Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Januari 2009

Seruan saya kepada semua pembaca,pengundi dan pejuang di Kuala Terengganu

        Siapa tak kenal musuhnya maka dia akan mudah kalah...

Siapa tak kenal kawannya dia akan mudah lemah...



Video di bawah relevan dengan kempen di KT..Kerana ia menjadi penentu turun atau jatuhnya Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.

Begitu juga ia menjadi faktor kebangkitan atau kemunduran pejuang bangsa agama dan negara kita yang sudah teruk selama ini dihakis oleh fitnah fitnah dan kata kata penuh dusta oleh pembangkang.  

Sehingga hilang 5 negeri yang menjadi kubu kuat kita selama ini. 

Kenapa kita kena menonton video ini ? tidak lain kerana ingin mendedahkan kepada semua siapakah sebenarnya Anwar yang telah berjaya meliberalkan PAS dan menjinakkan DAP demi keuntungan politik PKR.

Yang menjadi malang ialah nasib agama kita, bangsa kita dan juga arah tuju negara yang semakin 'sakit' dengan tindakan politik kepentingan peribadi yang sudah kita semua nampak satu persatu selama ini.

Mujurlah tindakan segera kerajaan telah berjaya mengekang perjuangan politik kotor dan tidak bermaruah tersebut, antaranya dengan mencantumkan gambar Dato Seri Najib dengan Altantunya... Yang diakui dibuat oleh Tian Chua sendiri dari Pakatan Rakyat.

Bukan persoalan bangsa sahaja di belakang agenda politik ini tetapi persoalan lebih besar lagi ialah agama yang menjadi taruhan undi undi di KT tidak lama lagi.

Jadi ayuhlah semua kita lihat, dengar, dan  fahami serta sebar video ini. Dengan kos yang murah setiap keping CD maka gunakan duit kita untuk jihad melawan petualang ini. Jangan bergaduh lagi dan pastikan ini saat kebangkitan kita bersama.

Copy CD dan edarkan seluas luasnya ke semua pengundi di KT..

Jika ada yang pandai jangan lupa gunakan format 3gp untuk diedar dalam telefon yang dapat melihat video format 3gp yang boleh dipindah menggunakan bluetooth sahaja dengan percuma..

Samada kita menang atau kalah, serahkan kepada ALLAH..

kerana kita WAJIB berusaha dan atas DIA menentukan samada kejayaan atau kekalahan.


Moga kita bersama sama berjuang dengan bantuan tangan tangan hamba NYA yang ikhlas ...


Salam Perjuangan..


Ydp Blogger Pembela Negara

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pendapat Panglima Perang Cyber tentang komen Najib serta che det tentang hukum hudud.... sudikan anda mempunyai pemimpin seperti nin?????

Mengenai isu hudud, antara yang saya jumpa adalah beberapa kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan

Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno

Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan

Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan

Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992

Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991

Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan Panglima Cyber,

Pas Kampus (Pro Mahasiswa) telah melancarkan Perang Media untuk menghadapi Pilihanraya Kampus.

Oleh itu,saya menjemput tuan2 Bloggers Pembela Negara untuk membeli Peperangan mereka tersebut dengan melancarkan perang terhadap kubu-kubu merekaterutamanya Mahasiswakini dan blog2 Pro Mahasiswa kampus.

Serangan patut dikoordinasikan terhadap shoutbox(cbox) mereka dan komen2 artikel.

Serangan bertaraf rendah seperti menghina dan maki hamun mesti dielakkan tetapi pembongkaran kaitan mereka dengan PAS mesti ditumpukan.

Tumpuan utama adalah terhadap Mahasiswakini.

Harap tuan dan rakan2bloggers pembela negara dapat menyambut panggilan JIhad ini.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Tuan-tuan Panglima Perang Cyber yang saya hormati,

Izinkan saya melantunkan pandangan saya yang tidak seberapa ini.

"Jihad"? Maaf, perjuangan UMNO bukan jihad. Perjuangan menegakkan bangsa tidak pernah menjadi asas perjuangan Nabi Muhammad saw, dan perjuangan yang bukan selandas dengan perjuangan Nabi bukanlah perjuangan pilihan saya.

Perjuangan Melayu pada pandangan saya tidaklah sama dengan perjuangan Islam. Kerana sebenarnya orang Melayu asalnya beragama Hindu atau animis... kalau bukan kerana pedagang-pedagang Arab sampai ke Tanah Melayu dahulu, mungkin kita masih Hindu seperti di Bali sekarang ini.

Walhasil Allah telah memberi kita hidayah melalui nenek moyang kita terdahulu, tiba-tiba kita di zaman ini memilih pemimpin yang pada dasarnya menolak Islam.

Islam Hadhari? Maaf. Konsep ini tidak boleh diterima, bagi saya.

Apakah kerajaan ini, yang nampaknya dianggap oleh tuan-tuan sekalian sebagai melambangkan sebuah kerajan Islam hakiki, menolak kutipan cukai dari Genting Bhd, salah satu kasino terbesar di Asia Tenggara?

Apakah kerajaan ini, yang nampaknya tuan-tuan sekalian taksub menyokongnya sebagai "champion of Islam", menolak sistem kapitalis berasaskan riba, yang dilarang sama sekali oleh Allah dan dijanjikan balasan seksaan untuk mereka yang melaksanakannya?

Tidak. Sama sekali tidak.

Jika tuan-tuan berfikir dari segi sekular pula, dari segi harta materialis dunia ini, cuba fikirkan sebentar fakta ini.

Singapura yang bermula pada waktu yang hampir sama dengan Malaysia, tetapi tidak mempunyai kekayaan hasil tanah dan perladangan, kini telah menjadi negara maju, yang setaraf dengan pusat perdagangan dunia sehinggakan disebut-sebut dalam nafas yang sama dengan London, Hong Kong, New York.

Malaysia?

Jadi atas dasar apa lagi yang tuan-tuan hendak tegakkan benang yang basah itu?

Wallahualam. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

org Trg kata berayuk mok mu, natang cycber

Tanpa Nama berkata...

Hadhari ajaran sesat sama spt ajaran ayah pin, Nabi Muhammad SAW tak pernah ajar kita akidah ini ...oleh itu tolakan BN/UMNO - Untuk Melayu NO. Pastikan kemenagan pada PAS

Tai berkata...

Ok encik, thanks.

Tanpa Nama berkata...

Ramai betul org bodoh. Nak kata bodoh, pandai pulak main internet.

Ahmad al-Masri...
UMNO parti Melayu. Ia memperjuangkan Melayu Islam. Perjuangkan Melayu & Islam. Itu yg anda tak faham. PAS memperjuangkan Islam semata2, bkn khusus kpd sesuatu bangsa (walaupun perjuanggannya goyah bila bersama PR).
Tak patut menyatakan asal-usul bangsa Melayu beragama Hindu @ animis. Nak ckp hal sejarah tp otak senteng. Anda perlu faham pd teras parti politik.
Kerajaan tolak cukai kasino Genting? Kerajaan PAS Kedah masih terima kutipan cukai dr kelab mlm, tak tahukah anda?
Islam Hadhari ajaran sesat? Islam Hadhari bukanlah ajaran. Tidak pernah dilaungkan pegangan Islam Hadhari tetapi 'Konsep Islam Hadhari'. Konsep, bukan ajaran. Buruksangka anda mengundang dosa.
Harta meterialis? Ulasan apa yg anda katakan ni? Harap anda kaji sektor utama ekonomi Malaysia & SIngapura. Anda akan dpt jawapan sebenar. Pada masa itu anda akan dapati ulasan anda di atas adalah ulasan bodoh tahap cipan.

Ada sorg lagi yg tak bijak yg pakai nama Anonymous...
Islam Hadhari adalah konsep. KONSEP. Bukan ajaran. Seronok sgt anda menjunjung dosa. Kata2 anda menjadi tohmahan. Kalau tak faham, banyakkan belajar. Nescaya Allah bukakan mata hati anda.

blogresipi.com berkata...

Ya saya sokong...Islam Hadhari bukan ajaran sesat.

Panglima Perang Cyber berkata...

Maaf lambat komen ulasan pembaca saya di atas. kerana beberapa hal yang tak dapat dielakkan.

Dalam hal ini rasanya jika orang UMNO menolak perlaksanaan HUDUD yang dicetuskan PAS, ia tidak dikira menolak hukum ALLAH.

Kerana ia dicadangkan oleh sebuah parti politik yang memainkannya sebagai isu politik dan jelas sudah gagal melaksanakannya ketika sudah mendapat kuasa politik dari dulu (Kelantan Terengganu)sehingga kini (Kedah Kelantan Perak).

Menolak sesuatu yang jelas dalam Al Quran Hadis seperti solat zakat termasuk hudud boleh menjadi gugur akidah.

Tidak kira dari parti mana sekalipun..

Bahkan lagi teruk jika menggunakan ia sebagai modal politik untuk menarik sokongan.Dan menipu selepas berjanji untuk melaksanakannya.

Setakat membuat enakmen HUDUD ia tidak membawa kesan apa apa..selagi tidak dilaksanakan.

UMNO tidak berjanji membuat hudud kerana sedar perkongsian kuasa tidak memungkinkan ia dilaksanakan.

Bahkan PAS juga sedar sekarang ini bahawa perlunya perkongsian kuasa politik yang kuat bagi membuat hukum tersebut..

Saya tidak akan bela sesiapa sahaja yang menolak hudud tetapi kita jangan cepat membuat andaian negatif jika ada kenyataan kenyataan yang tidak menerima lagi sekarang ini perlaksanaan hudud tersebut.

Ibarat tidak lagi bersolat tetapi tidak sesekali mengingkari perintah wajibnya solat...

Persoalan saya : Kenapa tidak kita menumpukan isu isu lain yang menjadi sebab ramai Cina India menolak dan meremehkan Islam seperti kemiskinan, pendidikan, perpecahan, gejala sosial dan sebagainya sebelum kita berdegar degar mendesak hudud dilaksana ?

Jika bukan Islam menjadi punca hudud sukar dibuat samada dari pihak UMNO atau PAS, kenapa kita tidak membuang 'penghalang' tersebut dengan membuat kempen dakwah secara agresif terhadap mereka ?

Jika ditinjau sirah Nabi kita melihat JELAS bahawa Hudud dibuat selepas masyarakat sudah memahami Islam dan majoriti mengamalkannya dengan kefahaman yang mendalam sehingga ketika itu pesalah sendiri yang datang menyerah diri kepada Nabi bagi dilaksanakan hukuman.

Namun JELAS juga sekarang orang agama sedang berlumba lumba berceramah dan berpolitik sehingga tugas membaiki akhlak dan kerosakan ummat tercicir dan menjadikan tugas mereka selaku dai'e ke jalan ALLAH telah gagal sama sekali.

Bandingkan antara PAS dan UMNO tentu majoriti dalam PAS dari kalangan ahli berpendidikan agama dan merekalah yang telah mencetuskan perbalahan dengan mengemukakan konsep TAKFIR kepada UMNO sehingga sembelihan, akad nikah dan sebagainya dari orang UMNO telah ditolak dan dihina setaraf bukan ISLAM.

Inikah islam sebenar ? hatta zaman Nabi pun kita lihat orang Munafik Munafik didiamkan sahaja oleh sahabat seperti Huzaifah Al Yamani yang mengenali dengan mata hati siapa mereka sebenar...

agar mereka ( munafik )akan sedar dan insaf dan kembali menjadi mukmin sejati !

Dimanakah rasionalnya kita berbuat demikian sesama agama kita dan rela berpelukan dengan bangsa yang jelas mewakili parti menolak hudud dengan alasan Perlembagaan Malaysia seperti Karpal Singh ?

Mungkin itulah natijah apabila orang agama menggunakan agama mendustai manusia...

Seperti firmanNYA : AroaitallaziYukazzibubiddin

" Adakah kamu melihat orang yang berdusta menggunakan agama ? "

Kesimpulannya jika PAS benar benar ikhlas ingin membuat hudud mereka sepatutnya berdamai dengan UMNO bagi membentuk pakatan kuasa yang kuat.

Tetapi bersediakan PAS dan ahli ahli PAS berganding bahu dengan UMNO untuk melaksanakannya ???

Isu muqabalah yang ditukar nama muzakarah cukup jelas siapakah yang menolak perdamaian sebenarnya..

Itulah perkara yang bakal menjadi antara benda ajaib di dunia jika terjadi kerana tentu sukar sekali orang yang pernah mengkafirkan UMNO akan menjilat kembali ludah ludah kahak hijau mereka sendiri..

Kecuali orang yang ada sifat dan akhlak yang tinggi dan terpuji warisan Nabi s.a.w...

Saya bersetuju komentar Tun Mahathir : Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

Hudud ibarat pagar dan semestinya pagar dibina bagi menutup ancaman terhadap tanaman..

Soalannya : adakah tanaman sudah mekar dan subur atau kering kontang layu dan mati ?

Menolak Hudud lain dan tidak bersedia melaksanakan Hudud juga lain..

UMNO tidak menolak hudud tetapi TIDAK BERSEDIA menjanjikannya kerana sedar tahap politik kita sekarang di Malaysia..


Fikir Fikirkanlah.....


Wallahu A'lam

Tanpa Nama berkata...

UMNO tidak menolak hudud tetapi TIDAK BERSEDIA menjanjikannya kerana sedar tahap politik kita sekarang di Malaysia..,TU MAKNANYA MENOLAK LAH TIDAK BERSEDIA KE? AKU TANYA APA PENDAPAT KO BILA ADA PEMIMPIN UMNO BERCAKAP TENTANG HUKUM HUDUD,TAPI SEBENARNYA TAK TAHU HUKUM....KENYATAAN KEDUA-DUA PEMIMPIN KO NIE IRONI DARI KENYATAAN KO,KO KATA TAK BERSEDIA,TAPI PEMIMPIN KO KATA HUKUM HUDUD PRIMITIF,NEGARA HURU HARA,RAMAI KENE POTONG TANGAN DAN KAKI,SENANG-SENANG KE NAK POTONG TANGAN ORANG..TAK KAN TAK BUAT KAJIAN DULU...FIKIRLAH DULU,HIMPUN SEMUA ULAMA MALAYSIA,BUAT MUZAKARAH,BINCANG SECARA MENDALAM,KALU TUNGGU BN DAN UMNO BERSEDIA,DAH 50 TAHUN DAH,SEPARUH ABAD,JADI BUAT UMNO KALU TAK TAHU TENTANG HUKUM LEBIH BAIK DIAM DARI BERCAKAP,SATU LAGI JIKA PERKARA ITU DATANG DARI ALLAH DAN UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK APA SALAHNYA,KITA BUKAN BUAT UNDANG-UNDANG RIMBA,KITA LAKSANAKAN HUKUM DARI ALLAH...DARI ALLAH FIKIRKANLAH,TAK KIRALAH PAS KE UMNO KE WAJIB LAKSANAKAN...DENGAN KERUNTUHAN AKHLAK SERTA PERZINAAN YANG SANGAT SERIUS SEKARANG ADAKAH HUKUM NIE TIDAK PENTING,INI TIDAK UMNO BUAT GAMBARAN BURUK TENTANG HUKUM HUDUD KAT ORANG CINA TERMASUKLAH DAP,SEPATUTNYA MEMAHAMKAN MEREKA TENTANG ISLAM DENGAN JELAS...BUKAN MEGELIRUKAN,KO PANDAI CAKAP EJE PANGLIMA,TAPI MCA BAWA SEPANDUK HINA HUDUD KO DIAM AJE,


BUAT PM,KO 2X5 JUGA TAK CERDIK-CERDIK,MEMANG UMNO PARTI BERTERASKAN MELAYU AJE,PAS BERTERASKAN ISLAM,NABI SAW DULU TAK MEMPERJUANGKAN BANGSA TETAPI ISLAM,HANYA ISLAM YANG MAMPU MEMBERI KETENANGAN DAN KEADILAN KEPADA SEMUA PIHAK,TAPI UMNO DAH 50 MEMERINTAH MASIH LAGI BERCAKAP SOAL PERPADUAN,SOAL HUDUD....SOAL ARAK,SOAL BABI...

DAH 50 TAHUN PANGLIMA,UMNO MASIH GAGAL MEMBELA ISLAM DAN MELAYU

TENGOK BETAPA RAMAI MELAYU MURTAD

TENGOK BETAPA RAMAI MELAYU BERZINA

TENGOK BETAPA RAMAI MELAYU MENAGIH

TENGOK BETAPA RAMAI MELAYU MEREMPIT

TENGOK BETAPA RAMAI MELAYU ROSAK AKHLAK....
MEMANG KENE SALAHKAN UMNO SEBAB APA...

KUASA!

KUASA!

kUASA!
PEMERINTAHAN ADA PADA UMNO,PM UMNO,MENTERI RAMAI UMNO,TV UMNO,RADIO UMNO,NEWS PAPERS BERITA HARIAN,UTUSAN MELAYU,THE STAR,NST,DLL SEMUANYA BN PUNYAI SO....KENEPA MASIH SALAHKAN PEMBANGKANG....

SEBABNYA TERKEJUT BILA KUASA SEDIKIT AJE BERUBAH.....

INSAFLAH WAHAI PANGLIMA CYBER....

Tai berkata...

Tahniah. Suatu komentar yang amat bernas dan padat.

Panglima Perang Cyber berkata...

ko sendiri kata ramai dan ramai lagi melayu merempit,rosak akhlak, dan sebagainya...

maknanya memang betul aku cakap tak sesuai kita laksana hudud disebabkan suasana sosial sekarang kan..

jadi, nak buat hudud juga di tengah kebejatan sosial melanda kita?

terima kasih menyuruh saya insaf..dan bagus juga jika hj hadi nik ajiss juga insaf.

sebab banyak saham diorang dok mengeruhkan nama Islam di malaysia...

nak cakap takut mencarut atau mengumpat plak...

walau aku dengar PAS halal mengumpat dan mencarut marut ni.

cuma pelik sebab ramai dok ikut dan telan bulat bulat dua dua orang politik ni cakap.

ingat dah jadi parti Islam perangai dah ikut Islamlah..

tapi, hampasss je aku tengok.

contohnya ?

tengok yang tulis dengan penuh emosi kat sini dah cukup..

melambangkan 'buah' dakwah politik PAS selama ini yang jelas macam dimakan tupai dan sudah sangat buruk dan asyik salahkan orang, bukan salahkan diri sendiri.

semua asyik salah orang dan orang dan orang....

cukuplah, biar saya nasihat ko pegi cari tok guru bukan ahli politik tanya masalah hudud ni.

jangan nampak kat mata kanan kau tu, hanya nik ajisss dan mata kiri kau pulak haji hadi saja..

jika benar benar BENAR pasti dah lama PAS memerintah Malaysia.

nabi ketika ditawar kuasa sanggup tolak. kerana Nabi tahu tak akan dapat buat dakwah..

tapi PAS terima kongsi kuasa walau tahu diikat dan terikat sehingga dihalang menyebut terma terma Islam seperti hudud qisas di Perak..

Tak gila kuasa lagi ?

Tak mengaku nak kuasa sebenarnya, bukan nak dakwah bawa ke jalan ilahi?

Tengok dalam dalam apa yang jadi ????

then ?

Lu fikir lah sendiri...

Hahahaha....


p/s : hj hadi patut fahamkan Karpal Singh dulu sebelum dan kau patut hantar mesej dakwah kawan sepakatan serakyatan kau tu dulu...

lagi lagi Lim Guan Eng yang nampak warak lagi dari orang UMNO..macam geng geng PAS dok cakap sebelum ni...

Orang DAP lagi elok dari UMNO ? kitab mana dok belajar aku pun tak tahu..

Jangan jangan Ayah Pin kot...huhu

Tanpa Nama berkata...

JANGAN LAH MARAH PANGLIMA,DAH HABIS MODAL KE SOALAN AKU MUDAH AJE

KALAU TAK SESUAI DENGAN SITUASI SEKARANG,BILA LAGI SESUAI,ISLAMKAN THE WAY OF LIFE...SEKARANG PANGLIMA KATA TAK SESUAI,TAPI BILA NAK TUNGGU SEMUA MASALAH SOSIAL SELESAIKAH? MACAM MANA NAK SELESAI KALAU TOLAK AGAMA ISLAM BRO...MAKNANYA KO SENDIRI TAK YAKIN DENGAN HUKUM NIE,RIGHT,HUKUM HUDUD KE,HUKUM QISAS KE,HUKUM TAKZIR KE SEMUA SERUPA,MESTI DILAKSANAKAN,KENAPA KO SEMBAHYANG PANGLIMA SEBAB IA HUKUM BUKAN?JADI KENAPA BILA HUKUMAN GANTUNG SEMUA ORANG TERIMA,PADA AKU SEBAB IA WESTERN LAW,DAH TERTANAM DALAM MINDA RAMAI RAKYAT MALAYSIA TERMASUKLAH KO,IA TAK KEJAM,TETAPI SESUAI,HUKUM ISLAM YANG SYUMUL DARI ALLH TAK SESUAI MASA NIE,ALLH SENDIRI DAH BERSAKSI HUKUM ISLAM SESUAI UNTUK SEMUA ZAMAN,DAN MASA....BODOHNYA KO PANGLIMA...LAIN KALI JANGAN LA NAK LARI DARI KENYATAAN....KAN NAMPAK BODOH TU...

BAIKLAH PANGLIMA,KO KATA TN GURU BAWAK IMEJ BURUK ISLAM,AJAR MENCARUT,DLL,TAHU TAK KO,SELAMA INI MAKLUMAT YANG KO DAPAT TU TAK HABIS...TV 1 TV 3,UTUSAN,BERITA HARIAN AMBIL SEKERAT-SEKERAT KENYATAAN 2 ORANG TN GURU NIE YANG KO KATA HAMPES... LAIN KALI BELAJAR LA ILMU MANTIK PANGLIMA,ILMU BALAQAH KE,INI TIDAK KALU TAFSIRAN DISERTAI DENGAM BENCI ITULAH JADI NYA,JANGANLAH KERANA KEBENCIAN KO ,KO TAK BOLEH BEZAKAN FAKTA,SELAMA INI BUAT PENGETAHUAN KO YANG PALING SUKA MEMBURUKKAN ISLAM SERTA PENDUKUNGNYA IALAH MANTAN PM KO LE DR MAHATHIR,KO KAN BACA KOMEN AKU TENTANG ULSAN MAHATHIR TENTANG HUDU,TAPI SAYANGNYA KO PUN 2X 5 GAK,BEBAL GAK,


OKLAH KO KATA PAS GILA KUASA,TU BODOH NAMANYA PANGLIMA...MEMANG KO NIE KURANG CERDIK,SEMUA PARTI MEMANG PERLU BERKUASA,MACAM PARTI KO,KAN DAH KURANG KUASA KAT 5 NEGERI,TU YANG MENGAMUK SAKAN TU..HARI-HARI FITNAH,HENTAAM,NEGERI YANG DIKUASAI PEMBANGKANG....KELANTAN DAN KEDAH YANG RAMAI MELAYU PUN KENE BELASAH TERUK,CUBA PANGLIMA FIKIR TU NEGERI MAJORITI MELAYU,HORMATILAH SERTA BANTULAH SEMUA RAKYAT MELAYU YANG DAH MENGUNDI,JANGAN KIRA PARTI,TETAPI UMNO? BERSAMA PBT SEKAT SEGALA PEMBANGUNAN,TIMBULKAN BANYAK MASALH,CONTOHNYA...UNTUK PENGETAHUAN PANGLIMA PERUNTUKAN RM 500,000 BAGI SETIAP AHLI PARLIMEN,HANYA AHLI PARLIMEN BN SAHAJA YANDAPAT TAK PECAYA SEMAK LA...JANGAN LA SIARAN LANGSUNG AJE KAT BLOG KO TENTANG PERSIDANGAN PARLIMEN ...KE KO TAK TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU,1/2 JUTA TU BANYAK PANGLIMA,BAGI NEGERI MAJORITI MELAYU KAT KELANTAN CONTOHNYA BAGAIMANA,KENAPA NAFIKAN HAK PENGUNDI,

SATU LAGI BILA BERCAKAP SOAL KUASA,SELAMA NIE PAS HANYA PEMBANGKANG AJE,BUKAN PEMERINTAH,JIKA BERLAKU ADIL PASTI KEADAAN AKAN BERUBAH,CONTOHNYA...KO MESTI FAHAM SEMUA MEDIA UTAMA,AKU ULANG SEMUA MEDIA UTAMA....SOKONG BN TERMASUKLAH TV SWASTA.MACAM TV 3,JADI SEMUA HENTAM PEMBANGKANG CUKUP-CUKUP,MACAM NAK GILA,TERUTAMA SEWAKTU PILIHANRAYA,PEMABANGKANG TAK BOLEH NAK JAWAB BRO,CUBA LA,INI CADANGAN AKU LE,BAGI MASA(TAK YAH BAGI STESEN TV KAT PAKATAN RAKYAT PUN TAK PA)1/2 JAM UNTUK BERSIARAN,SIARKAN PERSIDANGAN PARLIMEN ,TANGAN POTONG ATAU CUT,BIAR RAKYAT TENTUKAN SENDIRI BAGAIMANA PEMIMPIN YANG MEREKA PILIH,INI TIDAK SEMUA MAKLUMAT SEKAT-SEKAT-POTONG YANG MANA BERKENAN DENGAN UMNO SAJE...CUBA ADIL SIKIT....SEBAB TULAH PAS SERTA PARTI PEMBANGKANG LAIN PERLUKAN KUASA UNTUK MEMERINTAH LAINLAH KALU BN SERTA UMNO ANAK JANTAN..BIAR PERTARUNGAN SMA ADIL..BIAR RAKYAT TENTUKAN..RAKYATKAN SEKARANG SUDAH BIJAK PANGLIMA....BUKANNYA BODOH...

OLEH KERANA HANYA TAHU DARI SEBELAH PIHAK AJE....TV 1,TV 2,TV SWASTA,RADIO,UTUSAN,BERITA HARIAN,NST,THE STAR,PAKAT HEMTAM PEMBANGKANG...PENGUNDI YANG BIJAK AKAN MENCARI MAKLUMAT ALTERNATIF,SEBAB TU BLOG PAKATAN RAKYAT MENDAPAT SAMBUTAN,TAK MACAM BLOGGER UMNO..KURANG(BUKAN TAK ADE) SAMBUTAN .SEBABNYA ISINYA SAMA AJE DENGAN UTUSAN TV1,TV3,THE STAR,NST,SEBAB TU KUASA DIPERLUKAN UNTUK MEMERINTAH NEGARA....TAK GITU PANGLIMA,


SATU LAGI KENAPA UMNO BILA TERDESAK AKAN MENGGUNAKAN SENJATA TERAKHIRNYA,UNSUR PERKAUMAN,OKLAH KO KATA DAP TU KAWAN PAS,PAS TAK GUNA KERANA BERKAWAN DENGAN ORANG ANTI MELAYU.....UNTUK PENGETAHUAN KO PANGLIMA..KUASA MELAYU TERHAKIS OLEH KERANA UMNI JUGAK,CONTOHNYA...PERSEMPADANAN SEMULA KAWAN PILIHANRAYA,KAWASAN MELAYU MAJORITI,BN PECAHKAN JADI KECIL CONTOHNYA KAT KEDAH...JADI BILA KAWASAN ADUN KE,PARLIMEN KE MAJORITINYA CINA ATAU INDIA BN LETAKKAN CALON MCA DAN MIC BERTANDING.....JADI BILA PRU KE 12,CINA DAN INDIA SWING BN UMDI PAKATAN RAKYAT,,BARULAH PARTI MENGELABAH...KETUANAN MELAYU LAH,PAS BONEKA DAPLAH,ISU BABILAH,TAPI ASALNYA UMNOLAH YANG MEROSAKKAN KAWASAN MAJORITI MELAYU,CONTOH LAIN DAH LA PECAH UNDI MELAYU,BAGI PULAK KAT MCA CONTOH KAT GOPENG 98% PENGDUNDI MELAYU CALON NYA MCA,SAMPAI TAJOL ROSLI MENANGIS SEBAB APA MCA DAH DESK BRO...LAIN KALI JANGAN MARAH SERTA EMOSI PANGLIMA,PAS BUKAN GILA KUASA TETAPI INGIN BERKUASA SECARA SAH,TRAK REKOD PAS TAK PERNAH ANGKAT SENJATA KE,KALAH KE MENANG KE,SEMUANYA MELALUI PILIHANRAYA,YANG ITU KUASA PENGUNDI,KO NIE DAH HINA PENGDUNDI,SEBAB TULAH AKU KATA BLOG PRO UMNO MACAM BLOG KO SAMA AJE MACAM UTUSAN SERTA TV 3

JADI JANGAN MARHKAN KARPAL SERTA LIM GUAN ENG AJE,MARAHLA KAT PEPIMPIN PARTI KESAYANGAN KO UMNO....LAIN KALI KALAU NAK JADI BLOGGER ,KENE BUAT HOME WORK DULU,JANGAN MAIN TULIS AJE,NANTI NAMPAK MACAM KURANG CERDIK AJE...OK PANGLIMA AKU ADA BAYAK MAKLUMAT SERTA SEJARAH PAS ATAU UMNO YANG BOLEH DITULIS DI SINI AKU SEDIA MENANTI POSTING KO SETERUSNYA....CUMA SATUAJE KO NIE BENARKAN KOMEN...DIPAPARKAN BIAR RAKYAT SERTA PEMBACA BLOG KO TENTUKAN SENDIRI....TQ KERANA SUDI BERBICARA,SALM PERJUANGAN

P/S AKU TAK GELAK MACAM KO (HA,HA,HA) SEBAB AKU SERIUS MEMPERJUANGAN KEBENARAN ISLAM SERTA MELAYU DAN BANGSA LAIN,TAPI KO,SIAP GELAK-GELAK LAGI....SERIUS SIKIT BRO...

Tai berkata...

Ha? Orang Dap lebih elok dari Umno? Yarkk! Nak termuntah aku mendengaknya. Dap tu betullah sial. menyusahkan. Ha, selama ni, dewan perhimpunan cina Penang dapat peruntukan dari BN buat majlis chinese new year. Alih-alih tahun ni tak dapat pasai Guan Eng kata, tak menguntungkan kerajaan. ha, padan muka orang cina. Sokonglah Dap bodoh tu lagi. Aku pun cina, tapi tetap setia dengan BN.

Panglima Perang Cyber berkata...

aku kesianlah kat melayuterhina ni...

tapi pro pas..

jangan sebut melayulah jika pas tolak perjuangan bangsa.

cuma dalam banyak3 yang ditulis tu, aku nak jawab ringkas je..

yang ni berbunyi dan bergambar dan sangat jelas..

tajuknya : samseng PAS


videonya :

http://taipingmali.blogspot.com/2009/01/samseng-pas.html

nak cakap tak habis..cuma tengok dan fikirlah.

siapa yang Islam atau pura pura tunjuk Islam ?

biasa aku jumpa orang bergaya ni dia tak ada duit..pura pura nak tunjuk kaya.

ramai aku jumpa tak bergaya ni tapi duit banyak..betul2 kaya..

isu palestin dah jelas, berapa banyak kerajaan bantu dengan wang ringgit, sidang tergempar, desak PBB dan sebagainya.

cuma siapa yang nak sokong ?

demi kerana ALLAH ?

cakap nak bela Palestin tapi usaha menyokong tak dibuat.

Kerana apa ? bukan parti dia buat.

Cari Blog Ini

Translate