maklumat yang benar dan palsu mengenai CIA termasuklah tentang penglibatan Adam Malik.

Hanya pengkaji sejarah akan menentukan warna sebenar pemimpin bangsa kita.


dipetik dari blog Semut Gatai di sini

22 Disember 2008

Isu Isu untuk rujukan Blogger Pembela Negara untuk kempen alam siber

antara isu kita bincang dlm sidang mlm dua hari lepas untuk perang siber sempena

pilihanraya Kuala Terengganu 17 Jan 2009 tidak lama lagi.

Antaranya :

1.Demonstrasi bantah tarian oleh PAS di Penang yang tidak dihirau DAP.

2.Statement laksana HUDUD oleh Husam.

3.Dap bantah PAS buat demo bantah tarian di Penang

4.Manifesto2 semasa PRU 12 yg gagal ditunai PR

5.Babi di Selangor dan Kedah ( dan kenapa Pulau Pinang tidak pula buat ternakan BABI di sana )

6.Larangan jual arak di Shah Alam yang tidak dikuatkuasakan.

7. Nik Aziz sokong papan tanda tulisan cina di Penang..

8. Team Erdogan yang digugurkan di Selangor selepas retreat PAS di Langkawi

9.Kereta Camry yang jadi ganti kereta nasional Perdana di negeri Pakatan Rakyat.

10.Kelewatan pengumuman calon tanda perpecahan dalaman PAS..

11. DAP bantah kenyataan Husam nak buat Hudud jika memerintah Malaysia

12. Pertelagahan terbuka blogger PAS Erdogan dan Ulama manifestasi perpecahan PAS.


Diharap isu isu di atas dapat digunakan untuk kempen kita di alam siber berkenaan isu2 tersebut.. Sebarang tambahan boleh ditambah lagi di ruang komen bawah.

tq atas perhatian sahabat2 BPN semua

Ayuh kita hancurkan gerakan mereka.... selamat berjuang !!!

20 Disember 2008

LOGO RASMI SUDAH SEDIA DIGUNAKAN PADA HARI 31 USIA BPN KITA


Pada 18 Disember lalu selepas menerima 'sentuhan terakhir' dari Bro Jinggo saya telah membuat hebahan di email melalui Yahoo Group kita. Selepas dua hari dibuka kepada komen di Yahoo Groups maka pada hari tepat sebulan usia BPN maka saya ingin isytiharkan logo rasmi BPN untuk diguna oleh ahli ahli kita semua selepas ini.

Terima Kasih kepada sahabat kita saudara Desperado yang telah mereka Logo ini dan juga Bro Jinggo yang berulang kali menambah baik logo ini mengikut kehendak sahabat sahabat BPN kita.

Ia adalah logo asal yang mendapat undian terbanyak semasa undian sebelum ini iaitu logo 7 dan tambahan terkini oleh Desperado juga telah dimasukkan di dalam logo tersebut oleh bro Jinggo.

Maklumlah untuk membuat grafik logo memerlukan sedikit ilmu pengetahuan dan tidak semua mahir dengannya.

Meskipun pada mulanya ada beberapa perkara perlu dibetulkan dan Des tidak berkesempatan menyudahkannya kerana kesibukan kerja, dan diselesaikan oleh Bro jinggo, bagi saya ia tidak menjadi apa masalah sekalipun.

Kerana ia tetap diingati direka oleh Desperado ( Blogger Pilihan Anda ) dan dibaiki mengikut citarasa ahli ahli kita oleh Bro Jinggo...

Nama pencipta logo ini tidak penting kerana yang jelas ialah ia hasil buah fikiran KITA SEMUA yang tidak ada unsur unsur mengangkat diri sendiri dan sebagainya. Ia sesuatu yang wajar dianggap hasil kerja kita bersama dan BPN menjadi nama menggantikan nama nama kita..

Apabila sesuatu kita hasilkan bersama maka nilai perpaduan dan kesatuan di dalamnya akan semakin kuat dan logo ini tentunya akan menjadi lambang penyatuan hati hati kita semua dan sedia diletakkan dengan perasaan bangga oleh ahli ahli kita selepas ini di blog mereka nanti.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan dan cadangan serta teguran. Moga perjuangan kita akan makin laju lagi sekarang dan di masa akan datang...

Hidup BPN !!!

Salam Perjuangan.

19 Disember 2008

PESANAN PENTING : BUANG FLAG DI BLOG ANDA DENGAN SEGERA

Klik link di bawah untuk mengetahui cara cara membuang flag.

Kegagalan FLAG dibuang menyebabkan blog anda boleh dihapuskan dengan mudah..

Bagitahu sahabat sahabat agar mereka selamat dari menjadi mangsa FLAG ini...

Selamat Mencuba.

http://penembak-tepat5.blogspot.com/2008/10/bagaimana-membuang-flag-di-blog-anda.html



TAMBAHAN :

MINTA SAHABAT2 YB YB BPN DAPAT SIARKAN RESOLUSI TERKINI DAN TERLEWAT DI BLOG MASING MASING.. HARAP MAKLUM.

Resolusi ke 13 / 2008 pada 18 Disember 2008


TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA

1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan


2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan

3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.

4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.

5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah.

6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.

7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepulauan melayu yang berpusat di Melaka....

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.


Disediakan oleh :


Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com/



Kehadiran Ahli :


18 Disember 2008

Kenapa ramai tak baca berita bengkel di Terengganu didakwa tipu kos selenggara Perdana ?

Selepas membaca komen komen di blog pinkturtle di sini saya berpendapat pengunjung mengalami kekeliruan dengan menyalahkan kerajaan negeri Terengganu yang tidak lain tidak bukan demi menjustifikasikan tindakan pakatan mereka membeli kereta tersebut.

Lagi menarik apabila ada juga dengan mudahnya membandingkan Mercedes dengan Camry, bukan antara Camry dan Perdana. Tindakan ingin menukar persepsi rakyat yang sudah nampak kini gaya dan selera sebenar pemimpin mereka semua di negeri bawah tadbir Pakatan Rakyat.

Adakah ini juga tanda boikot Proton secara diam?

kerana umum mengetahui ia projek mega Tun Mahathir yang pernah menjadi MahaFiraun dan Mahazalim satu ketika dulu di mata dan mulut mulut pemimpin Pakatan Rakyat kerana memecat Anwar ? Ia dikritik pada awalnya dan sekarang menjadi mercu kejayaan negara yang kita semua kena sama sama bangga. Jangan bandingan anak berusia 7 tahun dengan 27 tahun. Usia Proton dan Toyota sebagai pengeluar kereta sangat jauh beza dan anda kena tahu dan ambil kira faktor tersebut sebelum membandingkan kedua duanya pada yang sama.

Memang apabila dibaca antara Camry dan Mercedes, maka Camry dilihat lebih sederhana. Namun jika dibanding dengan Perdana maka tentu Camry lebih mahal harga dan tinggi kosnya.

Di sini saya salin komen saya di blog pinkturtle tersebut dan juga berita tentang penipuan oleh tauke Cina sebuah bengkel di Terengganu yang mengakibatkan kerugian duit kerajaan bagi kos selenggara yang tidak dilakukan..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam.

Pada pandangan saya, kalau kereta beli sendiri lantaklah nak pakai kereta apa sekalipun.

masalahnya kereta tu dibeli kerajaan negeri.

kenapa nak banding dengan terengganu ? sudah terbukti ada korupsi sehingga naik kos selenggara menjadi begitu tinggi.

Inilah masalahnya. Nak membenarkan perbuatan yang tak benar dan jelas salah.

Apa kata beli sendiri buat kereta peribadi ??? kan gaji dah beribu ribu takkanlah tak mampu nak bayar ansuran jika berhajat sangat nak naik kereta camry.

Membandingkan dengan kerajaan Terengganu yang dah jelas ada penyelewengan di dalam claim kos selenggara memang tak patut..

Atau ada antara pembaca yang tak baca suratkhabar isu pendakwaan tersebut atau pura pura lupa ?

ni dia ada saya salin untuk yang reti membaca dari sini ....

KUALA TERENGGANU, 14 Sept (Bernama)-- Dua pemilik bengkel hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk tuntutan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu.

Tor Kok Siong, 52, pemilik bengkel di Bukit Kecil dan Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel di Chendering dekat sini dihadapkan ke mahkamah secara berasingan bagi tujuan pendakwaan.

Di Mahkamah Sesyen 2, Tor yang diwakili peguam Osman Bakar menghadapi empat pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM72,230.73.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada Ogos tahun lepas di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu didakwa telah memberikan kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri Hashim Abdul Rahman satu invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68.

Tuntutan itu adalah untuk kenderaan Proton Perdana V6 Executive bernombor pendaftaran TAG 7979 yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan dan tuntutan itu dibuat dengan tujuan mengelirukan pemiliknya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama dan di tempat yang sama pada Jun tahun ini dengan menyerahkan invois kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK A Rahim Jusoh yang mengandungi tuntutan palsu bagi pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran TT3.

Tor turut didakwa menyerahkan invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.69 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TT7 kepada individu dan tempat yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama pada November 2006 di tempat yang sama dengan menyerahkan satu invois mengandungi tuntutan palsu kepada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terenganu (Am/Kewangan) Zulkifly Isa.

Tuntutan palsu itu dilakukan untuk pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 untuk kereta bernombor pendaftaran TAG 8778 berjumlah RM18,057.68 sedangkan kotak gear itu merupakan kotak gear asal dan tidak ada penggantian dilakukan.

Bapa dua anak itu mengaku tidak bersalah ketika pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 6 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 14 hari dan denda lima kali nilai suapan.

Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah Mohd Sophian Zakaria memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin memandangkan Tor menghadapi pertuduhan memperdayakan kerajaan negeri Terengganu.

Bagimanapun Osman membantah dengan alasan wang jaminan dikenakan bukan bertujuan untuk menghukum tetapi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan dalam kes ini, Tor tidak akan melarikan diri memandangkan dia telah lama menetap di Terengganu dan mempunyai perniagaan serta keluarga di sini.

Hakim M Bakri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk setiap pertuduhan serta menetapkan 23 dan 24 Dis ini untuk perbicaraan.

Di Mahkamah Sesyen 3 pula, Choong didakwa memberikan invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19 119.91 melibatkan kereta bernombor pendaftaran TAK 415 sedangkan tidak ada penggantian kotak gear dilakukan.

Invois itu didakwa diberikannya kepada Hashim di Pejabat SUK Terengganu pada 2 Ogos lepas.

Tertuduh diwakili oleh peguam Siti Saleha Mohd Tahir manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohd Sophian di hadapan hakim Mohammad Khalid Abd Karim.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat ikat jamin RM7,000 dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan.

-- BERNAMA


Jadi kenapa kita nak kaitkan lagi dengan kerajaan terengganu isu tempoh hari ?

Setakat nak kata kerajaan terengganu pakai juga kereta Merc tu tanpa menunjukkan bukti, keje tu budak sekolah rendah pun pandai buat..

Masalahnya, perlukan kita membuat orang semakin benci kepada lawan politik kita walaupun ia tidak berlandaskan fakta yang nyata ???

Adakah sekarang ramai tidak kisah lagi berpolitik seolah olah 'matlamat menghalalkan cara ' ????

Ingat ingat juga Tuhan dalam apa juga kerja kita seharian.

Benci jangan terlalu benci dan sayang jangan terlalu sayang..

Salam ukhwan !!

TAMBAHAN : BERITA KENYATAAN PENGERUSI PROTON TENTANG KOS SEBENAR PERDANA MILIK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BERTARIKH 25/7/08 LALU...


Baca sumber asal klik di sini :

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Proton, pengeluar kereta nasional, mengulangi pendiriannya yang kos selenggaraan bagi model Proton Perdana adalah munasabah berdasarkan rekod daripada pusat servis dan cawangannya yang berdaftar.

Katanya purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.

"Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap," katanya dalam kenyataan hari Jumaat.

Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton memandang serius perkara itu dan sedang menyemak semua data dan rekod servisnya bagi semua kenderaan Proton yang diserahkan kepada kerajaan, khususnya Perdana.

"Kami sedia memberikan semua bantuan yang diperlukan kerajaan-kerajaan negeri jika mereka memerlukan penjelasan berkaitan dengan model Perdana, atau mana-mana kenderaan Proton yang dibeli mereka," said Syed Zainal.

-- BERNAMA

17 Disember 2008

Kereta Perdana VS Camry @ komen saya di Blog Medan Info

Ini sedikit komen saya tinggalkan di Blog Medan Info sebagai sokongan terhadap artikel beliau tentang kereta Perdana keluaran Proton yang cuba dipinggir dan dihodohkan oleh geng yang mendakwa ingin menjadi Pakatan Rakyat yang sangat berhemah berbelanja, semasa mula mula memegang kuasa sebelum ini..

http://www.ngvinstaller.com/wp-content/uploads/2008/06/proton-logo-ngv.jpg

Namun malangnya, panas diharap sampai petang rupanya hujan di tengah hari.. Mereka seperti sudah tidak sabar merasa kereta import dan mahal seperti Camry..

Adakah kerana takut barangkali kuasa mereka akan ditarik oleh Tuhan selepas diberi peluang sehingga kini dalam tempoh 9 bulan menjadi MB dan Exco di lima negari ?

Ini kerana hubungan yang dingin dengan PAS sekarang boleh meranapkan semua pakatan yang mereka bina selama ini... Pakatan yang ibarat tidur sama bantal tapi malangnya mimpi berlainan..

Tindakan radikal PAS memecat 2 orang Erdogan di Selangor ; manifestasi penguasaan mantap team Ulama dalam PAS bagi membersihkan anasir pemimpin yang memakai baju PAS berhati PKR seperti kata Azizi Abdullah, pasti menggerunkan mereka..

Hingga barangkali kerana itu juga PKR telah melaungkan kempen baru untuk memberi imuniti kepada Raja Raja Melayu...

Untuk itu saya telah mengajak rakan rakan memberi sokongan kepada blogger medan info melalui komen di artikel tersebut ( klik sini ) dan saya juga sempat memberi sedikit komen sebagai menyuarakan hasrat dan pandangan saya berkenaan isu pembelian kereta Toyota Camry 2.4 tersebut oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan Perdana Executive 2.0...

http://i1.autoworld.com.my/userimages/emzine/1438/1438F73191170.jpg

Harga dan cc keduanya sangat jauh berbeza dan rasanya budak tadika tahu mengira yang mana lebih mahal dan kuat minyak antara dua jenama tersebut...

Perdana 2.0 dianggar berharga 102 k sebuah manakala Camry anggaran dalam harga 168 k sebuah. Perbezaan 66 k jika didarab dengan 30 ( 14 buah oleh Selangor dan 16 oleh Perak ) maka rakyat terpaksa merelakan mereka membayar kereta tersebut dengan harga lebih tinggi = RM 1.98 juta lebih mahal berbanding Perdana Executive 2.0 produk Proton demi memenuhi selera besar pemimpin pakatan rakyat.

Sedangkan ia belum lagi dikira dengan kos penyelenggaraan yang pasti lebih tinggi berbanding Perdana 2.0 yang mudah diperolehi alat gantinya di mana mana kerana dibuat di Malaysia.

http://images.paultan.org/uploads/2006/06/new_camry_taiwan.jpg

Justeru di mana rasionalnya mereka ingin menukar kereta dari kereta perdana kepada kereta import berjenama sekarang ini ? Adakah ia semata mata untuk merosakkan sebuah reputasi GLC Malaysia bagi melangsai dendam kesumat di hati agar UMNO / BN akan menerima tamparan hebat kerana Proton adalah mercu kejayaan Malaysia?? Atau ia bagi memenuhi agenda sesetengah orang mereka?

Rasanya kita dapat meneka...


Semoga kita semua dapat memberi sokongan kepada rakan rakan kita walau dengan sepatah kata di ruang komen. Bukan sahaja blog medan info bahkan mana mana blog yang sama perjuangan dengan kita.. Lebih lebih lagi team Blogger Pembela Negara !!

kerana walau sepatah kata, ia adalah dari lubuk hati rakyat Malaysia.

Selamat membaca...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

salam tuan blog..

Mari kita fikir apa natijah depa dari PR kutuk kereta perdana buatan proton ini ?

orang pasti akan kata :

ni buatan Malaysia tak ada kualiti...orang kita sendiri kutuk termasuk Exco kerajaan Negeri..

Mereka akan kata :

buatan Malaysia rendah standardnya..dan tak sepadan dengan harga.

Sedangkan ia berkait rapat dengan masalah korupsi seperti yang terbukti semasa isu servis perdana yang sangat tinggi di terengganu sehingga membongkar kegiatan menaikkan bil sehingga menyebabkan kerugian kerajaan negeri. Rasa masih ramai belum lupa isu tersebut yang masih baru sahaja dijalankan prosidingnya di mahkamah..

sekarang proton tengah top dan jangan lupa sudah dua model proton makin cemerlang di bawah CEO baru Proton iaitu model BLM Saga dan Persona..

Jualan Proton juga semakin meningkat di luar negara seperti di Thailand dan Mesir..

Proton akan diaibkan dengan cara terkutuk ini...dan orang kita kena pertahanan proton tak kira apa jua cara sekalipun.

bayangkan nasib 25 ribu pekerja majoriti bangsa kita di Proton ??

siapa akan bela mereka jika Proton lingkup ? termasuk syarikat2 vendor yang dimiliki oleh rakyat kita ??

saya tertarik dengan penjelasan zemi-tko tentang kereta AT dan hubungannya dengan isu kereta perdana ini

( http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/mukadimah-memandangkan-sekarang-terlalu.html ) :

Pada Zemi apa kereta sekalipun yang kita gunakan,jika kita tidak mengamalkan cara pemanduan dan penyelengaraan yang betul ianya tetap akan “JAHANAM”.Ditambah pula jika kereta tersebut adalah kereta AT.Kebanyakan kereta AT akan cepat menghadapi masalah kotak gear berbanding kereta MT (manual transmission)

Mari kita cuba tengok tengok juga kenapa PR beria ia nak tukar kereta.

takkan tak sampai setahun jadi Exco dah nak tukar kereta ? kata nak berhemah ?

mana mahal Camry atau Perdana ?

bukan apa kita takut ada yang dapat saguhati promote kereta camry toyota ni..

seperti yang ditulis oleh medan info di artikel atas, tentang komisyen yang bakal diperolehi oleh penjual kereta tersebut..

lebih lebih lagi Ronnie Liu juga dikatakan bekas salesman Toyota sebelum ini seperti komen Pejuang Bangsa di atas.

Apatah lagi Proton akan keluarkan MPVnya tak lama lagi..

Tentu keluaran toyota tak akan laku sangat dan mungkin ramai penyokong PKR DAP akan gigit jari tak dapat menaikkan sales mereka dengan kehadiran mpv tersebut.

kerana kejayaan proton dianggap kejayaan Melayu Islam...

Kegagalan proton juga akan dikira kegagalan bangsa Melayu dan penganut agama Islam walau ia akan cuba dinafikan oleh mereka yang cuba meletakkan persepsi negatif terhadap kereta nasional kita tersebut..

BPR kalau baca komen ni tolong siasatlah...

SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia )sudah dibentang sekarang ini tentu senanglah nak tangkap dan pecat jawatan mereka yang dapat komisyen pembelian tersebut ( jika ada )selepas ini !!

Marilah kita bersama sama pertahankan proton kerana ia bukan sahaja maruah Malaysia bahkan Bangsa kita serta agama juga..


p/s : BPN akan guna isu ni.. kita akan sedarkan rakyat perangai sebenar Pakatan Rakyat yang lain cakap lain dibuat....

harap ramai team BPN akan datang beramai2 komen sokong artikel ini...

16 Disember 2008

Komen Hina Nabi di Blog - mereka masih berani.

Salam semua rakan rakan BPN dan pengunjung blog saya !!!

Hari ini masih ada lagi yang 'gatal tangan' menulis perkataan bukan bukan dan tidak mengira sensiviti umat Islam.

Mereka ini jenis suka kelucahan melampau dan juga kata kata kesat.

Seperti di blog ini http://sjsandteam.wordpress.com yang dikhabarkan tentangnya oleh http://azreenkhalid.blogspot.com/ di ruang komen blog ini bawah tajuk komen-saya-di-blog-pedestrian-

Chatroll kita juga ada disebutkan di blog atas di dalam komen ke 21 seperti gambar ini :



Saya juga telah membaca komen TaminSari di blog http://rajahmas.blogspot.com/ supaya pergi ke blog ini http://redssays.blogspot.com bagi membantu membalas komen liar dari pencacai agama bangsa kita.

Walaupun sudah ada beberapa ahli kita sudah datang berkomentar di sana tetapi jumlahnya masih kurang dari yang diharapkan..

Akhirnya saya telah membuat pengumuman kepada semua team BPN kita melalui YM untuk balas sedikit komen mereka di blog http://redssays.blogspot.com dan membuat komen di sana seperti di bawah :

Aku sudah isytiharkan perang kepada pemberi komen kotor dan kesat menghina nabi Muhammad dan agama Islam serta bangsa Melayu di blog ini dan ajak team BPN untuk terus melawan komen kotor dan jijik di atas.

terima kasih kepada team BPN di atas seperti Jack, TaminSari, Lekir dan Semut yang telah lebih awal datang melawan mereka ini.

Kami akan lawan mereka yang suka menghina orang tanpa ada sebab dan alasan..

Islam mengajar umat bersabar dan memberi izin melawan jika dilawan dan dizalimi..

Jangan cuba uji keimanan kami dan pasti tindakan berasaskan undang2 akan kami usahakan terhadap semua yang suka menggunakan kata kata di atas.

Ayuh ! kita blogger pembela negara akan tetap lawan.

pasti semua akan ditangkap dan dItahan ISA kerana mengancam ketenteraman awam atau Tuhan akan menghantar hukumannya di dunia lagi kepada mereka.

Rasakan balasannya !!!

Moga usaha kecil kita akan diganjari Allah di dalam memelihara negara dan agama serta bangsa kita dari provokasi liar seperti ini lagi pada masa hadapan di ruang siber yang luas dan susah dicam ini.

Tambahan : Blog Jack Sparrow dapat link Malaysiakini dan berita BPN ada disebut di situ...Lihat gambar di bawah dan klik untuk ke link asal...

Tq Jack atas usaha mempromosi BPN kepada masyarakat siber...



Wassalam.

13 Disember 2008

Komen saya di blog Pedestrian dan sedikit ingatan ikhlas untuk ahli BPN

Jack Sparrow telah mengajak agar diserang blog Pedestrian yang turut menyiarkan artikel sama di blog Surind Raj sebelum ini....

Terima kasih atas pesanan dan buzzer Jack Sparrow yang turut bersemangat dan aktif memerangi blogger sejenis dengan Surind Raj yang telah pun mengibarkan bendera putih selepas 'nasihat' kita semua difahami oleh Beliau...

Tq Surind Raj atas tindakan bijak tersebut demi memelihat rukun damai negara kita dan perasaan orang Islam di Malaysia atau di mana sahaja mereka berada..

Di bawah ialah komen saya dan diharap dapatlah kiranya kawan seperjuangan memberi nasihat dan peringatan dengan berhikmah kepada Blogger ini...

Komen boleh ditulis denganpergi ke blog tersebut dengan klik di link ini...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hi...

kami tak perangi orang hormat dan respect agama orang lain.

apa kami buat untuk hentikan perbuatan menghina orang.

kami tidak akan sentuh sedikitpun blog orang bukan Islam. Atau tidak percaya Tuhan selagi mereka tidak sentuh agama dan kepercayaan kami.

medan siber bukan tempat anda membuat perbuatan mengguris perasaan kami sebagai orang Islam.

menyiarkan artikel menghina Islam sama erti menyokong keganasan.

Keganasan akan tercetus apabila sebilangan blogger yang kurang faham tatasusila sebagai warganegara Malaysia yang perlu menjaga perasaan warga negara yang lain.

mereka lah puncanya dan kami sebagai team BPN akan menentang perbuatan seperti ini..

Namun saya nasihatkan kawan kawan tidak menggunakan perkataan tidak elok demi mengelakkan persepsi semakin negatif terhadap agama kita.

Keganasan bukan dari ajaran Islam tetapi ada orang mengganas kerana mengikut hawa nafsu bukan ajaran suci Islam.

Kami anti terrorist dan mahukan keamanan dan keselamatan bagi semua penganut apa jua agama..

Namun jika kami berdiam diri membiarkan blogger yang tidak beretika berleluasa ia bermakna kami seolah olah inginkan kejadian keganasan berjangkit di Malaysia samada dilakukan oleh orang Islam atau bukan Islam.

Kita kena berjiran dan saling faham memahami dan bertolak ansur jika mahukan KEAMANAN DAN KEDAMAIAN negara kita berkekalan..

Apa pendapat anda ????

tq..

harap komen ini disiarkan...



Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ydp Blogger Pembela Negara

11 Disember 2008

Surat Terbuka Sang Tawal kepada Blogger Hina Agama kita

SURAT INI DISIARKAN SEBAGAI SOKONGAN KEPADA USAHA MURNI SANG TAWAL MENULIS SURAT TERBUKA KEPADA BLOGGER YANG HINA AGAMA KITA.

DIHARAP AHLI BPN LAIN ATAU BUKAN AHLI TURUT SAMA MENYIARKANNYA...


Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.


Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.


Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.( lihat artikel saya sebelum ini)


Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!


Saya mendapat tahu berkenaan dengan blog anda dari beberapa rakan blogger saya.Setelah menjenguk dan membaca beberapa artikel tulisan anda,ternyata tulisan dan kritikan anda terhadap islam dan ibadat haji berjaya membuatkan segelintir umat islam di negara ini marah terhadap anda tambahan pula kritikan anda dibuat ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.Kritikan anda itu seolah-olah menyimbah minyak keatas api setelah golongan hindraf bertindak tidak sopan dihari perayaan aidilfitri yang lalu dimajlis rumah terbuka PM.Kritikan anda juga mengimbas kembali pembunuhan tragis Saddam ditali gantung sempena Aidil Adha yang lalu.Setelah meneliti blog anda,rupa rupanya anda telah menjadi seorang blogger semenjak oktober 2006 lagi,anda juga telah mempunyai ramai pengikut dan peminat yang tersendiri.Secara peribadinya biarlah saya menggambarkan diri anda melalui maksud tersirat disebalik tulisan , gambar dan logo yang ada di blog anda itu.Ini hanya pendapat peribadi saya saja,dan semoga anda terimanya dengan hati yang terbuka.


Kesimpulan saya,anda seorang yang agak berani,dengan menggunakan nama Surind Raj.Anda berani menyuarakan pendapat anda…anda bebas berhujah dengan akal anda.Namun anda perlu ingat..keberanian biarlah kena pada tempatnya…kebebasan media dan IT ini janganlah anda salahgunakan sehingga dengan kritikan anda itu boleh menjadi sumber perpecahan dan ketegangan kaum dan agama di negara ini.


Tanggapan saya, anda adalah seorang Atheis.Anda juga penyokong sosialis dan sifat perkauman anda juga saya rasa agak tebal.Anda juga penyokong Gay-straight alliance.dan banyak lagi gambar/logo di blog anda yang mempunyai maksud yang tersendiri dan saya tidak mahu mengulas lanjut disini.Rasanya suara anda tidak mewakili agama hindu,budha,kristian atau islam.Anda seorang pejuang sosialis,penentang ISA dan gambar tangan yang menggengam keatas,adalah simbol freemason dan agak keterlaluan jika saya juga meragui anda sebagai penyokong hindraf .



Setelah meneliti hujah dan beberapa artikel tulisan anda,sememangnya anda banyak berhujah menggunakan akal.Disinilah titik bermulanya perbezaan pendapat antara anda dan kebanyakan rakyat negara ini yang secara keseluruhannya hidup beragama dan mengamalkan gaya atau cara hidup yang selari dengan ajaran agama masing masing.Mungkin bagi anda ianya tidak salah.Ini adalah kerana anda sudah membebaskan diri anda sendiri dengan ikatan agama atau tuhan.Kemungkinan juga sekarang ini blog anda dijadikan medan tempat anda memperbaiki diri,ilmu perbandingan agama yang anda pelajari dan sememangnya blog anda telah menjadi kelas tutorial atau forum untuk anda menjadi lebih vokal dan berani untuk bersuara ! Namun anda sedikit bernasib baik kerana anda menulis dalam bahasa inggeris,dimana orang orang tertentu saja yang boleh memahaminya.jika anda menulis dalam bahasa Malaysia saya percaya sudah ramai umat islam melayu yang akan menyerang blog anda!


Biarpun anda sendiri begitu yakin dengan kemampuan akal,tetapi semua orang sudah tahu akan keterbatasan akal.Akal tidak mampu mengupas isu kerohanian atau ketuhanan kerana ilmu ini berkaitan dengan keimanan dan keimanan itu biasanya berkaitan dengan alam ghaib! Anda lebih mempercayai fakta,angka dan logik akal.


Baiklah..saya mulakan polemik perbahasan kita kepada satu cerita yang mungkin saudara telah mendengarnya…ada seorang guru sekolah rendah yang cuba untuk mendangkalkan pengertian murid tentang Tuhan didalam kelasnya…dialognya begini:

Guru :Apakah kalian dapat melihatku?

Murid: Ya,dapat!

Guru:Itu tandanya saya wujud.

Guru : Adakah kamu dapat melihat batu kapur untuk menulis ini?

Murid: Ya,kami melihatnya!

Guru: Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud,dan apakah kalian melihat pembaris ini pula?

Murid:Ya,kami melihatnya!

Guru:Apakah kalian melihat Allah?

Murid :Tidak!

Guru:Nah,itu tandanya Allah tidak ada,tidak wujud!

Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintar

Lalu dia bertanya kepada kawan –kawan dihadapan gurunya pula

Murid:Adakah kamu melihat akal guru kita ini?

Murid lain: Tidak!!!...jawab mereka serentak..guru tadi terkebil kebil matanya..

Murid:Nah..maka jelas sekali guru kita ini tidak mempunyai akal !!!


Saudara surind,

Ilmu yang anda pelajari iaitu “comparative religion” di kolej tertentu adalah menjadi landasan utama anda membelasah agama islam,kristian dan agama lain dalam penulisan saudara.Namun percayalah saudaraku,kehebatan logik akal saudara tidak boleh membawa kita kemana-mana.Dunia dan segala isinya ini semakin menjadi tidak bererti jika saudara terus berhujah menggunakan logik akal saja.Keterbatasan akal dan ketidakmampuan akal untuk mencungkil seribu satu macam kejadian di alam ini adalah bukti kita adalah makhluk yang lemah dan ada Yang Lebih Bijak mencipta kita dan mengatur segala gerak geri kita ini dan seluruh kehidupan ini.Contoh mudah ialah kenapa perjalanan hidup anda hari ini yang dirancang rapi dari A hingga Z tidak seperti yang dirancang saudara seawal saudara bangun dari tidur tadi?kenapa???kalau ikut akal logik anda semuanya akan berjalan lancar bukan?bagaimana pula anda mengalami mimpi,lalu anda menceritakan mimpi itu kepada orang lain.Apa perasaan anda jika ada diantara mereka yang tidak percaya akan mimpi anda itu sedangkan anda betul betul mengalaminya! Kalau anda percaya kepada mimpi anda,kenapa anda tidak boleh percaya kepada adanya alam ghaib dan wujudnya Allah yang Maha Pencipta.Sekiranya anda kata anda sendiri yang mengatur kehidupan anda,maka anda sendiri kah yang menidurkan anda dan anda sendirikah yang mengejutkan anda dan siapa pula yang menjaga anda sewaktu anda tidur itu ,dan sekiranya anda berkata itu sudah lumrah hidup manusia secara semulajadinya,mesti tidur,makan,minum,kahwin…maka soalan saya lagi… kenapa pula antara kita waktu tidurnya tidak sama,mimpi kita tidak sama dan banyak lagi perkara yang kita buat ini tidak mengikut atau menghasilkan apa yang kita mahu tetapi… telah diatur oleh Sang Pencipta!


Saudaraku Surind,

Jika anda berkata Tuhan tidak ada,Al-Quran itu sihir atau ciptaan Muhammad,maka saya ingin sekali lagi mengajak anda supaya masuk islam,belajar islam secara menyeluruh bukan separuh separuh.Maka saya percaya anda akan menemui kebenaran yang hakiki hanya dalam agama islam.Percayalah!sesungguhnya islam adalah sebuah agama kebenaran…disampaikan melalui nabi Muhammad yang sudah terkenal sebelum kerasulannya lagi dengan gelaran Al-Amin..iaitu yang bercakap benar!...

Firman Allah didalam Surah Al-Fushilat ,ayat 44 yang bermaksud “Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan orang-orang yang tidak beriman,pada telinga mereka ada sumbatan,hingga Al-Quran merupakan suatu kegelapan bagi mereka.”


Para pejuang Atheis terlalu mengagungkan logik akal,namun mereka lupa bahawa akal berfungsi disebabkan mereka ada pancaindera yang menjadi alat untuk akal.Bagi mereka sesuatu yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera adalah tidak wujud.Pancaindera bekerja untuk akal.Mereka menolak akal ini diciptakan Allah.Oleh itu soalan saya lagi,bolehkah pengertian akal sahaja dapat menetukan kebenaran yang hakiki? Bagaimana pula akal yang selalu berkata bahawa kepala kita selalu berada diatas ketika kita berjalan baik ketika kita berjalan di kutub utara atau dikutub selatan? Bagaimana pula pendapat anda bahawa akal ini melihat bumi ini adalah satu hamparan mendatar secara horizontal dan bukan bulat?


Maka disinilah kita menilai keterbatasan akal itu jika akal berfungsi tanpa ilmu.Dengan ilmu,akal akan menerima kenyataan yang bumi ini bulat,setiap objek yang di lambung keatas akan jatuh kebawah kerana adanya daya graviti…lalu kamu berkata ahhhh…hukum alam memang begitu!!!…malah kamu percaya adanya kuasa graviti atau kuasa tarikan magnet,tetapi adakah kamu nampak tenaga yang boleh menggerakkan objek itu…jawabnya juga tidak…jadi, kenapa anda masih percaya?…jawabnya kerana anda ada ilmu…ilmu anda menyatakan kejadian itu terjadi mengikut hukum fizik semata mata dan “full stop”.Jika saya tanya anda lagi, setiap hukum atau undang undang itu mesti ada penciptanya,jadi siapa yang mencipta hukum alam itu pula?


Jika anda berkata anda benar,maka sila kemukakan satu atau banyak bukti apa yang dinyatakan oleh kitab suci kami Al-Quran itu salah atau bertentangan dengan hukum fizik atau hukum alam.Al-Quran adalah mukjizat atau keajaiban dunia yang perlu anda terokai wahai saudaraku Surind.Dengan kemudahan IT dan teknologi terkini anda bukannya susah untuk mencari Al-Quran digital dan bacalah makna atau isi Al-Quran itu moga moga anda beroleh cahaya yang terang dan kebenaran nya tidak boleh dipertikaikan lagi.Bacalah surind,Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia,bukan hak milik mutlak kami umat islam sahaja,ia adalah mukjizat.Dalam sejarah islam,hati Saidina Umar boleh cair dan berubah menyintai islam bila mendengar dan menghayati isi kandungannya yang dibacakan oleh adiknya yang lebih dahulu memeluk islam.Anda kenal saidina Umar?dia adalah musuh utama nabi Muhammad,tetapi bila Allah memberikan cahaya dan hidayah pada hatinya,beliau memeluk islam dan menjadi sahabat nabi,malah menjadi khalifah islam yang kedua selepas Abu bakar untuk memperjuangkan Islam.Kamu cubalah Surind,moga moga hati anda menjadi tenang dan pintu hati anda terbuka untuk islam!Kebenaran Al-Quran adalah sepanjang zaman.Ilmu al-Quran cukup sempurna ,kerana ia adalah rujukan dan panduan hidup kami umat islam.


Setelah anda mengerti berkaitan islam,menimba ilmu dari Al-Quran,ingin sekali saya mengajak anda untuk mengenali diri dan hati kita pula wahai Surind.Tahukah kamu hati atau Qalbu atau hati nurani itu adalah rahsia dalam rahsia seorang manusia itu.Alangkah ruginya kamu jika kamu tidak mahu mengenal hati kamu sendiri wahai Surind.Islam kuat kerana iman dan iman itu terletak dihati kami semua.Ada yang nilai imannya tinggi dan ada imannya bernilai rendah malah ada orang islam yang sanggup menggadai iman demi sedikit habuan dunia.Allah menilai segala amal perbuatan kita melalui setakat mana keikhlasan dan takwa kita yang tersembunyi didalam hati kita.Alam Qalbu adalah alam tertinggi yang mengalahkan sistem teknologi terkini dan hukum akal.Percayalah Surind!


Allah sebagai Pencipta sudah menyatakan akan ada orang seperti kamu Surind yang membantah tentang adanya Tuhan dan segala ciptaanNya.seperti Firman Allah ini ‘Katakanlah: terangkan kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah?Perlihatkan kepadaKu,apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini?Atau adakah mereka bersekutu dengan Allah dalam penciptaan langit?Bawalah kepadaKu kitab yang sebelum Al-Quran ini atau peninggalan dari pengetahuan(orang-orang dahulu),jika kamu adalah orang-orang yang benar”…(surahAl-Ahqaaf : 4)

Allah juga telah menceritakan golongan Atheis ini melalui firmannya yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang –orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab(wahyu) yang bercahaya”..( surah Al- Hajj:8),firman Allah lagi yang bermaksud “mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia;sedangkan tentang kehidupan akhirat mereka adalah lalai”..( surah Ar-Ruum:7)


Bersesuaian dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw dengan ayat “Iqrak!” yakni “bacalah olehmu: wahai Muhammad”,islam memang menggalakkan proses pembelajaran dan ilmu,namun ilmu yang amat dituntut oleh Allah ialah ilmu yang boleh membawa kepada pengertian iman dan mengenal Allah.Ia juga adalah ilmu untuk mengenal kebenaran!.Firman Allah “Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad) dari Tuhanmu itulah yang benar”..(surah sabaa’ : 6)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah itu telah sesat hati mereka dan mereka ini tidak akan mendapat hidayah dari Allah.Dan sesungguhnya orang-orang mukmin ialah mereka yang beroleh petunjuk. Dan kehidupan mereka diredhai Allah.

Semoga saudara surind sudi memeluk islam dan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya.”…(surah At-Taghaabun : 11)


Saudaraku Surind Raj..

Persoalan hati dan iman inilah yang membuatkan jurang perbezaan antara kita makin jauh,keimanan bagi golongan Atheis adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai oleh pancaindera dan diterima oleh akal sedangkan islam amat menekankan soal hati dan bagaimana untuk menjaga dan menghidupkan hati.Dari hatilah timbul jiwa yang tenang tenteram,damai dan bahagia.Melalui hati barulah kita boleh mengenal Allah(makrifat kepada Allah).Cara untuk meyakini wujud Allah ialah melalui bukti-bukti(ciptaan-Nya) yang menunjukkan Zat-Nya.Bukti bukti itu perlu dinilai dengan hati dan akal.Dengan akal sahaja ia tidak akan dapat membawa kita kemana-mana.Hati memerlukan akal supaya mampu menerima pengetahuan tentang bukti-bukti kekuasaanNya.Tanpa berfikir kita sudah tentu tidak akan mengetahui siapakah pemilik sebenar dari bukti bukti itu.Tanpa ilmu pegetahuan pula maka tidak akan ada makrifat untuk mengimani bukti bukti penciptaan itu.Oleh itu janganlah kau berpaling dari kebenaran ini wahai Surind,nanti allah akan memalingkan hati kamu dari usaha mencari kebenaran sebagaimana firman Allah bermaksud “Maka,bila mereka berpaling dari kebenaran,nescaya Allah(pasti) memalingkan hati mereka”…(Ash- shaf : 5 ) dan lagi firman Allah.. “mengapa kamu sampai menjadi kafir,padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepadamu”..( Ali-imran :101)


Menurut fahaman guru utama anda…Richard Dawkins…rujuk posting diblog surind : pada hari Isnin,24.11.08 :

Richard Dawkins - "What if you're wrong?" (A video excerpt of Richard Dawkins at a Q & A session after a lecture on the God Delusion at the Randolph-Macon Woman's College in Lynchburg, Virginia on October 23, 2006).

Menurut Richard dawkins,orang yang percayakan Tuhan dan beragama ialah orang yang ada DELUSION…apa makna delusion itu wahai sahabatku Surind?..delusion adalah satu komponen major untuk penyakit schizophrenia (sakit jiwa)selain dari HALLUCINATION….Mengikut pengelasan ICD10 dan DSM1V, mental disorder dibahagikan kepada psikosis dan neurosis.Seseorang yang ada delusion dan hallucination memenuhi ciri ciri psikosis .Psikosis lebih teruk dari neurosis.Jadi secara mudahnya guru anda menyatakan semua orang beragama ialah orang gila…anda pula menyokong hujah guru anda ini dengan meletakkan sekali video youtube dalam blog anda.Kenapa anda begitu berani berkata begitu wahai Surind? Siapakah yang gila sebenarnya ?….anda atau kami yang beragama?apakah pula jawapan anda tentang firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang malam ,terdapat bukti-bukti (tentang kekuasaan dan wujud Allah) bagi orang-orang yang berakal.yakni orang-orang yang mengingati Allah,baik sambil berdiri dan duduk mahupun dalam keadaan berbaring.Dan mereka(selalu)berfikir tentang penciptaan langit dan bumi…” ( surah Ali-imran : 190-191 ).Oleh itu apakah sudah penuh wad-wad psikiatri di negara ini dengan umat islam yang selalu berfikir dan berakal ini sekiranya mereka semua gila menurut andaian kamu???..


Cuba renungi lagi firman Allah ini… “Diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu dimana ia telah menjadi bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mengetahui.dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan pada waktu siang hari kamu berusaha mencari sebahagian dari Kurniaan-Nya”..(surah Ar-Ruum : 22-23)



Janganlah pula cepat emosional jika saya katakan orang yang tidak percayakan Tuhan itu sebenarnya orang yang tidak berakal.Orang yang tidak berakal juga adalah orang yang kurang siuman dan mengikut hukum islam mereka ini tidak disyaratkan untuk menjalani syariat islam kerana syarat utama menjalankan syariat islam ialah berakal.Golongan Atheis ini sebenarnya yang mengidap delusion,bukan orang yang beragama dan percayakan Tuhan!.mereka mempunyai keyakinan yang teguh bahawa semua yang terjadi adalah semulajadi dan tidak ada Pencipta.Bagi saya ,golongan ini lebih teruk lagi kerana sekaligus mempunyai ciri-ciri psikosis dan neurosis juga seperti ‘mania’,iaitu sifat ego ,sombong dan bongkak yang keterlaluan dengan menganggap merekalah yang paling bijak!


Sejarah membuktikan,penemuan hukum sains dengan penetapan Hukum Snellius yang ditunjangi oleh hukum dasar kedua dalam Termodinamik (1580-1626) telah menjadi penemuan bermakna bagi sains moden,dimana menurut Leconte’ de Nevey,ketua jabatan fizik dan falsafah Universiti Sarbone,Perancis “ia adalah penemuan yang menakjubkan terhadap terbukanya pemahaman kita kepada benda mati,dengan perhitungan alternatif-alternatif”.pendapat ini disambut baik oleh golongan Atheis dan ditambah pula dengan kenyataan ahli fizik terkemuka Ludwig Boltzmann(1844-1906),menetapkan bahawa teori tentang tahap-tahap (evolusi) benda mati dan menerima kembali tahap akhir kepada permulaan yang ditetapkan Hukum Boltzman.

Namun hukum fizik ini disangkal pula oleh ahli fizik terkemuka kemudiannya iaitu Edwar Lozekiel,dengan menerangkan bagaimana alam semesta ini tercipta seperti katanya “Hukum kedua teori termodinamik iaitu yang berunsur panas atau kalori bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa kejadian alam semesta ini secara azali atau tidak terkawal adalah salah.Sains menetapkan bahawa kejadian alam semesta tidak mungkin secara azali,kerana unsur panas terus menerus akan menjadi dingin,dan tidak mungkin terjadi kekuatan zat sebaliknya.Maka benda atau alam akan rosak kekuatan energinya dalam waktu yang lama,juga akan terhenti semua kegiatan pada wujud”.dengan itu penemuan ini menyimpulkan bahawa setiap benda mesti ada permulaan atau dengan kata lain ia mesti diciptakan.oleh itu kejadian alam menetapkan kewujudan Allah.Allah memang tidak memerlukan permulaan kerana Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir.Tidak mungkin alam semesta menciptakan dirinya sendiri.Firman Allah bermaksud “Apakah mereka diciptakan dari tiada,ataukah mereka sendiri yang menciptakan?ataukah mereka yang menciptakan langit dan bumi?” (surah Ath-Thur : 35-26 )

Sebenarnya banyak lagi teori-teori yang boleh diketengahkan dalam membahaskan ilmu tentang kewujudan Allah ini seperti teori gerak elekron dalam atom,yang dapat saya simpulkan disini bahawa sesuatu yang beredar,bergerak,berputar pasti ada titik permulaan,baik waktu mahupun ruang bermula putaran itu.Penemuan sains tentang sel dan mitokondria serta DNA dan susunan protein RNA nya amat menakjubkan dan mengajak kita berfikir tentang hebatnya ciptaan Allah ini.Ini belum lagi kita kupas berkenaan pembohongan Teori Evolusi Darwin dan banyak lagi.Oleh itu sekiranya golongan Atheis masih berdegil dan masih tidak boleh menerima adanya Allah,maka wajar sekali Allah mengutuk mereka ini dengan firmanNya yang bermaksud. “terkutuklah manusia!Mengapa ia mendustakan(mengkufurkan) Tuhannya?” ( surah ‘Abasa : 17)…firman Allah lagi bermaksud “Tidakkah manusia melihat? Bahawa kamilah yang menciptakanmu dari setitik mani? tetapi lihatlah! Ia menjadi pembangkang yang nyata!” ( surah Yaasin :77 )




Saudaraku surind,

Saya tidak menyalahkan anda sepenuhnya atas tulisan atau kritikan saudara.saya juga tidak menyalahkan saudara Mahaguru58 atas laporan polis yang dibuat keatas anda,mungkin dia mewakili suara umat islam secara umum,maka dia bertindak mengikut cara dia,cuma saya berjuang dengan cara saya yang tersendiri iaitu ingin mengajak semua insan mengenali islam,hidup dengan cara yang dianjurkan islam dan mengajak anda mengenal diri kita,siapa kita,dari mana kita,apa tujuan kita diciptakan dan kemana tujuan akhir hidup kita.Saya juga amat menyintai keamanan dan persaudaraan kerana itu saja kunci kebahagiaan hidup kita dalam sebuah negara majmuk berbilang agama,bangsa dan warna kulit ini.Buat apa kita bermusuhan kerana natijah permusuhan itu amat dasyat dan akan berpanjangan.Dendam kesumat akan berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang akan memusnahkan manusia , dunia dan segala isinya.Bukankah sejarah telah mengajar kita bahawa perbalahan dan permusuhan pertama manusia antara Habil dan Qabil membawa kepada pembunuhan pertama manusia,ia hanya berpunca dari sifat dengki dan dendam kerana merebut seorang wanita.Peristiwa ini juga berkisar kepada erti pengorbanan yang ikhlas dijalan Allah.


Bagi saya, saya setuju dengan pendapat anda pada khamis 14.2.08 dalam blog anda yang mengatakan “islam is not for everybody!”,maksud saya islam itu untuk semua,ia adalah agama yang membawa kebenaran dan sesuai di sepanjang zaman.Sesiapa boleh mengkritik islam tetapi ingat,jangan sampai menghina islam dan rasul kami.


Sesungguhnya keimanan itu adalah satu perkara yang rumit,hatta orang islam sendiri yang mengaku dirinya cukup sempurna pun kadang kala tersesat atau tergelincir akidah dalam perjalannya menuju Allah.



Saudaraku Surind,

Saudara seorang "free thinkers".oleh itu jika anda seorang free thinkers maka lebih mudah bagi saya menyeru dan mengajak anda masuk islam dan anda mungkin lebih mudah menerima islam nanti kerana anda sudah melepaskan diri dari ikatan agama lain berbanding dengan mereka yang ada ikatan agama dan kepercayaan yang kuat.Tidakkah anda terbaca banyak kisah - kisah golongan atheis yang masuk islam setelah mendapat hidayah dari Allah dan setelah betul betul memahami islam secara keseluruhannya?.Cubalah anda baca kisah mereka itu,bagaimana mereka mencari Tuhan dan penemuan mereka tentang wujudnya Tuhan.Percaya atau tidak sebenarnya anda sedang mencari satu agama yang sesuai dengan jiwa anda...percayalah islam adalah paling sesuai untuk anda.islam itu indah ! islam itu memudahkan kita bukan menyusahkan kita .Islam itu petunjuk bukannya root of evil seperti yang anda sangka!


Sekian dulu coretan dari saya : sangtawal sakranta….ahli BPN.


Surat terbuka kedua akan menyusul nanti menyentuh tentang kritikan anda berkaitan ketuanan melayu,racist,homoseksual,terrorism,sosialis,IFC dan pluralisme dan lain-lain.!

Terima kasih kerana sudi membaca!!!

petikan dari :

http://sangtawal.blogspot.com/2008/12/surat-terbuka1-untuk-blogger-surind-raj.html

Cari Blog Ini

Translate