Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Januari 2009

MINTA SEMUA SAHABAT BPN BACA DAN ULAS ISU KEPALA BABI DI UM INI !!!

Pilihan Raya Kampus: Siapa Letak Kepala Babi Dalam Surau Di UM?

(Foto ini diambil dari Mahasiswakini, satu laman blog Pro M. Bagaimana mereka boleh dapat foto ini sedangkan polis sudah pun berkawal di sekitar surau berkenaan?).

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2008, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya. “Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,” berikut adalah kenyatan dari Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

Mengapa terlalu cepat menuduh pihak tertentu yang meletakan kepala babi tersebut? Sama seperti isu surat palsu TNC HEP dan duit RM100 kepada calon-calon Pro M. Apakah TNC HEP tahu siapakah bakal-bakal calon Pro M? Perkata itu hanya diketahui oleh kumpulan Pro M sahaja. Jadi bagaimana surat tersebut boleh ditujukan kepada orang terbabit dengan tepatnya. Tidakkah ini menampakkan satu
tactical psywar yang dibuat sendiri oleh kumpulan Pro M untuk mengada-ngadakan isu di Universiti Malaya?.

(Gambar: Tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2. Siapa dalang menconteng bangunan ini? Tulisan tidak jelas seperti seorang yang tidak biasa dengan tulisan ini. (seperti baru belajar) Kemudian Al Quran masih tersusun rapi tanpa diusik pun. Yang dirosakkan adalah buku-buku di dalam surau. Adakah persatuan yang tidak suka dengan pengetua melakukan kerja-kerja ini?. Rujukpemikirmahasiswaonline).

Kes menjadikan surau sebagai sasaran bahan psywar bukan pertama kali berlaku di Universiti Malaya. Sebelum kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya pada 2 Februari 2008 untuk ke program alumni "Day : Home Coming 2008" isu yang hampir sama tercetus di surau Universiti Malaya. Ketika itu, terdengar rancangan mahu mengadakan demonstrasi sempena kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya. Kebetulan atau ianya sengaja dirancang, tiba-tiba ada pula orang pergi menconteng surau dengan tulisan "OM'. Mengapa ianya diconteng di surau Kolej Kediaman Ke-2, tidak diconteng di surau Akademi Pengajian Islam atau di masjid?.(Gambar: Beberapa orang pelajar PMIUM berada di surau yang diconteng tersebut di Kolej Kediaman Ke-2).

Mengapa surau Kolej Kediaman Ke-2 diconteng? Isunya mungkin bersifat peribadi apabila ada mahasiswa UM yang tidak berpuas hati dengan pengetua kolej ke-2 iaitu Profesor Dr. M. Rajentheran (Pengetua Kolej Kediaman Ke-2, Pensyarah di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya) dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass ( Penyelia Kolej Kediaman Ke-2, Penolong Pendaftar di Pusat Pelajar Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Malaya). Tuduhan mereka ialah kolej ke-2 terlalu ramai mahasiswa India. Oleh itu, ada pihak yang tidak berpuas hati. Mungkinkah tulisan "OM" itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan orang India yang masuk ke dalam surau dan mencontengnya? Ianya seolah dirancang ke arah motif itu. Bila isu ini tercetus, maka beraraklah mahasiswa untuk berdemontrasi di hapan Perdana Menteri, bukankah begitu naratifnya?

(Gambar: Pernah berlaku dulu, pejabat PMIUM diconteng dengan tulisan tersebut. Pejabat PMIUM adalah pejabat yang dikawal 24 jam dan sentiasa mempunyai penghuni. Persoalannya siapakah yang menconteng bangunan Pejabat PMIUM ini jika pejabat ini sentiasa dikawal 24 jam? Bodoh sangatkah pihak musuh mahu menconteng bangunan yang sentiasa dikawal 24 jam oleh ahlinya. Rujukpemikirmahasiswaonline). 

Pejabat PMIUM turut disembur dengan tulisan "PMIUM BABI". Ini bermakna kejadian kepala babi diletakkan dalam surau adalah kejadian yang berulang tetapi dengan cara yang berlainan. Jika dulu "PMIUM BABI", sekarang ini kepala babi sendiri turut dijadikan sebagai bahan psywar. Bagi mereka yang menganalisis sesuatu kejadian secara sekilas pandang, isu tulisan "PMIUM BABI" dan "Fxxx"lebih terarah untuk menuduh pihak Aspirasi yang melakukannya. Motifnya dibuat untuk tuduhan diarahkan kepada Aspirasi. Begitu juga kejadian tulisan "OM" di dinding surau Kolej Kediaman Ke-2. Sekilas pandang, orang akan tuduh mahasiswa India yang buat bukan? Dr. M. Rajentheran dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass tentunya akan dikatakan sebagai dalangnya? Jadi akhirnya, bila orang simpati dengan serangan bertalu talu kepada PMI, mereka akan menuduh orang lain sebagai jahat dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan cara.


(Gambar: Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dan pejabat PMIUM dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama? Atau orang yang sama dilatih untuk tujuan ketiga-tiga black ops tersebut?).

Begitu juga dengan kejadian pada awal pagi tadi, motifnya sudah tentu terarah untuk menuduh Aspirasi dan pihak TNC HEP sebagai jahat. Kemudian Pengerusi Pro M menyatakan bahawa TNC HEP sengaja mencetuskan isu baru untuk menutup isu rasuah kononya di UM. Surat yang diedarkan bersama RM100 adalah surat yang diimbas dan kemudian di photostat kembali. Apakah kerana surat demikitan, Pro M boleh menuduh TNC melakukan rasuah? Tuduhan ini nyata sekali tidak berasas. 
Jika diteliti ketiga-tiga kes di atas, kes conteng di pejabat PMIUM, kes tulisan "OM" dan terbaru kes kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam. Motifnya seolah-olah dirancang untuk menuduh pihak lain sebagai kambing hitam bukan?

Siapa yang buat kita tidak tahu. Aspirasi yang buat atau Pro M yang buat atau pihak lain yang buat? Siapa yang sanggup pegang kepala babi masuk ke dalam surau yang dikawal ketat oleh kumpulan Pro M? Siapa yang sanggup letak bahan 
psywar dalam surau yang selama ini dijadikan markas operasi Pro M sejak bertahun tahun lamanya? Orang yang buat perkara ini memang wajar mendapat hukuman yang berat daripada Allah SWT.

Dicadangkan agar Pro Mahasiswa dan Aspirasi mengadakan satu majlis angkat sumpah bersama untuk mengesahkan mereka tidak buat perkara terbabit. Jangan cepat menuduh mana-mana pihak yang melakukannya tanpa usul periksa dan bukti yang sahih. Untuk kebenaran bersama, pihak yang menghina rumah Allah SWT dengan kepala babi ini harus mendapat hukuman yang berat. Dicadangkan kepada Aspirasi, jika pihak Pro M enggan hadir membuat majlis angkat sumpah secara bersama selepas solat Jumaat petang ini, maka Aspirasi harus mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk memohon kepada Allah SWT agar mereka yang terbabit mengotorkan pilihan raya kampus di UM dengan kepala babi tersebut diberikan hukuman yang berat. Kebenaran akan datang kepada mereka yang dianiaya. Pembalasan pula akan datang kepada mereka yang sanggup membuat kerja jahat untuk menghalalkan cara.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


KOMEN SAYA : 

PILIHANRAYA PERINGKAT MAHASISWA SUDAH SEMAKIN TERUK SEHINGGA PROVOKASI SUDAH SEMAKIN MELAMPAU. 

MARI KITA ULAS DAN SEBARKAN BAGAIMANA POLITIKING DI KAMPUS SUDAH SEMAKIN TERUK SEHINGGA MELIBATKAN PENGHINAAN TERHADAP TEMPAT IBADAT UMAT ISLAM DI UNIVERSITI TERTUA DI MALAYSIA IAITU UM.

SALAM PERJUANGAN.

11 ulasan:

taipingmali berkata...

Dalam hal begini semua pihak hendaklah tenang dan jangan tuduh menuduh.

Biarkan pihak berwajib membuat siasatan.

Lambat laun akan pecah juga siapa yang punya angkara.

Jangan cepat melatah dengan mengambil tindakan sendiri atau tindakan yang melulu.

Sabar dan contohi lah kisah-kisah Nabi Muhammad. Zaman nabi lagi banyak dugaan.

Tanpa Nama berkata...

Ini jadinya kalau banyak politik dari belajar. Org suruh datang universiti suruh belajar, jadi orang berguna, bantu mak bapak dan bantu negara. Bukannya berpolitik. Nak politik, belajar rajin2... politik la sampai mati...

Islam Tanpa Sempadan berkata...

Salam..

kes sebegini tidak wajar dan tidak patut berlaku kerana menjejaskan keharmonian sesama umat islam dan juga mencalarkan imej umat ISLAM dan warga UM itu sendiri..

pihak yang didapati terlibat nanti sama ada pro M atau aspirasi ataupun pihak lain harus diambil tindakan tegas dan dibuang sahaja UNIVERsiti!

masih ramai lagi yang mahu belajar, anda semua ditawarkan tempat utk belajar namun ini pula balasannya!!!

buang sahaja univ dan jgn diterima di mana2 univ lagi!

jangan sesekali bermain isu agama dalam mengejar dunia!

Tanpa Nama berkata...

The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
Distribute this comment to as many people as possible all over the world.

Cheguman berkata...

Saya sokong TaipingMali 100%. Adalah jelas perbuatan itu satu provokasi. Tujuan provokasi ialah mendapatkan tindakbalas dan membuat serangan dari sudt lain.

Bertenang dan fikirkan setapak di hadapan apa yang mereka ingin berlaku? Kemudian bertindak mengubah arah yang mereka kehendaki.

Buat masa ini, biarkan polis buat siasatan.

Tanpa Nama berkata...

Tak salah politik masa belajar, itu pun pelajaran juga, masa kamu belajar dulu bercinta jugak...dari bercinta menjurus kepada zina, baik berpolitik..

Politik politik la..jangan sampai hina rumah ALLAH ini, tidak salah apa pun..., nak marah PAS marahlah...Ini marah surau..ape ke jadahnyer...fikirlah...politik sempit siapa ini? Semoga ALLAH LAKNAT orang ini...

Tai berkata...

Orang suruh belajak, ni dia buat tahana pulak.

pembunuhiblis berkata...

Syabas mahasiswa kita, nampaknya cepat benar mereka belajar ilmu kejelekan milik orang-orang dewasa, ilmu kejelekan milik tokoh-tokoh politik kita! Kita orang-orang dewasa, kita orang-orang politik yg mengajar mereka erti kebiadapan dan syabas kerana mereka begitu cepat memiliki ilmu kebiadapan yang kita ajar menerusi berita TV, menerusi berita akhbar yg ditiupkan oleh ahli-ahli politik!

Peribahasa Melayu kata: jika guru kencing berdiri, murid pula kencing berlari! Peribahasa moden kata: ahli politik kencing tepi jalan, mahasiswa pula kencing campur betina jantan!

Moral cerita: duhai ahli politik yg gila kuasa, berpada-pada lah bermain kotor, kasihani generasi muda yang menganggap anda idola mereka. Janganlah lagi kencing tepi jalan!!

gotahlantun berkata...

SALAM PANG5.

PROVOK SEBEGINI DAH PASTILAH DATANGNYA DARI PAKSI2 YANG BERTERASKAN KOMUNIS. MEREKA INI SUDAH MULA BERTAPAK KEMBALI DI MALAYSIA. KOMUNIS ALAF BARU MELIBATKAN ANAK2 MUDA TERPELAJAR TETAPI KURANG AJAR.MEREKA INI SEBENARNYA BERMAKSUD UNTUK MEMECAHBELAHKAN ORANG MELAYU ISLAM.
ORANG MELAYU SEHARUSNYA BERHATI2 DALAM PERKARA INI.TAUPKAN KEMBALI IKATAN PERSAUDARAAN WALAUPUN MEMPUNYAI IDE POLITIK YANG BERTENTANGAN.

HIDUP MELAYU MENJUNJUNG ISLAM.

PUTERA UMNO KUALA PILAH berkata...

Perbuatan ini sungguh biadap dan tidak bertanggungjawab!

Kenapa temapat yang suci dijadikan medan berpolitik.

Betapa rendahnya nilai politik para mahasiswa kini di kampus.

Tidak perlu bertindak sebigini semata-mata mahu meraih simpati, mencari publisiti atau memperburukkan mana-mana pihak.

Babi adalah haram pada Islam. Babi semakin jadi mainan bagi pihak-pihak tertentu di negara ini.

Sedarlah setiap mahasiswa, anda harapan agama, bangsa dan negara. Berjuang dengan kepintaran dan kewarasan bukannya perasaan dan pengaruh mana-mana pihak.

Selesaikan tugas hakikiiaitu belajar. Siapa anda sebenarnya? Takdir menentukan anda ke universiti atas kepintaran yang dianugerahkan Ilahi. Manfaatkan sebaiknya. Anda harapan ibu bapa dan keluarga. Jangan kotori jiwa dan hati anda dengan sifat tidak matang dan keputusan terburu-buru dalam menanangani sesuatu isu mahupun keadaan.

Janganlah kita beranggapan kita adalah yang terbaik dan sempurna segalanya.

Menang atau kalah, segalanya atas izin dan ketentuan Ilahi. Berjuang secara demokrasi dan matang.

Berani kerana benar.

Tanpa Nama berkata...

perbuatan org kafir.

saya tak fikir Orang Islam akan bertindak begini hanya kerana perbezaan ideologi.

kalau org kafir beza politik komunis, kongsi sanggup berbunuh

Cari Blog Ini

Translate