Katakanlah,di Tel Aviv tiba-tiba pada waktu selepas ibadah Yahudi berlangsung di tengah-tengah ramai orang,sebuah synagogue meletup.Kawasan itu kawasan Yahudi bukan kawasan Arab Israel.Paling dekat rumah seorang Arab (katakanlah)pun 20 km dengan dijaga ketat oleh askar dan polis Yahudi 24 jam.
Kalau tiba-tiba Ehud Olmert berkata pengeboman ini dilakukan oleh Hamas,bolehkah kita percaya?Lagi pula,bom yang digunakan ada kesan “white phosphorus”.Bukan taktik biasa Hamas,pengebom berani mati dan seumpamanya.Kalau ini,terjadi,bolehkah kita percaya yang orang Islam amnya ataupun Hamas dan Al Qaeda khususnya yang melakukannya?
Begitu juga kes kepala babi di surau API.Penulis memuji tindakan Penggerak Mahasiswa yang tidak menuduh sesiapa,tidak seperti Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional yang terus mengeluarkan kenyataan ini:
Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.
Dan lihatlah bagaimana mengikut laporan Malaysiakini bahawa semasa kejadian ini berlaku beberapa orang sedang berada di dalam surau API,dikatakan sedang “tidur”.
Di masa yang sama Azlan Zainal,Presiden Parti Mahasiswa Negara dan kawannya Ahmad Shahir Md Shah mengaku sedang hirasah menjaga kawasan persekitaran Surau API.Kenapa berita ini tidak dimuatkan dalam blog Pro-M?
Dalam siasatan polis,sepatutnya Azlan Zainal dan Ahmad Shahir perlu dijadikan suspek utama.Azlan Zainal perlu menyatakan siapa manusia-manusia dari kalangan jentera PMI yang tidur itu.Suspek ketiga adalah Dr Ruzman,pensyarah API.
Jika dilihat pada susunan kepala babi tersebut, ternyata orang yang melakukan perkara ini mempunyai masa yang cukup seolah-olah dia meletakkan kepala tersebut di atas bukit dan semak-samun di belakang API. Bendera PAS dibentangkan sempurna tanpa lipatan.Kepala babi pula diletakkan seolah-olah sengaja untuk tidak mengenai permaidani surau (namun,terkena juga).Tidak nampak seperti orang takut,jika tidak afdhal saja dibungkus kepala babi tersebut dengan bendera PAS
Tidak seperti terburu-buru.Biasanya kalau orang hendak mengugut di kampung pun,bangkai ayam digantung cepat walaupun tiada orang meronda di sekeliling rumah seperti Azlan Zainal dan kawannya.Tidak pula dilapik dengan kain batik ataupun pelikat.
Oleh itu,wujud keraguan munasabah.Penulis berharap pihak Forensik agar cepat menyiasat kes ini untukmendedahkan dalang sebenar kes yang menghina Allah dan rumahnya.
salam PRK
Kalam Azab Abu Bakar
(Penulis Maharajazhou)
sumber : http://mahasiswakini.com/archives/879#more-879
KOMEN : PERMAINAN KOTOR INI SEMAKIN JELAS DALANG DI BELAKANGNYA DAN SUDAH TENTU ALLAH PASTI AKAN MENUNJUKKAN SIAPA YANG SENGAJA MENCEMARKAN TEMPAT BERIBADAT DEMI MENDAPAT PERHATIAN DAN MENCEMAR NAMA LAWAN....
4 ulasan:
Berita tu saya ada baca di sini
http://www.malaysiakini.com/news/96552
Assalamualaikum Tuan,
Sila baca Analisis Isu Kepala Babi:Budak PMIUM Berada di Tempat Kejadian Berlaku untuk kemaskini artikel di atas.
Lawati blog saya untuk perkembangan lanjut di UM.
barakallahu fiih
Baktisiswa dan Aspirasi
NOR AZIM HAKIM NORAZMI: ade sape2 nak join baktisiswa kat alor pongsu n bagan tiang dari 16-19 ogos 2008 anjuran rakan muda desa wawasan x? sape2 yg free n x balik leh la bagi name kat aku...~kishi~ mintak tolong passingkan yer..tq..
Semalam mesej di atas bertebaran di Yahoo Mesenger dari salah seorang pendokong regime aspirasi di kampus USM Transkerian. Mesej tersebut bertujuan mengajak pelajar USM TRanskerian ke program yang kononnya khidmat masyarakat di Bagan Tiang dan Alor Pongsu. Dalam iklan dan kempen publisiti peserta digambarkan akan di bawa bertemu dengan penduduk kampung. Membuat program-program bersama dengan penduduk kampung seperti program anak angkat, motivasi, seminar, syarahan, gotong royong dan banyak lagi melibatkan masyarakat. Dari satu sudut, kita melihat program ini amat baik dan perlu disertai oleh pelajar unversiti. Tapi, sebenarnya program baktisiswa ini rupanya telah pun dikenal pasti satu agen UMNO untuk memperalatkan pelajar universiti demi kepentingan survival politik mereka.
Aku mula mengetahui tentang dakyah ini apabila membaca liputan amirulreza berkaitan dengan penglibatan baktisiswa di kampus aku sendiri iaitu transkerian dua tahun lepas. Aku terjumpa artikel tersebut gara-gara asyik mencari artikel berkaitan dengan kampusku menggunakan pakcik google (menggunakan istilah GB). Walaupun artikel tersebut aku terlewat beberapa bulan membacanya, ia cukup menyedarkan aku betapa mahasiswa di perkotak katik untuk kepentingan UMNO.
Mungkin ramai beranggapan, liputan amirulreza tersebut hanya program bernama Siswa Masuk Kampung, bukannya Baktisiswa. Baktisiswa pula tidak dicemari dengan unsur-unsur politik. Tapi jangkaan ini meleset apabila pendedahan terang-terangan kawan0kawanku yang telah menyertai baktisiswa di Jeli, Kelantan sebelum pilihanraya umum yang lalu. Mereka diminta mencula undi iaitu mengenal pasti rumah isi keluarga sama penyokong umno atau penyokong permbangkang. Mereka juga diprogramkan untuk menjadi anak angkat penduduk-penduk kampung untuk menarik hati kepada UMNO. Dalam masa yang sama mereka perlu memberi risalah umno di kawasan Dato's Mustapha, Menteri Pengajian Tinggi masa itu. Kawan-kawanku itu menyesal pergi ke program baktisiswa Jeli tersebut yang diiklan segalanya percuma. Perjalanan pergi balik percuma. Makan minum percuma. Beberapa hadiah sumbangan turut diberikan. Mereka baru sedar semuanya itu hanyalah umpan untuk menjadi agen UMNO. Pendedahan oleh Saudara Lutfi secara terperinci bagaimana program baktisiswa ini berperanan sebagai agen atau alat UMNO dalam artikelnya yang berbunyi Universiti, pelajar IPT diperguna Mustapa untuk kempen BN Kelantan
Mengikut maklumat terkini, satu operasi khas akan diadakan untuk membantu UMNO kawasan Permatang Pauh bagi mengurangkan majoriti atau memenangi kawasan parlimen dalam pilihanraya kecil tersebut. Penamaan calon 16hb Ogos ini bermulanya kempen besar-besaran jentera UMNO ini nanti. Program ini perlu melibatkan pelajar-pelajar yang boleh berjumpa dengan orang-orang kampung untuk membantu UMNO menyebarkan dakyah-dakyah perkauman yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Lokasi pertemuan mereka iaitu di Alor Pongsu Dan Bagan Tiang dijangka diuruskan oleh UMNO kawasan tersebut untuk di bawa ke Permatang Pauh selama 4 hari 3 malam. Mesej Yahoo Mesenger di atas, iklan di softboard, dan banner di cafetaria mengesahkan mereka bersungguh-sungguh mencari peserta demi menjayakan misi ini.
Kebanyakan pelajar yang mempromosikan baktisiswa ini di kalangan pelajar telah pun didokrinkan fahaman sekular semasa menjalani program anjuran Biro Tata Negara. Fahaman sekular yang didokrinkan secara tidak langsung ini boleh diringkaskan sebagai fahaman aspirasi universiti ini. Mereka tidak mempercayai golongan ulama ilmuan Al Quran dan Hadith ini mampu mentadbir negara. Mereka disuap dengan jasa-jasa UMNO memerdekakan negara dari tangan penjajah. Mereka ditanam perasaan bangga terhadap pemimpin UMNO terdahulu berunding dengan aman tanpa pertumpahan darah. Adakah mereka tahu, kenapa UMNO mendapat restu British? Kenapa Bristih bersetuju memerdekakan negara? Mereka tidak tahu. Mereka hanya tahu berbangga pemimpin UMNO ini pandai dan sememangnya layak. Disebabkan itulah British sanggup menyerahkan negara jajahan mereka ke tangan UMNO.
UMNO mendapat restu British kerana dalam perlembagaan UMNO merupakan fahaman sekularisme dan menjadi kebanggaan British. UMNO merupakan perjuangan Banggsa Melayu. Bukan lagi perjuangan Islam. Kenapa Dr Burhanudin Al Hilmi di tangkap? Kenapa Parti Hisbul Muslimin diharamkan di Malaya semasa pemerintahan british? Senang saja jawapannya. Sebab Pasti Hizbul Muslimin tidak berjuang atas nama bangsa. Tetapi agama. Bukan memperjuangkan sekularise seperi UMNO. Disebabkan itulah beberapa pemimpin Hisbul Muslimin dihumbangkan ke dalam penjara.
Golongan aspirasi inilah golongan pelajar universiti yang telah termakan dengan ideologi fahaman sesat ini. Segala penipuan slide-slide penceramah BTN ditelan bulat-bulat tanpa berfikir tentang kebenarannya. Bagaimana mahu mengetahui kebenaran lantaran ilmu di dada yang cetek tanpa pengimbal yang benar dan salah. Dengan kata lain, sistem pendidkan bermula dari sekolah rendah sudah pun menjauhkan diri pelajar dari mengenal erti apa itu perjuangan Islam. Apa itu gerakan islam.
Penceramah BTN di depan pentas berceramah dianggap pelajar-pelajar ini seperti wali, ahli sufi, bahkan nabi yang kata-kata mereka penuh dengan bait-bait kebenaran. Mereka inilah golongan yang layak dilabel sebagai aspirasi universiti. Padahal mereka tidak sedar. Merekalah lembu-lembu keluaran universiti yang mendokong fahaman sekular. Mereka tidak tahu matlamat hidup sebenarnya mereka. Mereka ditiup roh kebangsaan. Semangat berjuang sejati kononnya. Tapi landasan yang dipilih terpesong dari jalan para nabi.
Mengikut beberapa kawan-kawanku yang masih berkesedaran. Yang mempunyai Ilmu di dada sebagai benteng dan penyelamat. Mereka mendakwa telah dihasut oleh penceramah Biro tata Negara dalam modul-modul yang dilaksanakan sepanjang program. Kebanyakannya bertujuan membenci parti pembangkang. Tidak tahan dengan proses pembodohan ini (istilah Dr Hasan Ali) mereka bertekad tidak mahu menyertai lagi program sebegitu. Seperti biasa, umpan yang mereka termakan yang kononnya lawatan percuma ke Pulau Tioman, Pulau Langkawi, mereka tidak akan termakan lagi. Mereka sudah faham ini semua adalah umpan semata-mata untuk menjerat pelajar menyertai program BTN ini.
"Salam Aspirasi. Salam Aspirasi. Salam Aspirasi."
Itulah jenis salam yang bergemar di Dewan Utama USM Transkerian ketika menyambut kedatangan mahasiswa baru tahun satu. Termasuk aku dulu. Ajk-ajk yang berdiri hadapan menabur senyuman manis di depan kami. Mereka ingin beritahu, merekalah abang-abang dan kakak-kakak yang akan membantu adik-adik sepanjang berada di universiti. Salah seorang dari abang-abang dan kakak-kakak ini memberitahu apa makna sebenar aspirasi universiti. Hebat. Mereka mahu mendokrin pelajar bermula mereka menjejak kaki ke universiti.
"Aspirasi Universiti bermaksud kumpulan menyokong dan mendokong yang membantu mengharumkan nama universiti dan memartabatkan universiti di mata dunia,"
kata salah seorang abg atau kakak-akak ini.
Semua pelajar bertepuk tangan mendengar istilah baru yang pertama kali menerjah fikiran mereka. Istilah tersebut membentuk batu asas, ibarat batu asas sebuah bangunan yang kukuh, sebelum istilah-istilah lain menyusul membentuk dinding dan tiangnya.
Untuk pengetahuan pembaca, abg-abg dan kakak-akak inilah dikenali sebagai PPMS. Atau pembantu pelajar minggu suai kenal. Bagaimanakah mereka terpilih sebagai PPMS?. Apa syarat-syaratnya. Syarat mereka ialah pelajar yang menjadi PPMS ini ialah mereka mestilah golongan Aspirasi. Atau golongan yang dirasakan boleh ditarik menjadi golongan Aspirasi. Mereka ini kebanyakan tidak mempunyai pengenalan agama di sekolah rendah dan menengah. Mereka juga kebanyakan mempunyai semangat kemelayuan dan semangat kebangsaan yang kuat. Mereka inilah golongan aspirasi universiti atau lembu-lembu keluaran universiti untuk merosakkan masyarakat terus-menerus dengan fahaman sekular.
Mahasiswa di Malaysia hanya milik Umno?
Paranoid. Diskriminasi. Hipokrit. Ini sebahagian label yang selayaknya dikalungkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) khususnya kepada Menterinya
Kenyataan beliau dalam Berita Harian dan tindakan susulannya jelas menunjukkan satu isyarat ugutan kepada mahasiswa di Malaysia. Mahasiswa dalam konteks ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kepada mereka yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional(BN).
Siri-siri pilihan raya kecil dalam tempoh 2004 hingga 2007 telah dijadikan sebagai satu medan pencabulan amanah semua Naib Cancelor(NC), Timbalan Naib Cancelor(TNC), pegawai dan pencacai Hal Ehwal Pelajar(HEP) di seluruh IPTA di Malaysia.
Kerajaan BN dengan sewenang-wenangnya mengarahkan seluruh 'puppet' (baca:barua) IPTA untuk mengugut mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan diambil tindakan tatatertib di bawah Auku (akta drakonian) sekiranya mereka dilihat membantu pihak pembangkang sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
Pemerkosaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukanlah satu perkara yang baru. Jawatan-jawatan seperti NC, TNC, Pengarah HEP, dekan-dekan fakulti, pengetua-pengetua kolej termasuklah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah posisi-posisi strategik untuk dikudakan oleh Umno.
Ini tidak termasuk sebahagian posisi di bahagian unit tatatertib dan divisi kewangan universiti yang mungkin juga digunapakai oleh Umno untuk memuaskan serakah mereka.
Jelasnya, proksi-proksi Umno di kampus Malaysia ini seolah-olah merasakan mereka ini tidak dipertanggungjawabkan dengan akta universiti mahupun Auku sendiri.
Sebagai contoh, bagaimanakah biro Pemuda Umno boleh mempengerusikan mesyuarat bersama dengan semua TNC secara berkala di sekitar hotel-hotel Lembah Klang?
Apakah nilai intelektual seorang TNC apabila diarahkan oleh seorang balaci Umno untuk menjayakan agenda imperialis Umno di kampus? Apakah pula kelayakan pegawai-pegawai HEP di kampus untuk mengkoordinasikan badan-badan pelajar sedangkan mereka tidak pernah bergiat aktif dengan kegiatan sosial sewaktu di kampus?
Dan lebih teruk lagi, mereka ini pula yang menganggotai Jentera Mahasiswa Aspirasi untuk pilihan raya kampus saban tahun?
Ini hanyalah di antara modus operasional pihak tertinggi universiti untuk mendoktrin (mempengaruhi pemikiran) mahasiswa supaya hanya mengundi Umno atau BN dan lupakan yang lain. Ini juga adalah strategi saraf mereka untuk menanamkan budaya mahasiswa 'angguk' kepada kerajaan dan lebih kronik lagi apabila mereka telah berjaya 'memandulkan' Gerakan Mahasiswa Islam di kampus dengan ajaran fear & abolish!
Optimisnya saya secara peribadi berpendapat bahawa reformasi penstrukturan keseluruhan tapak karat Umno di Malaysia mampu dibersihkan menjelang tahun 2020.
Teori ini cuba digagaskan apabila kita menyedari walaupun hampir kesemua kerusi MPP IPTA di Malaysia ini dikatakan adalah milik Aspirasi-BN, namun kualiti dan kontribusi yang dibuat oleh mereka tidak layak untuk dibanggakan.
Secara kasarnya, kerusi-kerusi MPP pada sesi kali ini hanya 2% sahaja milik balaci Umno dan selebihnya adalah mahasiswa tajaan Umno yang hanya ingin terlibat untuk menyumbang sesuatu kepada universiti dan untuk kemaslahatan masa depan diri sendiri. Segelintir kecil itu pula tidak mempunyai pemahaman dan idealisme yang jelas untuk membawa agenda Umno di kampus.
Maka, HEP akan memainkan peranan untuk menyusun almanac/taqwim dan agenda tahunan MPP tersebut dan golongan 2% ini pulalah yang hanya tahu melaksanakan.
MPP Aspirasi ini pula terlalu bermegah dengan kedudukan mereka sehingga terlupa untuk mencabut sticker-sticker Pemuda Umno di kereta, bilik malah di almari mereka juga.
Mungkin sebab terlalu sibuk dengan perancangan peribadi, bermesyuarat bersama GPMS dan KPT dan mungkin juga disebabkan lawatan-lawatan percutian di Beijing, Mesir dan Australia. Sudah pastinya, peruntukan untuk lawatan sambil belajar ini menggunakan duit universiti atau suntikan dana dari KPT.
Program-program anjuran MPP dan Jawatankuasa Kolej Kediaman juga sering kali dijalinkan kerjasama dengan logo Umno atau dengan menjemput pemimpin-pemimpin Umno peringkat kawasan sebagai ahli panel ataupun speaker program.
Rentetan daripada itu, untuk menguatkan lagi penyuburan doktrinisasi Umno di kampus, mereka akan menggunakan sepenuhnya program Haluan Siswa atau orientasi mahasiswa baru sebagai platform awal memperkenalkan figura-figura proksi Umno di kampus.
Tidak dilupakan, program wajib hadir Biro Tata Negara(BTN) yang juga dipergunakan sepenuhnya untuk meracuni dan mencandu minda bersih mahasiswa supaya bencikan pembangkang, bencikan front mahasiswa yang menuntut kebenaran dan keadilan dan bencikan juga pemimpin-pemimpin mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan serta dikatakan berhaluan kiri.
Tetapi, yang janggalnya mereka langsung tidak mampu menunjukkan model kepimpinan yang karismatik, beridealisme, berjiwa rakyat, bermoral tinggi dan sebaliknya.
Justeru, jika mahasiswa inilah yang akan menjadi aspirasi harapan perjuangan Umno untuk meneruskan survival mereka menjelang tahun 2020, maka bersiap sedialah untuk menunggu saat kejatuhannya. Peluang ini sepatutnya digunakan seoptimum mungkin oleh mahasiswa yang seringkali dilabelkan dengan pro-pembangkang.
Walaupun diugut, diheret ke mahkamah universiti, dikenakan community services, digantung dan dibuang pengajian, dicemuh dan lain-lain namun terus komited dengan arus perjuangan. Hanya mereka yang mampu mendepani cabaran inilah yang boleh dinobatkan sebagai dream team untuk berkhidmat kepada rakyat, untuk agama dan negara.
Sekali lagi ditegaskan, jika kerajaan atau KPT sering kali memanipulasi perlembagaan dengan berkonsepkan law of the jungle dan mempergunakan mahasiswa hanya untuk kepentingan politik sempit mereka maka ia tidak merugikan golongan mahasiswa yang dilabel pro pembangkang tetapi sebaliknya ia merugikan Umno dan kerajaan sendiri.
Saya juga percaya, kehebatan mahasiswa aspirasi di kampus hanya sekadar kosmetik luaran yang disuntik botox dan ramuan tiruan semata-mata dan bukannya kehebatan yang asli.
Sekadar pandangan.
Mahasiswa Negara Malaysia _
Catat Ulasan